Tuesday, November 24, 2015

Fathan : Check-up 2 Bulan

Lewat sikit check-up Fathan 2 bulan. Sebab the day yang sepatutnya pergi check-up adalah sehari sebelum abi fly for outstation. Jadi abi agak busy. Tambahan pula that day hujan sepanjang hari. Jadi, suka-suka hati tunda appointment anak sendiri..huhu..Lagipun, kalau pergi masa tu mesti tak boleh cucuk vaksin pun sebab Fathan tengah batuk dan selsema.

Berat Fathan masa genap 2 bulan adalah 4.7kg. Masa check-up recently, 4.9kg. Alhamdulillah.



Dah rajin senyum dah abe kecik ni. Pantang di agah, terus bagi senyuman manis tahap diabetes. Mulut pun dah rajin berbunyi, selain daripada menangis lah kan.. Nak ajak orang berborak je. Ada masa, taknak baring sangat. Nak duduk bersandar macam orang besar. Bila baringkan, nangis jerit-jerit. Bila dudukkan, terus buat muka bahagia.



Sokmo ajak orang berbual ni. Kalau tak di agah, atau tak di layan, buat muka sedih, mencebik..Bila agah sikit, gelak sakan.

Tidur pun dah mula lasak. Selalulah jatuh dari bantal. Kaki dan tangan rajin mengayuh, sekejap je dah tinggalkan bantal nun jauh. Hihi..Dah nampak lah usaha nak golek badan. Quite few times juga dah tergolek jatuh dari bantal. Sebab bantal tak rata, jadi mudah bergolek. Leher dan kaki pun dah kuat. Kalau letak meniarap, dah boleh angkat kepala..

Suka hisap jari/tangan walaupun baru lepas kenyang menyusu. His style, sebelah tangan masuk mulut, sebelah lagi tarik rambut. Ohoii...In the middle of night, kadang tak nangis pun minta susu. Tapi dengan bunyi berdecap-decap dia hisap jari. Huhu..



Alhamdulillah. Semoga membesar dengan sihat dan cerdas, jadi anak yang soleh, sentiasa dalam redha dan barakah Allah.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015