Sunday, December 6, 2015

Orientasi Fathan : EBM Management

Fathan pun ada orientasi hoiiii... Hahaha...

Faheem dan Faqeeh dulu, mama yang jaga sampai umur Faheem 2 tahun setengah dan Faqeeh 1 tahun 2 bulan.. Lepas ayah buat bypass operation, aku hantar anak-anak ke pengasuh. Masa tu Faqeeh dah wean-off.. Stok EBM ada lagi, tapi aku gunakan dekat rumah je. While masa kat rumah pengasuh, Faqeeh minum FM. Sepanjang mama jaga, aku tak pening nak fikir pasal EBM sebab pakai konsep freezer mama freezer ku jua... Hihi.. Dan tak risau juga tentang penjagaan anak-anak sebab nenek yang jaga cucu kan (bab ni, sebelum bersalin Faheem lagi mama dah cakap nak jaga cucu. Aku cuba juga nak cari pengasuh tapi mendapat tentangan hebat dari mama & ayah.. Huhu)

So, ni adalah first time aku nak tinggalkan anak yang masih bayi bawah penjagaan orang lain (selain family member) dan first time lah aku nak uruskan EBM, like berapa botol susu, berapa oz per bottle, diapers, baju etc. Seriously rasa blur sangat. Yelah, kalau mama jaga dulu, it's like my second home. Apa yang ada kat rumah aku, itulah yang ada kat rumah mama. Baju, napkin etc siap ada almari sendiri..

Bila first time ni, aku adalah nervous. Tambahan pulak minggu-minggu terakhir cuti ni, Fathan refuse bottle feed. Risau sangat aku. Kalau mak kita jaga, dan jaga memang sorang tu je baby, tak lah risau sangat sebab boleh jugaklah nak melayan. Ni ada 2-3 baby, kalau anak kita buat perangai menangis terjerit-jerit, taknak minum botol, tapi lapar perut kembung, tah boleh sabar ke tak dengan anak kita..

Sebab Fathan asyik mengamuk bila aku try bottle feed dia, aku siap belikan botol comotomo dengan harapan dia boleh bottle feed. A day before hantar ke pengasuh, aku cuba bagi pakai botol tu. First feeding, aku impressed betul sebab dia boleh minum, gelak-gelak, sengih-sengih, licin 2oz.. Dah lega dah rasa. Bila 2nd feeding, dia start mengamuk balik. Sumbat je puting botol, terus jerit kuat. Tak sampai 1oz pun gerak. Itupun aku dok picit-picit lah botol tu sebab dia lembut kan. Masuk gak lah susu dalam mulut Fathan, telan secara paksa..huhu..


First day hantar, aku bekalkan 4 botol containing 2.5oz each (10oz in total). Aku pesan kat mak untuk call aku kalau Fathan mengamuk taknak minum etc sebab aku masih cuti lagi. Seharian, mak tak call pun. Bila ambil anak-anak petang tu, mak kata menangis jugak lah. Dia minum 4oz je out of 10oz.



Second day, masih menangis, tapi getting better. 7oz out of 10oz. Mak pesan, 2.5oz per feeding tak cukup. So the next day aku tambahkan sikit.

Third day, aku bekalkan 4 bottles x 4oz (16oz). Alhamdulillah, dia minum 12oz. Hari keempat pun habis 12oz. Aku tanya Faheem, adik nangis tak minum susu botol? Faheem kata adik baik. Adik tak nangis. Adik minum sampai habis satu botol. Allah Allah Allah... Lega sangat aku dengar. Syukur Alhamdulillah..Dan Fathan pun mudah mesra dengan mak, tak meragam, dah boleh nak ajak mak borak, senyum-senyum dengan mak..

Thank you Allah...Thank you Allah..

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015