Tuesday, December 16, 2014

Free 2D1N Stays at Seri Pacific Hotel, KL


Sambungan kisah holiday yang paling jauh..kihkih..
Since ada dua voucher kan...Kita redeem je serentak...Previous entry on hi tea. Reserve on the check in date..Sebab the next day dah include breakfast. Rugi kalau humban both breakfast and hi tea in one day..Perut tak sempat nak kosong..hahahaha..Habis kelaut niat nak diet..


Sabtu tu, kami check in hotel dulu sebelum turun for hi tea. Sempatlah anak-anak merasmikan toilet dulu..

Here's the hotel. Just next to PWTC.

Views of the room..

The bed..

 View from the entrance..

View from the bed.

Toilet entrance. Sink dia separated from toilet. I mean, masuk ke entrance ni takde pintu pun, memang terus nampak sink tu lah. Then ada 2 pintu on the right and right in front for wc and shower.

Hair dryer & toiletteries under the sink top.

The mirror corner. Cermin banyak dan gabak-gabak. Suka! Memang ada dalam otak ni plan nak buat mirror wall macam ni kat hall rumah..Tapi tertakluk kepada approval big boss lah kan..Kalau my zawj tak setuju, I is pasrah je..haha..

There's a wardrobe just behind the door. Masa mula-mula jenguk, I see no iron & iron board. Ok, kena request kot. Then mineral water dia letak dekat sink top tu. Macam..ehhh, kenapa la letak air minum kat sini. Dekat toilet kot. Pastu takde nampak minibar. Hmmm...mana nak refill air panas nak buat susu budak-budak ni. And that's why kot dia letak air kat sink tu je, sebab takde minibar.

Tapi rupanya iron board and minibar dia tersorok. Cett...Kalau tengok gambar view from entrance, kat tepi langsir tu macam ada besi melintang kat dinding. Well, that's the secret door, at each ends of the wall..Perggghhh, macam secret passage je main sorok-sorok gitu..hihi..

Faheem konon nak menyorok dalam ni. Tapi bila tutup pintu kan jadi gelap. Terus dia keluar balik..hahahaha..
    

View from the room..haha..Mujur bukan view building office..Buhsan sungguh la kalau terpaksa mengadap office sendiri over the weekend..hihi..

Adik Faqeeh yang kekenyangan after hi tea, tidur lena di katil empuk dengan sejuk aircond yang membuai mata...Lena betul dia tidur. Takde merengek tengah tidur nak susu ke apa..

Petang tu memang semua pun ketiduran. Aku terlelap sekejap tepi katil sementara tunggu masuk waktu Asar. Terjaga bila Faheem kejut nak susu. Faqeeh pulak masa tu dok menempel atas riba, tiba-tiba je dia tidur atas riba aku. Abi dah selamat berlayar. Qada tidur akibat menerjah BBW tengah pagi buta..hahaha..Memang merehatkan diri di hotel sungguh. Tapi aku takleh lelap dah lepas tu. Means sempat terlelap dalam 20 minutes je. Faheem pulak lepas minum susu, tahan mata lagi for half an hour melayan tv. Lepas tu dia pun sama berlayar dengan abi dan adik. Ummi jugaklah terkebil-kebil seorang diri. 

Malam tu mencari dinner di bandaraya. Bandar sangat kau ni..Bawak the kids nak LRT. Faqeeh ni keeps on repeating the same question..
"Kenapa ummi tak ajak faqeeh naik choo choo tren?"
"Kenapa ummi tinggal Faqeeh kat rumah?"
Padahal yang aku tinggal depa tu, pergi kerja..Dok lah dia ulang soalan yang sama.
Even dalam LRT pun dia tanya lagi...Denggg~
"Kan ummi dah bawak Faqeeh naik tren ni..Mana ada tinggal.."
Adehhh..

Dinner di Restoran Insaf..Adoiii..Memang insaf lah program diet aku..
Then pusing dalam Sogo jap.
Sempat si abang suruh snap gambar dia..

Seronok anak-anak berjalan tengah malam di bandar nai LRT..Moden sangat anak-anak hoi..
 Lepas tu semua berlingkar macam ular sawa kekenyangan...
And the kids tidur nyenyak betul. Faqeeh did not wakes up in the middle of the night as usual. Ke aku yang tak sedar lansung kot dia merengek nak susu ke apa. Hahahaha..

The next morning, it's breakfast time..Full house weh Zende Restaurant tu. I guess sebab location dia yang betul-betul next to event centre kan, so memang akan sentiasa full whenever ada event kat PWTC tu..Sebab ada nampak tag exhibitor etc..

Again, sumptuous meals, variety of them..
Tak terlarat aku nak bedal semua.

Nasi lemak with rendang ayam, mushrooms...Yang kuning tu dimsum...Sedappp..Yummy..

Faqeeh with a bowl of coco crunch and honey stars.. 

 Faheem opt for porridge. Dia pilih sendiri and licin semangkuk by himself. Tak share dengan adik lansung. Lepas tu dia layan coco crunch jugak. Add on tiny anchovies..Ahahaha..Resepi mana awak pakai ni abang oiii...

Antara pastries & muffins. Banyak jenis lagi kat counter dia tuh..

My favorite. Bread butter puding with vanilla sauce. Tapi masa breakfast ni kurang mengancam rasanya as compared to masa hi tea the day before.

Muka nikmat makan coco crunch with anchovies..haha..Pastu omelette tu, saat perut macam dah nak meletup penuh, my zawj amik omelette ni. Memang makan kuis-kuis je jawabnye. Super full dah. 

Si kenit ni, copycat abang sokmo. Mula-mula dia marah abi letak susu dalam mangkuk coco crunch. Bila tunjuk mangkuk abang pun ada susu, ok pulak. Haiiihh.

Banyak lagi foods yang ada. Tapi as I said, tak larat nak baham semua. Kalau ikut nafsu memang macam nak rasa semua. Tapi perut cakap "Let it go...let it go.." Hihi..

Lepas isi perut, it's pool time for the kids, seperti yang dijanjikan..
Tapi abi jelah layan anak-anak ye..Ummi bukan boleh berendam pun. Dan pool dia pun tak besar mana. So abi turun dulu dengan the kids. Ummi kemas bag and things kat bilik. Pastu turun sekadar nak amik gambar dan bilas the boys.

Abi kata takleh nak lepas anak-anak. Since kids pool pun up to 1.0m deep. Berpaut jelah anak-anak kat abi sebab takde pelampung..

  





1 comment:

  1. Bestnya dapat free stay :-) Kat Seri Pacific ni memang best sebab lokasi dia strategik tengah-tengah KL. So, nak berjalan mana-mana pun senang.

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015