Tuesday, September 1, 2015

Tragedi Berdarah



Jumaat malam sabtu...while we're in the car heading to Maktok's crib, seperti biasa dua beradik hero kesayangan ummi bergurau senda penuh riuh rendah ibarat ada sepuluh orang anak..huhu..
Dua beradik ni kalau bergurau, penuh ketatasusilaan sangat kot sampai ummi pun tak kuasa nak tegur. Selagi tak nangis, layan lah gurau senda tu ye..
Jarangnye lag ending senyap sunyi tanpa suara tangisan.
Samalah malam tu..
Tiba-tiba dengar Faqeeh menangis..
Toleh belakang, Faqeeh tengah tekup muka.
Ummi malas nak layan sangat. Investigate siapa buat apa, siapa mula dulu, adik buat apa kat abang, abang balas apa kat adik.
Yang adik dok nangis tak henti tekup muka kat ummi.
Then abang ulang tayang camne dia buat adik, using ice cream popsicle yang plastik tu.


Tanya adik, abang buat kena kat mana?
Mata...

Ok..ummi terus cuak.
Nak tengok mata, adik taknak bukak.
Pejam serapatnya.
Then tekap muka kat ummi tak kasi intai pun mata dia.
Puas pujuk, puas paksa..
Tak jalan.
Suruh dia cuba buka mata, taknak. Tak boleh.
Then abi acah-acah cakap ade something kat luar.
Dia intai sekejap, pastu pejam balik, sambung nangis..

Sampai rumah maktok, baru boleh nak bukak mata sikit-sikit..
Tapi still tak bagi orang usik.
Jenuh nak pujuk..
Pastu nampak macam ada blood strip kat tepi mata, macam tahi mata tu.
Oh my..mesti luka ni..

Malam tu terus bawak gi klinik.
Doc cakap mujur kena kat mata putih. Kornea not affected.
Tapi luka lah mata tu. Macam tangan luka terhiris pisau. Tapi seems like bleeding tak aktif.
Doc bagi ubat titis.
Monitor if dia kuat merengek, or discharge/tahi mata banyak sangat, pegi hospital.
Takut infection pulak.

Faqeeh ni, nak buh ubat titis kat mata dia tu punyalah susah.
Apa-apa ubatlah memang susah. Ubat sapu, ubat makan, semua dia reject
Nak titis ubat kat mata dia tu, bergelut.
Banyak sangat alasan dia bagi.
Pujuk masa mandi, cakap lepas mandi nanti letak ubat.
Dia angguk cakap ok.
Lepas mandi, nak titis ubat, dia nak bukak tv dulu. Lepas bukak tv, dia cakap nanti macam mana die nak tengok tv kalau letak ubat.
Pastu cakap tunggu abi balik pulak. Nak abi je letak. Bila abi balik still taknak. Pejam mata kuat-kuat cakap mata dah baik. Tak darah dah..
See his drama...huhu..

Ummi hati kering, paksa jugak.
Belit badan dia pakai kaki, abang tolong pegang kaki Faqeeh, cepat-cepat titis ubat.
Boleh bayang makyong 38w bergelut dengan anak 3 tahun??
Adoiiilahh..

Lepas titis confirm dia ngamuk lagi.
Sesi pujuk memujuk pulak..huhu..

Sabtu pagi tu, tahi mata ada darah lagi.
Tapi lepas tu ok dah. Takde darah dah.
Tapi mata masih merah.
Risau jugak tengok merah tu macam tak kurang.
Tapi bila tanya Faqeeh, dia cakap tak sakit.
And dia pun takdelah tenyeh-tenyeh mata. And tak merengek jugak.
Main aktif macam biasa.
Tapi ummi dan abi tetap risau.
Kalau sehari dua ni merah tu tak kurang, rasa macam kena pergi hospital jugak.
Hopefully nothing serious lah ye dik.
Susah hati ummi ni..Macam-macam ummi fikir..
Nauzubillahiminzalik..


Curi-curi ambil gambar masa Faqeeh tido. Tapi ni tak reflect sangat the real look. Kalau tengok live, nampak lagi merah.




No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015