Monday, March 7, 2016

Faheem - Fully Diaperless


Faheem mula potty train masa umur 3 tahun lebih. Since kami decide nak hantar dia pre-school at the age of 4, jadi sebelum masuk sekolah, berusaha untuk ajar dia pee & poo kat toilet. Bebrapa bulan sebelum start sekolah, Alhamdulillah berjaya. Dengan izin Allah tentunya dan bantuan dari pengasuh. Tapi masa tu tak fully diaperless lagi. Masa berjaga je. Bila tidur, be it siang or malam, tetap pakai diapers lagi.


Aku konon-konon masa cuti bersalin tu nak train dia tidur diaperless. 
Kata abang ipar dan biras aku, berikut adalah antara tips untuk totally free diapers:-
Waktu terakhir minum, 10-20 minit sebelum tidur.
Sebelum tidur, suruh pergi pee dulu kat toilet. Even if dia kata taknak pun, paksa jugak ke toilet.
Masa tidur, kejut dia tengah malam or angkat bawak pergi toilet, ask him to pee.

Hurmmm...
Part nak kejut tengah malam or angkat bawak pergi toilet tu memang tak dapat lah aku nak buat hoi.
Faheem weighs almost 20kgs now. Mana larat aku nak angkat. Dalam pantang pulak masa tu. Jadi, ku pendam hasrat hati. Even dah habis pantang pun aku tak gigih sebab toilet kat bawah. Rajin nak angkat anak teruna yang makin semangat tu? Patah pinggang hoi.



Tapi day by day, slowly cakap dekat dia that soon dia tak boleh tidur pakai diapers dah. Bagi contoh abang-abang sepupu yang memang geng dengan dia. Abang Syahmie, abang Adam tak pakai diapers dah. Aku malas nak paksa-paksa. Nanti aku sendiri yang sakit hati, nak marah-marah. So, biarkan je lah. Dan malas nak mencuci juga. Adoii lah ummi ni..

Dah beberapa minggu Faheem tidur, walaupun dengan diapers, tapi bila bangun pagi, diaper dia masih kering.

There is one night, dia kejut aku pukul 2 ke 3 pagi, nak kencing kat toilet katanya. Though pakai diaper masa tu. Ummi ni masih mood malas-malas, suruh kencing je dalam diaper. Haiih ummi, elok anak nak kencing kat toilet, suruh kencing dalam diaper. Confuse budak tu. Happens that, dia tak kencing jugak. 5 minit lepas tu dia kejut lagi. Ok lah, jom pergi toilet.


So, bila dah couple of weeks diapers kering je, zawji biarkan Faheem tidur diaperless. Of course alas jugak dengan waterproof mattress, just in case. Alhamdulillah, kekal kering sampai pagi. Ada sekali tu, dia tak sempat pergi toilet sebelum tidur. Tidur dalam keletihan. Aku pakaikan jugak diaper sebab takut die tak sedar terkencing malam. Bila bangun pagi, dia marah sebab pakaikan diaper. He said,"Faheem kan dah tak kencing dalam pampers, Faheem kencing kat toilet je. Kenapa pakaikan pampers??" Huhu..
Kat pengasuh pun, daytime, tidur tak pakai diaper dah. Bila dia bangun and still dry, dia akan cakap, "Faheem tidur tak kencing..Tak bocor pun.."

Alhamdulillah.
Good job abang. He is really a big boy now.
Thank you Allah for making it easy.


Next --- Pujuk for khatan pulak. Sekarang pun dah slowly talk to him about khatan. And since Fathan dah khatan, can be a point untuk memujuk also. Semoga Allah permudahkan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015