Friday, January 16, 2015

Reaksi Faqeeh Bila Abang Mula Bersekolah...


Bila Faheem mula sibuk-sibuk cakap nak pergi sekolah, Faqeeh pun sama excited.
Dok ulang ayat Faqeeh nak pergi sekolah dewan.
Bila cakap Faqeeh belum boleh pergi sekolah. Abang pergi sekolah. Faqeeh pergi rumah mak.
Mengamuk la Faqeeh..
"Bukan Faqeeh pergi rumah makkkk...Faqeeh pergi sekolah dewannnnn"

Pujuk lah Faqeeh cakap Faqeeh kecil lagi. Belum boleh pergi sekolah. Tapi Faqeeh boleh belajar dengan mak. Mak ajar Faqeeh Iqra', mak ajar Faqeeh tulis-tulis. Sama macam abnag belajar kat sekolah. Tahun depan InsyaAllah Faqeeh boleh pergi sekolah sama dengan abang.

Abang pun pujuk Faqeeh.
Adik kecil lagi. Adik pergi rumah mak. Abang je pergi sekolah. Tahun depan baru adik pergi sekolah.

Lama-lama Faqeeh faham.

First day abang sekolah, Faqeeh tidur masa hantar ke rumah mak. Risau jugak kalau dia terjaga dan buat drama nak ikut abang.
Second day, Faqeeh bangun awal, siap mandi sama-sama dengan abang. Sampai rumah mak, Faqeeh siap lambai-lambai kat abang, pesan kat abang jangan nangis-nangis.
Alahai Faqeeh.

Now bila cakap Faqeeh belum boleh pergi sekolah, Faqeeh dah faham.
Faqeeh akan tanya balik, Faqeeh sekolah tahun depan kan? Faqeeh pergi rumah mak dulu kan?
Abang je pergi sekolah dewan kan?

Tapi dia suka sangat pakai baju sukan abang. Walhal baju tu besar gedabak..



Bila tanya baju siapa, laju je jawab baju Faheem. Faqeeh nak pinjam je.
Faqeeh nak pakai pegi bomba..Hahaha..
Teringat abang-abang pergi lawatan balai bomba pakai baju sukan lah tu..
Sampai pergi rumah mak pun nak bawak baju abang. Pantang nampak lah baju ni, mesti nak sarung terus. Siap cakap nanti Faqeeh nak pergi sekolah pasti dewan.

Faqeeh...Faqeeh..

InsyaAllah tahun depan ye ummi abi hantar Faqeeh sekolah sama abang. Tapi Faqeeh kena belajar macam abang, tak boleh main kejar-kejar dengan abang dekat sekolah.
Faqeeh simpan semangat ni sampai tahun depan tau. Bila sampai turn Faqeeh nanti, ummi harap Faqeeh tak nangis (which I strongly feel he wouldn't..huhu...) dan seronok pergi sekolah.

1 comment:

  1. Faqeeh dan Faheem...sedap yer nama...senang nak ingat nama anak mcm ni...seronok tgk abg dan adik seronok nak pi sekolah...good boys!

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015