Monday, December 7, 2015

Minggu Terakhir Sebagai Fulltime Housewife

Hehe.. Cuti bersalin 3 bulan fefeeling jadi temporary fulltime housewife lah kan... Permanent nye belum nampak jalan lagi.. Doa-doakan lah yang terbaik ye..

Minggu lepas, minggu terakhir sebagai surirumah (hahaha) dah start hantar anak-anak ke pengasuh semula, plus orientasi untuk Fathan. Alhamdulillah, semuanya nampak baik-baik saja.

As for me, sementara bersendirian di rumah, jenuh lah aku mengemas. Sekejap atas, sekejap bawah. Bosan kemas bilik belakang, selongkar bilik depan pulak..But till today, tak dapat jugak hasil yang memuaskan hati. Especially bilik belakang, bilik anak-anak merangkap bilik stor.. Huhu.. Can you imagine that? T___T

Biarlah dulu.. Penat fikir. Tunggu esok-esok dapat the perfect solution, aku bongkar balik semua. Hahaha..

Sempat juga aku sort baju-baju kurung. Half of it kena let go... Huarrgghhh... The brighter side of it, dapatlah aku refresh my baju kurung collection nanti (terbanglah hai duit $$$). Heheh. Been wearing the same baju for ages kot (some of it lah). Ada yang dari zaman bujang lagi, ada yang kangah punya diturunkan kepada aku (or aku yang rembat sebenarnya :P ), ada jugak yang baru je buat last year, baru sekali dua pakai... Nanges.. Mostly baju kurung biasa, sebab muat-muat badan je. Kalau nak mengepam di pejabat nanti jadi leceh.. Ada jugak kurung moden yang aku mintak tailor buat loose, tapi dia buat jugak ikut badan. Stress aku. So terpaksa lah say good bye to those kurungs..

Sabtu, misi mencari freezer. Kali ni terpaksa invest beli freezer. Bukanlah susu terlampau melimpah ruah sangat (kalau ada rezeki Fathan sebanyak tu, Alhamdulillah...), tapi Alhamdulillah ada juga rezeki Fathan dan boleh buat stok.. Cuma tak muat peti nak simpan susu dan barang basah. Dulu tumpang peti Mama dan Ma. Merata-rata kau simpan susu hoii.. Semenjak Mama tukar peti baru, space freezer jadi limited. Chest freezer Ma pulak dah sampai ke Perak.. My request to buy a freezer is justified. So zawji pun setuju. Ikut hati, berkenan upright freezer sebab mudah nak susun EBM since dia ada drawer..






Hari tu ada tengok orang nak letgo upright freezer kat Mudah.my. RM800++. Gulp! Tapi aku rasa agak besar. Tak ingat berapa liter. Tanya kat kedai, upright freezer paling kecil 110L, brand Elba, RM930.. Phewww~ End up aku ambil chest freezer je, with same capacity, RM640..





Letak kat Gombak je peti ni. Rumah aku kan sweet sangat saiznya, kat dapur dah takde space. The only option, letak dekat living area. Nampak awkward lah pulak. Ma pulak, sejak takde chest freezer gedabak yang lama tu, tinggal peti satu pintu tu je. Tempat beku kecil je dan lambat nak beku. So, boleh lah cik peti yang baru ni berkhidmat 2 in 1..

Haiihhh.. Sekejap je dah 3 bulan.. Esok dah masuk kerja balik.. Wuwuwu.. Bermulalah kembali episod gendong cooler bag..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami, pelihara dan lindungi kami sentiasa. Semoga setiap usaha mendapat rahmat dan redha Allah..Allahumma ameen.

1 comment:

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015