Wednesday, December 30, 2015

Faqeeh: My Strong Boy


Faqeeh demam. Starting from the day he turns 3, lasting for one whole week.
Demam dia datang on and off. Sekejap panas, sekejap dedar, sekejap sejuk, suddenly panas balik.
Selalunya panas yang panas sangat tu occurs tengah malam.
5th day, demam masih belum kebah.

Bawak lah ke Klinik Azizah. Aku memang dah expect akan kena ambil darah sebab dah lebih 3 hari. That's why aku decide ke Klinik Azizah terus sebab situ boleh buat blood test dapat result on the spot.

Temperature 38.5. So, as I thought, doc suruh buat blood test. Aku membayangkan drama seperti Faheem dulu masa suspect denggi. Trauma dia dengan hospital gara-gara ambil darah for blood test.

I'm so amazed that Faqeeh tak nangis, not even a single ouch sound masa doc cucuk and ambil darah. He looked so calm as though nothing is happening. Tapi doc yang attend Faqeeh pun tidak lah as scary as doc yang attended Faheem dulu. 


Lepas dah selesai ambil darah, dengan kagumnya aku cakap, "Hebatlah Faqeeh. Faqeeh tak nangis pun. Tak sakit pun kan??"
Dengan muka berkerut dan nada sedikit menekan "Faqeeh sakitlah !!"

The result dapat terus just after a few minutes.
Platlet ok, but slightly on the lower side. 174. Normal range is 120 - 300 something.
White blood count pun ok.
Doc cakap if after 2 days masih demam, datang check darah balik.Takut platlet makin drop.
Ataupun bila dia nampak lembik lemah sangat, very inactive, terus bawa ke hospital.
Day 7, pagi tu masih panas lagi. 4 pagi aku teman dia berjaga sebab panas sangat. Pujuk dia nak suruh mandi bagi kurang panas, dia taknak. Puas pujuk, cakap nak dia cepat baik etc..
Boleh pulak dia buat dialog sayu...
"Ummi rindu Faqeeh ke?"
"Rindulah. Rindu nak tengok Faqeeh sihat, happy.."
"Ummi sayang Faqeeh?"
"Mestilah ummi sayang. Faqeeh kan anak ummi.."
"Kalau Faqeeh sihat ummi tak sayang?"
"Ummi sayang. Faqeeh sihat ke Faqeeh demam ke, ummi tetap sayang.."
"Faqeeh sayang ummi jugak.."
Allah..sayu hati ummi Faqeeh oii..

Huhuhu..Tapi ummi tetap kagum. Even abang Faheem pun kagum dengan Faqeeh..
Abi tanya.."Siapa yang hebat?"
Faheem jawab, "Faqeeh lah.."
"Kenapa Faqeeh hebat?"
"Sebab Faqeeh tak nangis pun kena cucuk.."
Jujur betul jawapan abang.

Semua anak ummi pun hebat.
Alhamdulillah Faqeeh dah sihat. Dah ada selera makan balik. Dah aktif bertenaga..
Syukur Alhamdulillah.




1 comment:

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015