Monday, January 5, 2015

Beginning My 2015


Memulakan tahun 2015 dengan colleague-less..
Yer..Aku dah takde rakan sepejabat selain bos setelah ex-colleague aku melapor diri di tempat baru 2/1/2015.. Ehh..Ade la sorang lagi tapi kategori bos jugak yang baru masuk. Tapi kalau ikut butiran perjawatan, aku adalah alone. No boss, no colleague..Hahaha..Apa punya kes ni???

Aku harap my turn will come soon. My boss expecting early of Feb, I will be transferred out. I hope so sebab dah 3 tahun dah pun kat sini..Tapi harapnya dalam KL je lah..Kalau jauh-jauh ni, pening, mau mati kutu aku dibuatnya..Banyak benda nak fikir dan urus..
Permudahkanlah urusanku Ya Allah...

Dan, berita tak berapa nak best di tahun baru...
Helmet kena rembat...
Hmmmmm...
Tak perasan bila tah helmet tu kena sapu. Dua-dua ketul pulak tu.
Selama ni memang letak helmet tu kat luar rumah je, sangkut kat motor. Both, mine and zawji...
Elok je lah terletak kat situ selama ni.
Sabtu malam bila my zawj nak pergi main futsal baru dia perasan helmet takde. Itupun dia dah siap panaskan enjin motor dulu. Nak gerak baru dia perasan. Hahaha..Masa my zawj bagitau dari luar tu, tak tahu lah reaksi aku ni macam mana. Nak gelak ke nangis ke ape? Tapi aku gelak je lah..
Helmet yang di rembat tu bukan helmet canggih macam full face tu pun. Helmet biasa yang dapat free masa beli motor tu. Alahai..Itupun nak sapu...
Nak kata apa. Benda dah hilang..
Pasrah dan redha..

Risau jugak sebenarnya bila ada kes-kes kecurian ni.
Dulu, ade jugak kes..Jiran sebelah rumah punya kasut kena rembat. Lama dah kes ni.
Pastu last year ke the year before tah, rumah jiran selang beberapa rumah kena pecah masuk. Masa kejadian, tuan rumah takde. Husband nye outstation, wife nya balik kampung dengan anak-anak.
Pastu rasa macam senyap je..Ke ade je kes cuma tak di hebahkan..Aku pun tak sure..
Ni helmet kiterang pulak.
Mulalah aku nak fikir macam-macam kalau terjaga tengah malam dengar bunyi pelik-pelik.
Mudah-mudahan Allah sentiasa memelihara dan melindungi kami sekeluarga dari sebarang musibah dan kejahatan. Ameen..

Tahun ni Faheem start sekolah. Tapi minggu depan baru start. Hopefully dia ok je, InsyaAllah. Kalau tengok pada semangat, dia memang nampak excited nak pergi sekolah. Asyiklah ulang berkali-kali Faheem nak pergi sekolah, tu sekolah Faheem, tu cikgu Faheem, ni sekolah Faheem punya...Harap-harap, his moods and enthusiasm tu berkekalan lah.

Sekarang ni dok nyanyi lagu ni..
"Assalamualaikum ibu ayah...Kami pergi sekolah...Kami belajar Quran...Kami belajar Sunnah.."
Tak tahu lagu apa ni..Tapi Faheem kata mak ajar..hihi..
Banyak jugak mak ajar dierang ni, Alhamdulillah..
Ada sekali tu dengar Faheem cakap..
"Taat kepada Allah..Taat Rasulullah..Taat ummi abi.."
Ni pun mak ajar jugak..
Hopefully nanti dah pergi sekolah, Faheem mudah faham, senang terima ilmu, mudah menghafal, InsyaAllah..

My plan for 2015?
Kalau ikut scribble dalam otak ni, macam banyak je benda nak buat.
Yang paling penting tentulah nak sentiasa memperbaiki diri jadi muslimah yang lebih baik, isteri dan anak yang lebih solehah, ummi mithali yang lebih penyabar. Banyak lagi lah yang lebih-lebih..

Makcik-makcik ada yang dah bertanya, bila nak sambut baton?
Faham tak soalan tu?
Kalau ikutkan delivery list para cousins untuk tahun ni, setakat ni adalah 3 orang bakal melahirkan termasuk Kangah. Tu yang dok tanya, bila nak masuk list..
Hahaha..

Doa-doakan lah yang terbaik untuk saya wahai aunties. Bukan saya tak mahu menambah, tapi belum ada rezeki. Kalau ikut perancangan sendiri, kalau boleh before turning 30 nak ada 3 orang anak. Tapi perancangan sendiri tak selari dengan perancangan Allah. Jadinya, plan to have 3 kids before 30 tu tak terlaksana bilamana Allah takdirkan saya keguguran bulan Ramadhan yang lalu. Doa sahaja yang baik-baik untuk saya. Siapa tahu Allah gantikan dengan kembar pula...hahaha..Ameen..




3 comments:

  1. wah!!!!lagu peberet ms sy tadika islam doludolu..
    kami cintai allah..
    kami cinta rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke..haha..baru tau..dulu sy tadika kemas.. tu yg x penah dgr :)

      Delete
  2. haha..bebudak kat rumah ily nak kuar sambut new year tak ckp helmet kot.. doa diorg wat keje paedah la ngan helmet tu..

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015