Monday, January 26, 2015

Subuh Nan Hening Di Madinah


Setahun yang lalu, pada hari ini, kami sudah selamat menjejakkan kaki ke bumi Madinah..Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Madinah menaiki Saudi Arabia..
Syukur Alhamdulillah...
Tiba di Madinah seawal pagi yang hening, saat yang lain masih lena diulit mimpi..Dibuai angin Madinah yang sejuk, nyaman dan mendamaikan..



Perjalanan dari airport ke hotel terasa amat panjang. Hati rasa berdebar. Tak sabar hendak bertamu ke Masjid Nabi dan memberi salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang disemadikan di situ.


Penginapan di Madinah, Al Ansar New Palace Hotel. Sedikit ujian tentang penginapan di mana ini bukanlah hotel asal seperti yang diberitahu sebelum kami berlepas. Atas sebab yang tak dapat dielakkan, pihak pengurusan terpaksa menukar hotel penginapan. Ustaz yang sama-sama lelah dek penerbangan yang panjang terpaksa berhempas pulas menyelesaikan masalah penginapan seawal Subuh di Madinah. Sedikit ujian yang tidak mencacatkan lansung mood kami. Segala ujian Allah pasti ada hikmahnya.

Ustaz memberi penerangan awal di lobi hotel sebelum membawa jemaah menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi untuk pertama kali.

 Penerangan lanjut dan bacaan doa serta menyampaikan salam kepada Baginda Rasulullah dan para sahabat baginda sebaik memasuki perkarangan Masjid Nabawi. 

Pintu masuk No. 17. Pintu terhampir untuk pulang ke hotel. Dari pintu ini untuk pulang ke hotel, hanya jalan terus tanpa belok-belok, melainkan masuk ke kedai-kedai di sepanjang jalan  yang seolah memanggil-manggil para jemaah untuk singgah membeli :)


Di bahagian luar Masjid Nabawi..

Ma dan menantu-menantu nya :)

Suasana dalam Masjid Nabawi

Selepas Solat Asar, Ustaz bawak kami tour Masjid Nabawi. Sambil Ustaz berkongsi kisah-kisah dan hadis.
Aku dan Kak liza (biras). Tapi ramai yang ingatkan kami adik-beradik :)

Payung telah menguncup. Nampak macam barisan tinag tinggi je...Sebelum memulakan sesi ziarah Masjid Nabawi, Ustaz ada beri sedikit taklimat awal berhampiran pintu masuk No.17, iaitu landmark untuk pulang ke hotel dan juga di situlah tempat kami berkumpul. Sewaktu khusyuk mendengar taklimat, tiba-tiba Ustaz berhenti seketika dan cepat-cepat suruh kami dongak ke atas dan rakam. Rupanya payung sedang ditutup. Tak perasan lansung. Senyap je tiada bunyi. Kata Ustaz memang tak perasan bila buka dan tutup. Smooth je. Tiba-tiba je, eh dah bukak..Eh dah tutup. So, bila ada peluang macam ni, cepat-cepat rakam.. Hahaha...Jakun kan...Nak kongsi video, fail besar sangat. Maaf lah ye..

Pintu masuk untuk jemaah wanita sahaja. Bab Al-Nisaa. Kalau tak silap, ini adalah pintu No. 29, pintu terhampir bagi jemaah wanita untuk masuk ke Raudhah. 


Berlatarbelakangkan kubah hijau. Jenazah baginda Nabi SAW disemadikan di bawah kubah hijau, yang mana ia merupakan kawasan asal Masjid Nabawi.


Menjelang Maghrib..

Oleh kerana sesi Ziarah Masjid Nabawi berakhir menjelang maghrib di kawasan kubah hijau dan perkuburan Baqi' ni, tempat solat terhampir bagi kami jemaah wanita adalah di pintu No. 29 tadi. Maka kami ambil kesempatan untuk solat di situ. Dan kami cuba untuk masuk ke saf paling hadapan.

Usai solat Isyak, suasana jadi agak tegang memandangkan itu merupakan laluan jemaah wanita untuk ke Raudhah. Petugas-petugas muslimah kelihatan tegas meminta para jemaah mengosongkan laluan sambil memanggil-manggil jemaah mengikut kawasan, melorongkan mereka ke arah Raudhah. Memandangkan Ustaz telah mengarahkan kami, jemaah wanita untuk berkumpul terlebih dahulu di lobi hotel, sebelum sesi ziarah Raudhah, jadi kami tak ikut lah crowd yang hiruk-pikuk masa tu.

Selepas makan malam di hotel baru kami memulakan sesi ziarah Raudhah, yang mana ustaz menyediakan mutawwif wanita seramai 8 orang. Setiap seorang mutawwif akan membawa 5 orang jemaah wanita masuk ke dalam Raudhah. Ustaz pesan pada setiap mutawwif agar berusaha memastikan setiap jemaah dapat masuk ke dalam Raudhah. 

Alhamdulillah. Allah izinkan kami berada dalam Raudhah dalam tempoh yang aku kira agak lama..Sepanjang di dalam Raudhah yang tentunya sesak dan padat, mutawwif sangat-sangat membantu menyediakan ruang secukupnya agar kami dapat menunaikan solat-solat sunat dan berdoa semahunya di dalam Raudhah. Betapa murahnya airmata saat Allah izinkan kami berteleku memohon kepadaNya di ruang yang merupakan antara tempat mustajab doa. Allahuakbar. 

Gambar di kawasan sekitar makam, mihrab dan mimbar Nabi ..Gambar adalah ihsan my zawj memandangkan jemaah muslimah tidak dibenarkan membawa telefon dan kamera ke dalam masjid dan aku juga terlalu jujur dan skema..huhu..

Makam Nabi dan sahabat baginda.


Mimbar Nabi

Mihrab Nabi

Permaidani hijau menandakan kawasan Raudhah.

Allah..Allah..Allah..
Pantasnya masa berlalu. Sudah setahun rupanya.
Betapa hati digamit rindu...Rindu untuk kembali bertamu di bumi Mekah dan Madinah..
Semoga masih ada lagi kesempatan untuk kembali menjadi Duyufurrahman..
Allahumma ameen..

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015