Friday, January 9, 2015

FMHK: Masak Mak Kassim


Antara lauk favourite aku, dan aku kira ini juga antara lauk favourite makcik pakcik dan sepupu sepapat belah mama, adalah masak mak kassim.
Hmmm...Bukankah hampir kesemua masakan air tangan arwah nenek aku adalah makanan favourite kami? hahaha..

Pelik kan nama lauk ni...masak mak kassim. Aku pernah cerita history nama lauk ni kat sini. Rajin-rajin lah terjah balik kalau nak tahu asal usul nama lauk ni. Haha..Malas aku kopipes. Nama sebenar lauk ni, aku sendiri tak tahu. Tapi kalau kau sebut masak mak kassim depan kaum kerabat aku, confirm mereka semua tahu dan kecur liur. Hahaha.

Masak mak kassim ni boleh guna sotong, ayam atau daging. Bagi aku, yang paling win kat tekak aku ni adalah paru masak mak kassim. Bagi aku ratah je pun takpe..

Mudah je nak buat masak mak kassim ni. Untuk resepi ni, aku guna sotong. Sebab itu je gambar yang aku ada :)

 What you need:


How to cook:

Panaskan minyak. Tumis cili giling (ikut tahap kepedasan yang diinginkan) bersama daun kari sehingga naik bau.
Masukkan kicap manis dan kicap pekat. Kacau sebati.
Masukkan sotong. Biarkan masak seketika.
Setelah sotong agak masak, masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Tambah air jika mahukan banyak kuah. For me, kalau kuah pekat lagi mengancam :) Sotong selalunya memang akan merembeskan air. Jadi kalau nak kuah pekat, jangan tambah air awal-awal. Nanti kuah jadi terlalu cair.
Jangan masak terlalu lama, sebab nanti sotong akan sedikit keras.

Nah!
My sotong mak kassim..

Kalau bahan utama yang digunakan adalah ayam/daging/paru, lepas tumis cili giling tadi tu, boleh terus masukkan ayam/daging/paru. Then letak sedikit air supaya ayam/daging/paru empuk. Then baru sambung the next step.

Selamat mencuba !


1 comment:

  1. Macam Sedap Je! Hehe. (Nasib baik tak rasa ngidam. Hihi.)

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015