Monday, November 30, 2015

1 Week Left : Bottle-battle Haven't End Yet

My maternity leave {holiday} is about to end. Only 1 week left >___<' Sekejap je rasa. Macam tak cukup je, macam nak duduk rumah lama lagi je. Hahaha. Lemau dah ni..

I'm still battling with Fathan for his bottle feeding session..Whoaaa.. Nangis sampai merah-merah muka...




Last week and the week before, zawji was away. Almost 2 weeks jugak zawji outstation kali ni. Tak berani aku nak duduk rumah sendirian dengan 3 anak kecil. Dengan kes jenayah, rompak, pecah rumah makin menjadi-jadi, Nauzubillahiminzalik..Dan aku juga takut aku tak boleh nak sabar melayan anak-anak syurga yang super active. Kalau tiga-tiga buat orkestra ke koir ke, mau keluar suara alto soprano tahap pecah peti suara..kehkeh..Worse, kalau sampai tahap naik kaki tangan.. Sebelum ia berlaku, baik prevent it from happens. Jadi berkampunglah kami 4 beranak kat hotel ribu-ribu bintang mama & ayah. Hihi..

Dah alang-alang duduk Ampang, mintak tolong mama dan adik bottle feed Fathan since usaha aku sendiri macam tak berhasil. Tapi abe kenit ni, Allah nyaring nye suara mengamuk taknak minum botol. Selok kata oghe kelate.

Risau ummi dik oii.. Tak lama dah nak masuk kerja. Awal-awal hari tu elok je awak minum botol. Hujung-hujung ni pulak payah. Sempena birthday ummi, ummi hadiahkan awak botol susu baru. Harapannya awak boleh minum susu ebm dalam botol dengan jayanya bila ummi pergi kerja.. Harapnya ia cuma isu botol, bukan isu ebm. Tolonglah jangan reject ebm. Nangis ummi T___T .




Esok nak start hantar Fathan ke pengasuh. Nak bagi dia biasa. At least aku ada lagi kat rumah in case Fathan beronar. Please be good ye my darling. Mudah-mudahan pelaburan ummi berbaloi. Huhuhu..


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015