I've came across an article and video while browsing FB updates a couple of weeks ago. Perkongsian seorang bapa tentang bagaimana dia melazimi anaknya dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Di bawah ni aku copy paste perkongsian tersebut. To watch the video, boleh klik pautan pada tajuk di bawah.
Saya pernah tanya seorang guru warganegara Mesir tentang bagaimana orang Mesir didik anak-anak mereka hafaz al-Quran. Di sana tak kira apa pekerjaan dan statusnya, ramai yang hafaz al-Quran. Maka si guru ini jawab, mudah sahaja. Baca sahaja ayat al-Quran kepada anak - anak kamu. Tak perlu tunggu dia bersila depan kamu, masa dia tengah main tu lah kamu bacakan al-Quran. Kalau kamu letih, mainkan je kaset bacaan al-Quran. InsyaAllah dia akan hafaz dengan sendirinya. Minda separa sedar akan berfungsi ketika itu. Tak cukup dengan tu, mesti cari masa yang sesuai untuk uji hafazannya. Macam tadi, tak perlu tunggu dia duduk depan kamu, masa dia tengah leka bermain, baca mana - mana pangkal ayat al-Quran, insyaAllah dia akan menyambung bacaan kita tadi. Mesti buat hari-hari.
Selepas mendapat nasihat tu, saya terus praktikkannya kepada anak-anak. Alhamdulillah, beberapa bulan selepas itu saya dah dapat lihat hasilnya. Kebanyakkannya saya akan lakukan 'kelas' itu dalam kereta, sama ada masa hantar dan ambil mereka dari nursery atau ketika kami bermusafir. Setahun sudah berlalu, alhamdulillah Muadz di usia 3 tahun dah berjaya menghafaz sebahagian besar surah-surah dalam juzuk 30. Walaupun banyak yang perlu dibaiki, dia jauh lebih baik dari saya ketika umur sebayanya. Sekarang adiknya Muizzuddin sedang rancak mengikut jejak langkah abangnya. Mudah-mudahan mereka menjadi saham kami di akhirat kelak.
Nak seribu daya, tak nak sudah!
*****
*****
Allahuakbar...Mudah kan sebenarnya..Kita je kena usaha lebih sikit...Selebihnya, semoga Allah meredhai usaha kita dan memperkenan doa kita...
Alhamdulillah dah mula usaha "Maahad Tahfiz Kereta" ni dengan dendangan merdu Juz Amma oleh qari cilik adik Ahmad Saud. Alhamdulillah nampak kesan positif..Sesekali terdengar suara kecil menyambung hujung bait-bait ayat suci Al-Quran...Mudah-mudahan Allah permudahkan usaha kecil ini..Moga anak-anak diberi kesihatan mental dan fizikal, diberi daya ingatan yang kuat, mampu hadam dan hafaz ayat suci Al-Quran, InsyaAllah..
Ummi dan abi pun secara tak lansung melalui proses yang sama macam anak-anak..Otak yang berkarat perlu dikikis karatnya dan diasah semula kan..
Semoga menjadi asbab kebaikan buat anak-anak dan kita seisi keluarga.
Allahumma ameen..
Anak-anak syurga, permata hati dan saham akhirat ummi dan abi...
Moga menjadi anak-anak yang soleh dan mukmin yang bertaqwa..
Semoga kalian sentiasa di dalam redha Allah..
Amin Ya Rabb..
No comments:
Post a Comment