Wednesday, February 18, 2015

Kisah Faqeeh Dan Gigi (Lagi...)


Dulu dah ada satu kisah Faqeeh dan gigi.
Tragedi gigi Faqeeh patah suku asbab dari jatuh masa main kejar-kejar dengan abang.

Baru ni ada lagi satu kisah tentang gigi..
Haru betul..

Faqeeh ni memang manis orangnya..haiihhh puji anak sendiri..
Si hitam manis...Sokmo nak buat muka senyum paling manis..Yang mencairkan hati ummi..


Dan of course suka makan manis-manis..
Dari kecik bhehi makan kismis. Kismis boleh jadi macam makanan ruji..
Bhehi buah-buahan..Segala jenis buah..Pantang dengar orang sebut buah, laju je mintak..
Kalau mengadap buah, amboi.....lupa dunia sekeliling dah..


Dan bhehi gula-gula..
Kalau tak monitor, gula-gula pun boleh jadi makanan ruji. Lepas satu, satu dia makan.

Part gosok gigi pulak...
Dia memang suka gosok gigi..Kalau masuk bilik air, benda pertama dia cari, berus gigi..
Sampai habis mandi, dah keluar bilik air pun, berus gigi masih dalam mulut..
Tapi...
Dia nak gosok gigi sendiri je. Kalau kita nak tolong gosok betul-betul, drama swasta dalam bilik air.
Dia getap kuat mulut taknak bukak. Mengamuk nak hempas-hempas badan.
Bergelut lah dengan dia dalam bilik air. Bahaya wooo..
Kadang, aku baringkan dia siap-siap dalam toilet tu untuk elak risiko dia terjatuh, terhentak kepala ke apa masa bergelut, paksa nak gosokkan gigi dia.
Nan hado..
Tak berjaya jugak.
Sudahnya, bila gosok gigi sendiri, lebih pada menggigit berus la.
Bukan dengan ummi je, dekat rumah pengasuh pun macam tu. Mak kata memang bergelut dengan dia dalam toilet nak gosok gigi..Huhu..

Bila dah macam tu...
Kau agak apa jadi kat gigi dia???

2 minggu lepas, dia asyik merengek tunjuk kat gigi.
Menangis tengah malam tak boleh tidur sebab sakit gigi.
"Saaaaket...ummi...gigi saaaakettttt.."
Tengah malam hoi. Kau nak tolong macam mana??
Letak bonjela, dia lagi ngamuk, sebab pedih berangin kot.
Pastu letak ais. Senyap sekejap.
4-5 ketul ice cube after another gak la..
Lama-lama, ais pun tak lut..
Sambung melalak tengah malam buta.
Makan pun taknak sebab gigi tengah sakit.
Perut kembung lah pulak..
Sakit berganda-ganda..
Ummi tak tau nak tolong macam mana.
Bila tengok gigi dia, dah berlubang dah dikkkkkk..
Baru 2 tahun, gigi dah berlubang..Adehhh..
Gigi yang patah dulu tu, gigi tu jugak lah yang berlubang...
Gigi tu pun memang dah macam kena makan ulat. Tapi tak hitam lah.

Tu gigi depan yang warna dah lain macam tu.

Dah awak jerit sakit tengah malam buta, ummi nak tolong gane?
Abang pun prihatin sungguh kat adik..
"Adik kenapa? Sakit gigi ke? Gigi adik ade ulat ye?" Hahaha.
Sudahnya, ummi jerit sama..Huhu..Ummi pun haru..

Esoknya bawak gi klinik gigi.
Baik je dia duduk atas kerusi tu. Excited agaknya tengok kerusi cantik.
Ada lampu kat atas lagi suluh dekat dia.
Elok je dia duduk diam.
Dentist suruh nganga, baik je dia ikut arahan dentist. Diam. Takde bunyi.
Senyum-senyum manis je. 

Ummi muke seposen.

Dentist kata, alahai keciknya lagi..
Umur 2 tahun, dia pun tak boleh nak buat apa..
Sebab nak tampal, kena drill dulu etc kan..
Umur 2 tahun, belum berapa faham sangat dan tak boleh duduk diam. Kesian nanti.
Paling kecil pun selalunya 4 tahun, baru dentist boleh tampal.
Kalau tak pun, tunggu gigi susu luruh sendiri.
Nak tampal, lagi 2 tahun kena tunggu.
Nak biar luruh sendiri, gigi susu biasanya umur 6 tahun baru goyang.
Alahai...
Dentist suruh sapu flouride je meantime untuk elak cavity merebak.
Kesiannya awak dik..
Kalau datang sakit, kena tahan jelah dik. Ummi nangis lagi..

Lepas tu, ummi guna alasan sakit gigi lah kalau awak refuse ummi nak tolong gosok gigi bersih-bersih.
Alasan yang sama bila awak mintak makan gula-gula lebih-lebih.
Terpaksa dik.
Nanti awak yang tanggung sakit.
Ummi pun tanggung derita sama sebab tak boleh tolong redakan sakit awak.

Abang Faheem dulu, alhamdulillah mudah nak gosok gigi. Walaupun abang nak jugak gosok gigi sendiri, tapi abang bagi ummi tolong berus dulu. Ummi dah berus bersih, baru abang gosok sendiri ikut cara abang.
Alhamdulillah gigi abang elok.
Tiap kali lepas gosok gigi, abang akan sengih tanya kat ummi, "cantik tak gigi Faheem?"

Hari tu ummi tanya Faqeeh, mana gigi cantik?
Faqeeh sengih tayang gigi..
Tiba-tiba dengar suara abang mencelah, gigi cantik tapi ada ulat.
Aduhhhh..Haru lah abang ni..


1 comment:

  1. Hehe..sama cam raifa ily..gigi die dah nak rosak cam ada "plak"..panik ok..sebab ra.ifa ni semua pun die mkn..sebelum tidur pun lei bantai makn biskut oreo tu.. kita panik sbb takut die sakit gigi..so kita beli kain tuk berus gigi..yang pakai buang..kita gosok kat atas katil tiap mlm sebelum tidur..so far nmpk ok sikit..sbb bende tu ada xylitol kawal kaviti kan..

    Pastu nak beli tooth mousse..senang tepek je.. Ra.ifa drama queen susah gak nk gosok gigi..

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015