Thursday, September 3, 2015

5th Pregnancy : False Alarm


Alhamdulillah, hari ni I am 38w4d pregnant.
Dah mood counting days :)
Walaupun dah nak masuk anak ketiga, waiting for active labour phase tetap saspen..Huhu..
Tetap akan tertunggu-tunggu, dan tertanya-tanya what is the sign of your labour kan??
 Pulak tu, 2 orang anak sebelum ni, dua-dua pun different signs.
Yang sulung, contraction.
Yang kedua, keluar lendir darah.
Yang ketiga ni? Still a question mark lah..

Tapinya, dari minggu lepas, memang aku dah dok rasa contraction yang quite intense.
Kalau masa Faheem dulu, though the sign is contraction, tapi contraction yang aku rasa masa tu sangat mild. Aku rasa perut mengeras without back pain ke apa. Sedikit tak selesa je lah. Nak tidur pun tak berapa selesa bila dia mengeras tu kan. Start contraction dari pukul 3 pagi membawa sampai ke Maghrib. Konsisten every 5 minutes. Lama kan aku tahan..Sebab the pain is still bearable. Still boleh pergi kerja, jalan laju-laju, masih naik train, gelak-gelak kat office, lunch makan McD (masa tu tak boikot mekdi lagi..huhu)...Even masa pergi hospital lepas maghrib tu pun macam drama je. Gelak-gelak dengan my zawj sebab dia suruh aku berlakon buat muka sakit padahal aku tak rasa sakit pun..Kalau ikut hati aku, taknak pergi lagi..Tak rasa instinct nak bersalin pun..Tup tup dah bukak 4 cm terus kena tahan wad. Masa tu pun rasa macam terawang-awang je rasa..Betul ke ni sebab rasa biasa-biasa je. Rasanya lepas pecah ketuban, bila bukaan dah 6-7 cm macam tu barulah aku berkerut-kerut tahan sakit. Sebelum tu nurse siap tegur lagi sebab aku boleh senyum gelak-gelak dengan zawji..

So, minggu lepas punya contraction yang aku rasa adalah lebih kuat dari apa yang aku rasa dulu.
Kuat sampai sakit pinggang, sampai aku pejam mata cuba menyelami kesakitan.
Cuma tak konsisten je. So aku tak monitor sangat lah. Biarkan sakit tu berlalu pergi macam tu. Sambil sibuk-sibukkan diri over the weekend, kemas rumah, kemas apa yang patut sebelum bersalin.
Weekend till monday, tidur malam agak terganggu lah sebab those are the times yang selalunya contraction datang menjenguk. Datang dalam 2-3 jam, terkebil-kebil aku paksa diri nak tidur, pastu hilang macam tu je..
Until 1 September, isnin malam selasa.
Petang tu memang dah rasa lah contraction. Dengan sakit pinggang macam nak patah je rasa, dengan angin satu badan rasa sengal-sengal je..Dalam pukul 10 malam macam tu aku rasa macam kerap je contraction yang intense, merayap menjalar keseleruh pinggang..
My zawj tanya nak gi hospital ke? Nantilah dulu..Tak monitor lagi..
Bila rasa macam kerap sangat je, dalam pukul 11 tu aku on apps contraction timer..
Serius contraction kali ni agak kuat compare dengan Faheem dulu sampai aku tak mampu nak cakap.
Sakit pinggang Allah je tahu.
Anak-anak tengah segar bugar lagi, riuh-rendah bermain. Aku pulak dok menahan sakit, tak larat nak layan anak-anak. Mintak excuse kat zawji nak naik bilik dulu.
Laying down on bed dalam gelap seorang diri, monitor contraction.
Quite konsisten. Dia datang every 7 - 10 minit.
Aku monitor sampai pukul 1 pagi, then only decide nak pergi hospital. Anak-anak pun dah tidur by that time.


Dalam hati fikir, with such pain and consistency, kalau compare dengan mild contraction masa Faheem dulu, agaknya berapa cm dah..
Call mama, mujur mama tak tidur lagi...Transit anak-anak kat rumah mama dulu..

Kat PAC Hospital Ampang..
Ramai pulak malam tu. Labour room full, so yang mana memang dah due, terpaksa queue kat PAC dulu lah sementara tunggu LR kosong. Ada yang masa datang cek bukaan dah 4 cm, tunggu kat PAC sampai 8 cm baru dapat masuk LR. Nak bersalin pun beratur..huhu..
Lama jugak aku tunggu..
Bila VE, doc cakap OS close. Belum ada bukaan. Nurse tanya aku ada minum air zam zam, air selusuh ke apa? I said no. Memang sebelum ni pun tak pernah ada air selusuh.. She said contraction memang agak kuat. Tapi takde bukaan lagi. So, balik lah..To come again bila contraction makin kuat or pecah ketuban or lendir darah or baby kurang gerak..
Huhuhu..
Balik tu, contraction still ada lagi..Pukul 4 pagi masa tu..
Tiba-tiba sedar dah terlajak subuh..Pukul 7 lebih dah..
But pagi tu pun masih ada sisa-sisa contraction plus badan aku ni macam sengal sangat rasa, angin mencucuk-cucuk satu badan. So, EL lah..
Hari ni, bangun pagi rasa macam tiada apa yang berlaku semalam.
Badan rasa ok je, macam segar-bugar weh..
So, back to work macam biasa.
Sambung rutin memanjat tangga dan berjalan kaki sejauh 1km..
Huhuhuhu..

Memang false alarm sungguh.
Cuba memujuk diri sendiri cakap Allah saja bagi mukadimah..Nak bagi throwback feeling rasa sakit bersalin tu macam mana after almost 3 years kan.. Supaya tak terkejut sangat nanti masa true labour..hihi..

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan selamat semuanya, InsyaAllah..Amin Ya Rabb.
 

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015