Wednesday, August 26, 2015

5th Pregnancy : 2 + 1


Check up baru ni at 37w2d, alhamdulillah everything looks fine..
Berat ummi baru lah sibuk gedik-gedik nak naik. Naik sekilo lagi from last check-up. Nurse kata extra 0 . 5kg weight gain. Tapi bila tengok total weight gain throughout pregnancy, baru 3 . 5 kg. Poor weight gain katanya..huhu..
Kepala baby dah kat bawah tapi belum engage.
Ok.

Then jumpa doc to confirm baby's position and check baby's growth sebab ummi nye weight gain tak cantik kan.
Doc confirmed kepala dah kat bawah, uri ok, air ketuban ok.
Baby's growth ok. EFW 2 . 81kg..
Abang-abang dulu berat masa lahir 2.89kg dan 2.85kg.
So hopefully baby adik ni within that range je cukup lah..huhu..

Dah masuk minggu-minggu terakhir ni, contraction pun suka main acah-acah.
Last night masa nak tidurkan anak-anak, masing-masing berebut nak ummi. Ummi kena baring in the middle. Ok lagi part tu. Tapi bila masing-masing merengek suruh tengok dierang. Macam mana ummi nak pandang dua-dua serentak? Pastu nak kalih badan ke kiri ke kanan pun seksa anak oiii..
Dah merajuk pulak hero-hero tu...
Padahal sebelum ni dah boleh dah tidur kat bilik sendiri. 
Dahlah towards the end ni, masing-masing makin menjadi-jadi manjanya. Faqeeh especially. Kalau tidur bilik sendiri, both mesti akan melalak tengah malam cari ummi. Tak larat dah lah aku nak berulang-alik jenguk. Last resort, redha je lah berhimpit semua anak-beranak.
Tambah sorang lagi nanti? Kalau tiga-tiga merengek nak ummi je, kerat 3 lah ummi oiii..hahaha.

Tengah-tengah nak tenteramkan hero-hero sambil cari posisi paling selesa nak tidur, masa tu lah the strikes come. Dah lah dengan batuk tanpa henti, Allahu..Seksa lah jugak..
Bila contraction main acah-acah tu, nak kata contraction geli-geli geleman tu tak jugak, sebab it quite intense jugak. Cuma tak konsisten lah.
Bila sesekali datang tu, mulut ni dok ucap Allahuakbar jelah..
Anak-anak yang tengah merengek merajuk masa tu terus diam.
Faheem dengan penuh concern tanya, "Ummi kenapa? Ummi sakit ke? Baby buat ummi ke? Baby nak keluar ke ummi?"
Alolo...sweet sangat abang ni...
Faqeeh pulak terus sensitif, "Faqeeh tak suka ummi sakit..." Dah dia pulak yang menangis sayu..
Ini baru sakit acah-acah je ni. Esok by the time the real contraction strikes, how would my kids react?
Tapi memang touching sangat tengok how concern they are..Terus nangis ummi..Bukan sebab sakit. But thankful dengan rezeki yang Allah bagi, anak-anak yang hebat..But yet, berapa sangat lah usaha ummi dan kesabaran ummi dalam mendidik dan membesarkan anak-anak amanah Allah, harta paling berharga dunia akhirat ni....
T____T


Abang Faheem tak sabar sangat nak jumpa adik baby. Hari tu dia dapat adik sepupu baru, so aku tunjuk lah gambar baby...
"Faheem, ni baby abang afiq, baby makngah...comel kan baby.."
Sambil pegang perut ummi...."Huh...Baby Faheem ni bila nak keluar??"
"Belum lagi sayang. Nanti lah. Sampai masa adik baby keluar lah.."
"Faheem nak baby Faheem...Nanti Faheem nak tolong ummi jaga baby" buat muka tak puas hati..huhu..

 Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.

My super heroes :)



These were taken a couple of weeks before at The Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. We accompanied abi for some sort of meeting. While abi was having his meeting session, kami duduk lepak dekat lobi je. 

The three of us had breakfast together. Alhamdulillah, at discounted price. Kalau tengok price list, mau RM70 jugaklah melayang only for breakfast. But that generous lady gave us a special discount that costs us only RM 26.50.. Tengok aku yang sarat di escort dengan 2 hero aktif agaknya. Syukur Alhamdulillah. Semoga rahmat barakah dan redha Allah sentiasa memayunginya...



Lepas kenyang sarapan, these lovely little heroes being so incredibly nice and behave, sekadar main paper plane at some discrete corner. Takdelah adegan ummi berkejaran menghambat mereka as usual..hihi.. With no cost, paper plane using hotel's flyers je dah cukup buat these boys happy and enjoy their day to the fullest. Syukur Alhamdulillah.
Thank you Allah.

Next, trying to picture me, handling 3 pulak..huhu..

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015