Monday, February 29, 2016

Tamrin di Darul Quran Nurul Hasanah


Entah berapa minggu punya cerita ni... Huhu.. zawji bawak ikut program dia. Tamrin katanya. Aku pun tak pasti tamrin tu apa. Macam usrah jugak katanya.. Bertempat di Homestay Nurul Hasanah, Bukit Belimbing, Kuala Selangor.

My zawj demam dari hari Rabu sampailah Jumaat. So, I thought tak jadi lah program tu. Eventually Jumaat malam tu dah beransur kebah. So program is on.

Tentatif..



Sabtu, selepas zohor baru gerak dari rumah, berkumpul di Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Konvoi dalam 6 buah kereta kalau tak silap.

Nyenyak je FT tidur along the way.

Abang-abang FH dan FQ memang riuh rendah seperti biasa.


Pukul 5 lebih rasanya sampai ke Nurul Hasanah Homestay. Sampai tu, terus solat Asar dan ada sedikit minum petang. Then check-in homestay, simpan beg, terus buat aktiviti petang.

Horse riding..

Nama kuda ni, Maghrib. Baby lagi ni. Baru beberapa bulan. Sangat ramah tamah, rajin menyondolkan mukanya dekat orang-orang terhampir. 

Waiting for turns..

FH memerhati dari jauh. Sebelum ni ok je naik kuda kat Tasik Titiwangsa. Selepas peristiwa tengok kuda berlari kencang dekat Sungai Pusu, Gombak, dia jadi fobia sikit. Bila tengok adik naik dengan abi, kedengaran suara kecil, "Ala..Bukan hebat sangat pun.."

FQ yang steady. Fearless boy.

FH teman ummi ye. Jadi pemerhati.



Puan memujuk. akhirnya FH setuju memberanikan diri untuk naik kuda.

Adik FT dah kepanasan. Berpeluh-peluh sampai hilang seri rambut bojeng.

Later that night, solat Maghrib dan Isya di surau Nurul Hasanah beserta tazkirah. Usai solat, kami pergi cari makan. Makan udang galah. MasyaAllah sedapnye. Udang gemuk-gemuk dan fresh. Tak sempat nak ambil gambar sebab masing-masing dah kelaparan tengok udang yang buntal dan menyelerakan tu. Ada dua lauk, both are udang okeh. Satu goreng macam celup tepung tu, another one masak sambal. Sambal cicah dia pun, Allah sedapnye.

Faheem adalah penggemar udang. Tapi bila tengok udang galah yang sedikit pelik dari udang yang dia biasa makan, terus taknak jamah sikit pun. Pelik tengok udang ada sepit katanya. Huhu.. Takpe, ummi tolong makan bahagian awak. kehkeh..

Lepas kenyang makan, balik homestay. Tidur..
Pagi tu ada qiamulail, solat subuh berjemaah dan tazkirah.
Then ada kuliah dhuha dan solat sunat dhuha.

Dan juga aktiviti bebas.
Archery, horse riding and the never ending photography session.
Smile :)


Part of the view of Nurul Hasanah. Luas tempat ni.

Anak Abi ^__^

He's on cheeky mood.



Anak panah. Baru tau yang bulu berwarna tu ada fungsi rupanya. Odd color meant to be hold on the outer side.

Sesi taaruf ke anak-anak?

Pipi siapa lebih bulat?

Handling three, the possibilty of having a decent photo session is almost none. Haha..

My warrior

Zorro?


Gambar ulang tayang..haha.. 

On the arrival day tu, semua orang tengah bersemangat waja nak naik kuda. Anak orang, mak orang, bapak orang..Semua pakat naik. Aku pakai skirt jeans masa tu, jadi ku pendam hasrat hati. 
Masa pagi ni (2nd day), orang tak ramai. Budak-budak je pakat naik berulang kali. Aku pun, ambil peluang lah naik sekali. 2 round dengan Faqeeh, another 2 round dengan Faheem. Hihi..

Some view of the homestay..



Banyak lot. Ada yang dibuat homestay, ada yang meant for pondok untuk warga emas.
Bilik homestay pun selesa. Equipped with 2 single bed (twin bed pun ada), basic amenities like sink & toilet, air-conditioned. The room is quite spacious too.

Most important, the kids had fun. Alhamdulillah.





No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015