Thursday, December 11, 2014

Bersemangat Nak Masuk Sekolah


We keep telling Faheem that soon dia akan masuk sekolah.
Alhamdulillah, sekolah depan rumah je..
And Faheem pun selalu buat statement, "Tu sekolah Faheem..."

Hari tu maktok tanya, "Tahun depan Faheem nak sekolah dah ye?"
"Iyelah...Faheem nak pergi sekolah.."
"Sekolah Faheem kat mana?"
"Sekolah dewan...Dekat rumah Faheem je.."

Another day, kami beli things and stuffs untuk sekolah dewan Faheem tu.
Tapi Faheem ingat those stuffs untuk dia.
"Faheem tak boleh main ni. Ni bukan Faheem punya. Ni sekolah punya.."
"Sekolah Faheem punya ke?"
"Ye...Sekolah Faheem. Cikgu punya..."
"Cikgu Faheem?"
"Ye...cikgu Faheem...Kalau rosak nanti cikgu marah.."
"Nak letak dekat sekolah Faheem ke?"
"Ye...Nak letak kat sekolah dewan.."
"Sekolah dewan sekolah Faheem lah.."
"Ye...sama lah tu..."
"Nanti kawan nak main?"
"Ye. ni kan sekolah punya. Semua boleh main."
"Main sama-sama kawan?"
"Ye...kena kongsi, main sama-sama dengan kawan. Tak boleh kedekut.."
"Dekat rumah boleh kedekut dengan Faqeeh?"
"Tak boleh. Dengan adik Faqeeh pun kena kongsi, main sama-sama.."
"Alahh..."

Anything yang berkait dengan sekolah, he seems excited.
Sekali tu ada mesyuarat sekali dengan cikgu. Faheem dok main bersungguh, then I showed him cikgu sekolah.
"Faheem kan nak masuk sekolah dah, tu lah cikgu Faheem.."
Terus lah cik abang ni tersengih-sengih..Suddenly dia pergi kat cikgu...
"Seeeeelamat pagi cikgu" dengan nada Upin Ipin...Padahal masa tu malam dah..Adehhhh..Kot ye pun bersemangat sangat bang.....Tukar lah pagi tu ke malam...Alahai anak..

Balik tu, masa nak suruh tidur, cakap kat Faheem..
"Dah lewat ni. Jom tidur. Esok nak pergi rumah mak.."
"Bukan pergi rumah mak...Esok Faheem nak pergi sekolah.."
"Sekolah dah tutup la Faheem. Cuti. Tahun depan baru bukak. Esok Faheem pergi rumah mak dulu. Sekolah dah bukak nanti, baru pergi sekolah.."
"Faqeeh? Faqeeh pergi sekolah sama Faheem?"
"Faqeeh pergi rumah mak..Faheem pergi sekolah.."
Tiba-tiba Faqeeh menyelit..
"Bukan Faqeeh pergi rumah mak. Faqeeh pergi sekolah dewan. Faheem pergi sekolah dewan sama Faqeeh.."
"Belum lagi..Faqeeh kecik lagi. Faqeeh pergi rumah mak dulu.."
Terus menangis si kecik tu..
"Faqeeh nak pergi sekolah Faheem..."
"Adikkk...adik kan kecik. Abang besar. Abang pergi sekolah dulu lah.."
"Iye..abang pergi sekolah dulu tahun depan. Adik pergi rumah mak. Nanti adik ajak mak jemput abang dekat sekolah ye.."
"Faqeeh amik Faheem dekat sekolah dengan mak ke?"
"Iye..."
"Amik Faheem dekat sekolah dewan ke?"
"Iye..."
Terus happy balik..huhuhu..

Ehhh...dah ada name tag dah??? 

 Testing je nih..hahaha..
Abi mintak tolong buat design name tag. Gambar passport anak sendiri je yang ada nak buat mock-up. Itupun gambar umur setahun..Alololo..
Ini pun dia dok pakai dalam rumah, tergantung je kat leher dia tu. Semangat sangat !
Hopefully semangat awak nak menimba ilmu tu takkan padam sampai hujung nyawa. InsyaAllah, ameen.

Haiiihhhh...Dah besar dah awak abang Faheem oiii...


1 comment:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015