Tuesday, April 14, 2015

Faheem's & Ummi's Midnight Talk


Ummi kurang sihat, kepala berpusing-pusing je rasa..And it is almost midnight.
Pesan kat Faheem suruh tidur, jangan kacau adik, jangan ajak adik main.
Abang yang joyful, memang suka menyakat adik.
Dari sakat-menyakat, jadi geaduh. Berbalas pukul dan bergumpal-gumpal..
Well, boys being boys.

Mood ummi tak berapa nak elok. Dengan kepala berdenyut, ditambah jerit pekik dua beradik, memang cepat je darah mendidih. Kesabaran pulak memang senipis kulit bawang.
Terhambur lah kemarahan kat anak-anak yang tak mengerti apa-apa.
Then abi interfere, ambil Faqeeh untuk ditidurkan while ummi dengan Faheem.

"Ummi cepat cakap sorry kat Faheem..."
"Kenapa ummi kena cakap sorry kat Faheem?"
"Ummi buat salah dengan Faheem.."
"Ummi buat salah apa?"
"Ummi yang marah Faheem.."
"Kenapa Faheem tak dengar cakap ummi? Kalau Faheem dengar cakap ummi, ummi tak marah Faheem kan.."
"Ummi cepat cakap sorry kat anak ummi..."
"Ummi sakit kepala, ummi nak tidur. Abang Faheem pergi tidur..."
"Kenapa ummi suka marah anak ummi..?"
"Sebab anak ummi tak dengar cakap ummi.."
"Ummi cepat cakap sorry dekat anak ummi...Cakap ummi taknak marah anak ummi.."
"Ummi tak marah lah kalau anak ummi dengar cakap ummi..."
"Ummi...cepat duduk..."
"Kenapa? Ummi nak tidur.."
"Sinilah..cepat duduk macam Faheem..Faheem nak peluk ummi.."
So I sat in front of him and he hug me tight..
"Sorry ummi..Faheem sayang ummi..Faheem nak dengar cakap ummi.."
"Abang...abang...kan ummi dah pesan, ummi tak sihat, abang tolong lah dengar cakap ummi.."
"Iye..sorry ummi..sorry ummi..."
"Kalau ummi tak sihat siapa nak jaga ummi?"
"Abang Faheem lah jaga ummi..Masa Faheem baby kan ummi jaga Faheem. Faheem dah besar, kalau ummi tak sihat, Faheem lah jaga ummi.."
"Faheem ni...." Terus airmata ummi melimpah-limpah...Sesal dengan ketidaksabaran diri sendiri..
Bila tengok ummi nangis, Faheem yang dah reda tangisan sebentar tadi, tak semena-mena ikut nangis..
"Ummi...ummi...Abang Faheem sayang ummi...Ummi jangan nangis...Abang Faheem sayang ummi.."
Tenggelam dua beranak dalam tangisan..

Haiihh..
"Faheem kena selalu ingatkan ummi tau..."
"Kalau ummi marah-marah, nanti Faheem ingatkan ummi, sabar...sabar..."
Ummi hanya mampu senyum.
"Masa Faheem baby, Faheem nangis-nangis, ummi sabar dengan Faheem. Faheem dah besar, ummi tak sabar dengan Faheem. Ummi marah-marah anak ummi.."
Tajamnya ayat mu anak menusuk ke jantung ummi..Sungguh pun baru 4 tahun, tapi Ya Allah, tuturmu memang menggetar jiwa ummi..

Sungguh, ummi yang kurang sabar..
I'm sorry sayang.
 Doakan supaya ummi jadi ummi yang lembut dan penyabar ye..




No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015