Friday, February 19, 2016

Periuk Kukus


Cuti CNY hari tu balik Kelantan, 2 buah kereta. Tak ambil cuti extra pun. Jadi masa agak terhad.
Rasanya sejak kahwin, jarang aku balik sekejap-sekejap. Sebab banyak waris-waris nak diziarahi, be it on my side or zawji's. Belah zawji yang lebih ramainya sebab Ma and Ayoh both asal dari sana. Aku, ayah je orang Kelantan. Memang jadi rutin lah tiap kali balik, mesti kena singgah. Tak dapat semua pun, 3-4 buah rumah tu adalah.

Disebabkan travelling day je pun dah makan masa 14 jam atas jalan, almost seharian, makin terhad lah masa yang ada.
Jadinya, aku tak sempat pun nak tawaf Rantau Panjang ke, Pengkalan Kubur ke, Wakaf Che Yeh ke.. Pasar besar pun aku tak singgah. Tapi kakak dan adik-adik aku sempatlah sebab deme ni tak terlibat dengan program ziarah kami. Kami pi ziarah orang dan kubur, deme pi ziarah Pengkalan Kubur. Hehe..

Aku ingat nak pesan kat Kangah belikan periuk kukus yang kecik.Tapi mengenangkan deme tu pergi kendong anak kecik 3 orang, dengan mak buyung lagi, tak sampai hati pulak nak pesan. Dah balik baru aku cakap. Hahaha. Sebab dok terbayang-bayang.

Kangah pun laju je tanya aku, "Laaaa, kau takde ke Steam It Tupperware tu?" Hmmm..Memang aku tak beli pun masa dia beli dulu.. Pastu Mama cakap ada yang baru, 3 Tier warna ungu...
Terus aku drooling ok. My favorite colour.. Yummsss..
Cepat-cepat suruh mama order. Huhu.. RP, RM88.00 if I'm not mistaken..
Aku ingatkan ratus-ratus..

Lama dah aku fikir nak beli. Tiap kali balik kampung pun teringat nak beli. Tapi bila fikir my humble kitchen yang really too humble, aku letak tepi dulu niat tu. Tunggu one fine day.. Tapi tak tertahan pulak rasanya bila tengok si ungu ni. Dari segi saiz pun, ok lah. Not too big to fit in my humble kitchen..


Tak sabar nak tunggu si ungu ni sampai ke rumah..


3 comments:

  1. haaaa...dh dpt jgn lupa ulur2 apa yg d kukus tu...kuhihihih....ingat bg suggestion free ker....kuwahahaha...

    ReplyDelete
  2. cantiknya kaler ungu tu...berkenan lah pulok...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Ish menarik sungguh si ungu ni. Nanti share lah product hasil si ungu yee

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015