Wednesday, August 12, 2015

5th Pregnancy: 35+ Weeks


How time flies..
Pejam celik dah 35 weeks dah..
Alhamdulillah at 35 weeks barulah berat naik sikit setelah beberapa bulan berat statik.
Total weight gained so far 2 . 5kg  ^___^
 Cuma dah hujung-hujung ni, jangan naik banyak-banyak ye baby..
Awak nak membesar bagai juara, dah keluar nanti takpe.
Dalam tummy ni, biar cukup-cukup kudrat ummi nak push awak keluar..Huhu..

Last 2 weeks punya check up at 33 weeks, anggaran berat baby 2.05kg.
Alhamdulillah, baby tetap membesar elok despite of berat ummi yang tak bertambah.
Check up kali ni nurse suruh buat RME. Nak tengok position dan baby's growth katanya.
Masa check perut, she said kepala kat bawah dah.
But since baru je scan last check up, doc postpone to next check up, in week 37th.
Apa-apa pun semoga baby sihat walafiat.

At this point of time, Alhamdulillah, everything seems fine. HB dah ok, berat dah tak statik, baby's growth based on scan pun ok, movement pun, tersangatlah aktif bergolek kat dalam ni..
Semoga Allah memelihara dan melindungi kami sebaiknya, Ameen.

Preparation for Baby
Sebetulnya, tak banyak yang nak beli pun. More to tambah sikit-sikit keperluan baby sebab dah ada yang abang-abang punya kan. Plus since doc kata expecting another baby boy, so memang mostly gunapakai balik barang abang-abang jelah.
Itupun, baru minggu lepas start buat spring cleaning. Allahu..Macam nak patah pinggang.
Baju dierang ni memang dah asing dah dulu, yang mana elok in one bag, yang dah lebam-lebam lusuh tu dah selamat ke tong sampah.
Tapi still nak sort balik yang newborn dengan others, basuh balik.
Napkin pun, though simpan elok-elok dalam storage container, aku basuh je balik semua.
Baju, booties and mittens just tambah 2-3 pasang yang baru.
Napkin, kain bedung, selimut --- recycle.
Barut ada beli sikit since yang lama ada yang aku tak berkenan sangat sebab jenis strap yang asyik lari-lari je..
Tilam baby beli baru sebab masa abang-abang dulu pakai square cushion yang besar tu. Tapi dah selamat ke tong sampah. So this time around beli tilam kekabu. Hajat hati nak beli yang jual set online tu, tapi rasa mahal kemain. Sudahnya beli kat Nilai 3, beli kain cotton sekali untuk buat sarung. Then mintak tolong mama jahitkan sarung tilam dan bantal. Total cost tak sampai seratus. Jimat duit. Huhu..

Baby's hospital bag dah siap kemas.
Barang-barang baby pun dah siap susun dalam storage container, letak kat bawah.

Preparation for Ummi
Barang ummi adalah few things nak beli dan the rest nak cari balik simpan kat mana sebelum ni.. Alhamdulillah last week dah settle dah. 

Untuk penjagaan berpantang, aku tak ambil set dah kali ni. Masa Faheem ambil set Amway, masa Faqeeh pakai set Tanamera. Both pun memang tak habis pakai. So kali ni aku ambil loose item je. Ambil yang mana aku rasa aku akan pakai je.
Aku beli supplements dan baby oil dari Amway.
Then brown soap and boreh body scrub Tanamera. Yang ni masa pantang Faqeeh dulu memang aku pakai. Feeling-feeling spa gitu..haha..
Pastu aku beli pil phytonatal dan minyak herbanika Nona Roguy. Beli ni pun at risk jugak. Kalau ditakdirkan third baby ni ada G6PD jugak, tak berusik lah jawabnya phytonatal pil tu. Tapi aku doa-doa adik baby ni takde G6PD macam abang-abang dia. Tak larat dah rasa nak berkampung kat hospital seminggu..huhu..Plus umur dah masuk 30-an ni, lagilah nak kena extra care kan. Sebelum-sebelum ni memang tak ambil jamu asbab memikirkan anak-anak yang G6PD. This time harapnya dapatlah jaga lebih sikit bahagian dalaman.

Berpantang kali ni, aku plan pantang sendiri dekat rumah. Banyak faktor yang aku consider. Faheem dah sekolah, Ma kurang sihat, adik lelaki pulak nak kahwin seminggu lepas aku due. Since nak pantang kat rumah sendiri, aku cakap kat zawji aku nak cari confinement lady yang siap masakkan lauk berpantang.

Alhamdulillah dah dapat CL. Aku ambil pakej half day for 7 days direct. Pakej half day ni dari pukul 9 pagi sampai 1 petang, include mandi herba, urut, tungku, bengkung, tangas, mandi baby, urut baby, masak lauk berpantang. Kalau ikut hati memang macam nak ambil for one whole month or at least 2 weeks. Tapi dalam hati risau jugak, takut tak serasi. Plus, tengok budget jugak lah kan.
So, aku fikir, ambil pakej CL ni untuk 7 days dan untuk penutup 3 hari. In between tu mungkin aku akan berurut jugak dengan cik naimah, makcik yang urut aku masa pantang Faheem dan Faqeeh sebelum ni.
Nanti, post confinement, insyaAllah aku akan share my experience ye..hihi.. 
Hopefully semuanya baik-baik sahaja...

Others
Last week zawji kata bos dia suruh standby pergi Myanmar in two weeks time. Huhu..Kalau pergi outstation ke Myanmar tu, biasanya seminggu jugaklah. Masa zawji bagitau tu, automatic mata aku rasa panas je. Signs of tears okeh..Effect drama dah ni..
In two weeks time, mase tu aku dah 36/37 weeks. Dibuatnya time tu lah nak beranak?? Kelam kabut weh..and I can't imagine delivering a baby without my zawj, sebab previously, Allah salurkan kekuatan through him. Kalau dia takde teman aku dalam labour room, takleh nak bayang macam mana...
The next day tu aku cakap kat zawji, boleh mintak bos replace orang lain tak. At least until aku deliver. Masa pantang, though agak berat jugak untuk aku hadam, at least aku dah lepas fasa bertarung nyawa tu.
Semalam my zawj kata bos dia tanya lagi and dia mintak orang lain ganti dulu. Seems like ok. But next week zawji kena outstation jugak. Only that dia kena pergi ke Butterworth. Itupun takes 3 days. Huhu..
 Hopefully the urge to deliver tak datang masa zawji is away since by the end of this week i 'm going to be 36 weeks already. It's fullterm dah..

Semoga Allah aturkan yang terbaik untuk kami dan permudahkan segala urusan kami. 

7 comments:

  1. ya Allah, kejapnya nak bersalin dah ye. take care Ily. kite doakan semuanya selamat & dipermudahkan Allah. insyaAllah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen..Tq ena.. Awak pun sama, take care..

      Ena disable comment ye? Puas cari comment link tak jumpe..huhu..

      Delete
  2. pastasnye dah nak 36w. goodluck ili... smoga dipermudahkan oleh Nya. Due bile?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekejap je kan...huhu...Ameen...EDD insyaAllah 13 sept.

      Delete
  3. Salam sis. boleh tau u di mana? my niece is looking for CL too. anyway, good luck! Semoga Allah permudahkan segalanya for u n baby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy kat Klang Valley. Boleh tgk kat FB - Adieyla Confinement Services. :)

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015