Monday, April 20, 2015

"Allah kan Ada..."


Faheem.
Ada masanya Faheem nak ambil barang atau mainan kat bilik atas.
Faheem ajak ummi teman.
Ummi pulak malas nak panjat tangga.
Kalau malam, ummi paksakan diri yang malas jugak.
Kalau siang, selalunya ummi pujuk Faheem naik sendiri.
Faheem kata takde orang kat atas.
Ummi kata takpe, sekarang siang, terang..
Faheem balas..
"Allah ada ye ummi. Allah jaga Faheem ye?"
"Iye...Allah selalu jaga Faheem.."
Faheem lantas melangkah naik sendirian dengan berani.

Satu hari.
Sedang anak-anak terbaring di tengah rumah menikmati susu dengan penuh nikmat

Ummi naik atas sendirian untuk solat.
Tak lama kemudian, kelihatan kelibat Faheem mencari ummi di bilik.
Disusuli dengan tangisan Faqeeh yang ditinggal sendirian di bawah.
Faheem tangkas bersembunyi di balik langsir mengharapkan Faqeeh mencarinya.
Setelah beberapa ketika, tangisan Faqeeh belum reda.
Faheem keluar dari persembunyian.
Dia menjenguk Faqeeh yang terus-terusan menangis di bawah.
Dipujuk Faqeeh hentikan tangisan.
"Sini adik..sini..jom naik.."
Faqeeh terus menangis.
"Faqeeh jangan nangis. Takpe..Allah kan ada. Allah jaga Faqeeh."
.
.
.
.
.
.
Semoga ummi juga pasakkan kuat-kuat dalam hati pergantungan hanya pada Allah.
Percaya bahawa Allah kan selalu menjaga kita semua selagi mana kita jaga hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan baik sesama makhluk.
InsyaAllah.


2 comments:

  1. ALhamdulillah kan kita kata Faheem tu dak bijak..pandai die pujuk adik//kita kena belajar takmo takut2kan anak..huhu..kelemahan kita tang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Kita pun selalu jugak takut2kan anak..huhu...Pastu bila tengok Faheem jadi mcm low self esteem, risau pulak.. Tu yang kena counter balik tu slowly.. Sokmo remind dia jangan takut, Allah ada. Doa kat Allah selalu supaya jaga Faheem... Mudah2an boleh increase confident level dia, dan jugak tingkatkan pergantungan kat Allah. Reminder utk diri sendiri jugak. huhu..

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015