Tuesday, June 9, 2015

Padang - Bukittinggi Trip #3 - Dari KLIA 2 ke Pantai Air Manis


Our flight ke Padang pukul 1:25 ptg, waktu Malaysia. Tapi kena keluar awal jugaklah dari rumah. Nak singgah brunch dulu dan dengan anak-anak yang super aktif ni, nanti nak berkejaran dekat airport lagi..

Kami park kereta kat Putrajaya Sentral, naik ERL ke KLIA 2. Mencabar jugak dengan 2 luggage, 1 bagpack dan 3 handbags..hahaha..2 lagi tu handbag bergerak ye.. 

Awal anak-anak bangun. Masing-masing excited nak naik train dan aeroplane.

 
 
 Dapat pulak gate nun kat hujung donia...Mujur lah lepas kaunter imigresen tu ade buggy car yang panjang tu. Mula-mula dia just parking kat tepi tu je. Lepas tu sementara tunggu yang lain, nampak lah mamat sorang ni berjalan ke arah buggy tu, pastu die tengok aku si buyung, tanya gate mane and suruh aku naik buggy tu..Yeah...Selamat sikit lemak aku..hahaha.. Alhamdulillah... Terselamat juga dari adegan kejar-mengejar dengan anak teruna yang kecik tu. Kalau kena berjalan sampai ke hujung dunia tu, mau suara aku dulu sampai sebelum tuan badannya sampai. Memetir dari hujung ke hujung..


Kami dapat seat A-B-C-D. Since seat E-F tu lelaki, mat salleh pulak tu, so abi duduk the other side. Ummi dengan anak-anak bujang. Tapinya nak menjaga Faqeeh tu, mujur ummi tak buat loud speaker. Jenuh nak suruh duduk molepp pakai seat belt. Sokmo nak bangun. Abang Alhamdulillah masih terkawal. Bila dah off lampu seat belt, baru abi alih tempat duduk dengan Faqeeh.


Perjalanan dari KUL-PDG tak lama pun. Arrived at 13:30 waktu Padang which is 14:30 waktu Malaysia. Padang lambat sejam dari KL. Flight lebih kurang sejam je lah.

Sampai kat Bandara Internasional Minangkabau, Padang, tourist guide kami, Pak Ardi dah sedia menanti. Untuk trip ni, Kakti sewa bas okeh. Sebab plan asal ada 5 family kan (10 adults, 12 kids/toddlers). Nak tukar kereta kecil, tak sempat. So stick dengan bas je. Tapi elok jugak naik bas. Sebab anak-anak riang ria semuanya, memang bergembira sungguh dierang dalam bas. Lagak macam konduktor bas je masing-masing.hihi..

Sampai je, terus ke Axana Hotel, check in dan simpan luggage dan ambil family Abe yang dah selamat naik flight seawal subuh, while kami lambat sikit.

Lepas check-in, isi perut dulu. Pak Ardi bawa kami makan di Restoran Mama Restu.
Biasa-biasa je. Tak berapa kena dengan tekak aku. Pregnant kali ni memang tekak memilih sikit. Huhu..

Lepas tu kami terus ke Pantai Air Manis. Kat sini terkenal dengan kisah Malin Kundang. Kisah ala-ala Si Tanggang. Malin anak derhaka yang disumpah oleh ibunya menjadi batu.

Kalau tengok keseluruhan kawasan, nampak macam bentuk kapal. Ada binaan yang ditambah sebab katanya batu asal telah terhakis oleh ombak. 

Si Malin...


Kami sampai dah lewat petang. Tak mandi pun. Anak-anak cuma berkejaran di pantai. Menikmati tiupan angin dan deru ombak.






 The sun is about to set.



Tak lama pun kat sini. Kat sini anjing-anjing berkeliaran. Tapi anjing dia tak lah macam anjing liar dekat bandar KL tu yang suka-suka nak kejar orang. Nak dijadikan cerita, si anjing yang kena kejar dengan Faqeeh. Selamba je Faqeeh nak sepak dan sepuk anjing kat situ. Sabar je lah.. Tak takut lansung Faqeeh ni.. Ummi yang seram dengan Faqeeh sebab terlajak berani sangat. Adoii..

Faheem comot.



No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015