Monday, August 3, 2015

2 Syawal dan Seterusnya...


2 Syawal..
Riang Ria Raya Kajang.
Kajang ni kira kampung belah mama lah.
Dulu masa arwah paktok maktok ada lagi, memang kami berkumpul kat Kajang. Especially us yang memang tiap kali raya pun kat KL je. Sekali dua je kot kami raya kat Kelantan.

Now that paktok dan maktok dah takde, dan mam sendiri pun dha upgrade level jadi maktok kan, jadi rutin berkumpul kat Kajang di pagi raya tu dah takde. But since ayah long duduk kat rumah arwah paktok maktok, and adik-beradik mama pun mostly duduk area Kajang, and not to forget sedara mara paktok yang lain, so, beraya jugak lah ke Kajang.

Mula-mula terjah rumah ayah long dulu lah. Ayah long kata takde apa sangat nak hidang. Apa yang ada jelah. Tapi apa yang ada je tu pun Ya Allah, bertambah kot aku makan. Udang galah goreng berlada fresh kot...Dengan tempe goreng panas-panas. MasyaAllah...sedap gilos.. Katanya untuk alas perut je dulu sebelum ke rumah yang lain..Tapi aku punya tahap alas perut je tu, boleh tahan jugaklah. Hahahaha..Sementara selera makan tengah ok, bedal je lah..

Dari rumah ayah long, ke rumah jiran ayah long pulak. Which is kakak ipar paktok. The only one makcik yang tingal, kata mama. Nenek Banun.


The F brothers with Pokcik & Mokcu..

As usual..Trying to capture the most decent family photos..huhu..
 


Budak berdua yang terlajak aktif ni...Haaiiihh.. Gembira melompat-lompat atas rumah nek Banun..Roboh pulak lah rumah nenek kang..

Dengan Adam & mama Adam. Kalau ummi dengan papa Adam sepupu, Faheem Faqeeh dengan Adam dua pupu lah ye dak?



4 generations :)


Then ke rumah Cik Tijah pulak. Kalau zaman kanak-kanak dulu, memang rutin pagi raya la terjah rumah-rumah ni. Sebelah menyebelah je. Kalau diikutkan, memang surrounding tu mostly waris-waris paktok. Antara dekat dan jauh je lah. Bau-bau bacang ke, bau belacan ke..Huhu..



a
 

Adik-adik sengal..Kehkehkeh..

Apelah yang cuba dilakukan dua beradik ni? Nak panjat pokok agaknya..



After that baru ke rumah Makteh, adik mama. Still in Kajang. Semua pun datang berkumpul kat sini je.


Dah nak balik, baru dapat jumpa baby Rania yang super chubby..

 3 Syawal berkampung kat Impian Bukit Tunku pulak, rumah Tok Yan, adik bongsu arwah Maktok.
Sebelum tu kami sempat la singgah Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang dulu..
Bersihkan kubur arwah abang dan kakak zawji.
Arwah nenek dan tok babah (moyang) pun kebumi kat situ, tapi aku tak tahu lokasi kubur belah mana. 

Cleaning up the grave..and some lesson tentang kehidupan dan kematian.

At Tok Yan's crib..
  
Abang Faheem the shy boy. Nampak je aunty Farahin nak snap gambar, terus menyorok belakang ummi.

3 Syawal baru dapat beraya dengan baby Iyshah.

Asalnya nak ambil gambar 3 dara pingitan. Harapan lah yang lagi 2 mak orang tu fefeeling nak jadi anak dara. Masing-masing dah ada 'handbag'. Kehkeh..Faqeeh pulak mood merap, hence the face dan melekat je dekat ummi..

The girls of EllaDin..

At last, the complete family photo... Every year pun rasanya kat rumah Tok Yan lah baru dapat gather semua..huhu..


4 Syawal kami riang ria raya Gombak pula..Banyak pit stop belah Gombak ni, sampai tak dan nak buat list..Hihi..Sakan beraya naaa.. Ikut Ma merapatkan ukhuwwah saudara mara dan kenalan. Bila lagi nak berjalan ziarah kalau bukan time raya kan.

 

Penat..Macam nak patah pinggang pun ada..Almaklum bawak satu nyawa lagi dalam perut ni kan. But the kids are having fun. They don't bother much about duit raya. Kadang tu, orang hulur pun dia buat tak tahu je. Seronok makan, seronok main, seronok dapat berjalan.
But if you ask them what to do with the money, they will say that the money will goes into Tabung Haji, they wanted to go to Makkah. Faheem sokmo marah ummi abi sebab tak bawak dia pergi umrah last year..Huhu..Doa banyak-banyak ye abang, semoga Allah murahkan rezeki kita sekeluarga, jemput kita jadi Duyufurrahman..InsyaAllah...Amin Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015