Tuesday, December 8, 2015

Marhaba @ Publika


Hari Sabtu, masa misi mencari freezer, dari Pandan masuk ke MRR2, jem. Nak elak jem punya pasal, tiba-tiba dah dekat Publika. Told him aku pernah makan kat situ, bos belanja.. Restoran Marhaba, Yemeni Cuisine...Zawji tanya, nak makan ke? Jom lah..

To be frank, aku tak pernah jejak Publika selain pergi makan dengan officemate tu. Itupun memang pergi makan semata, parking betul-betul tepi kedai. Sebelum tu tak tau pun kewujudan Publika tu. Hahaha. So bila zawji tanya kedai belah mana, aku blur. Sampai aku nampak landmark. Colourful slope ^___^.

Perut tak lapar, tapi mengada nak makan jugak.

Sementara tunggu makanan, kita selfie/wefie dulu.. 




Nak makan ringan-ringan je. So, we ordered Saltah Fahsah and Mulauwah (sejenis roti). Roti tu, yang small katanya boleh makan 5 orang..


Hah.. Punyalah besar. Kalau large, tak taulah besar mana. Saiz kawah agaknya.. Hihi...


Memang itu saja kami order. Air arab mint tea, foc. Ringan-ringan pun, dengan roti sebesar itu, kenyang weh. Kuah dia tu, daging kambing, sedap.. Pedas-pedas. Anak-anak pun layan je makan.


Roti besar pun habis, licin..

Senang duduk bersila macam ni. Fathan pun boleh baring selesa, ummi boleh menikmati makanan dengan gembira.. Heheh. Abang-abang boleh bergulingan dan berjoget juga diiringi lagu-lagu arab yang merdu.. Hihi..



No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015