Monday, March 14, 2016

Restless Week & Kami di Darjah 6 ^_^


It's been a busy, hectic, restless week for us. Too many things happening around, with the hot weather some more, really exhaustive.

Bermula dengan our humble kitchen extension mission, tak cukup weekend, apply cuti sehari nak cari homewares, kitchenwares, tiles etc. Walaupun dapur kecil je, tapi amount of thinking, amount of effort tu, letih jugaklah. Kalau major renovation, lagi serabut kot aku.. One whole day pun tak cukup nak cover beli semua. Checklist banyak lagi yang pending.. T__T Kita focus beli yang besar-besar dulu. Benda kecil-kecil, kemudian. Tapi yang kecil tu lagi banyak sebenarnya. hahaha..

Then tentang our 3rd house pulak yang dah VP tapi belum dapat kunci. Adalah isunya kat sini yang tak kurang menyerabutkan jugak. Tunggu settle semua dulu nanti insyaAllah aku buat satu entry kenang-kenangan.

Kerja pula memang tengah actively kicking right now. Terkejar-kejar, semput juga dibuatnya. Dan office pun bahang je rasa. Kemana tah hilang sejuk aircond yang sebelum ni macam kutub utra sejuknya.

Kemuncak of our hectic restless week is on 12 March 2016. We had a mission, hunting for kitchen appliances. Mainly hood and hob. Anak-anak kurang sihat, minta ihsan Mama tolong tengokkan cucu-cucu. Mokcu ada, boleh layan abang-abang buat aktiviti. Hihi..
Alhamdulillah, anak-anak rela ditinggalkan. Huhu. Umpan coloring book yang maktok belikan. Thanks Mama. 

Elok je masa nak gerak dari rumah Mama, kereta tak boleh start. Bateri kong. Tunggulah zawji beli bateri baru dulu..Tengah panas terik tu, zawji bermandi peluh. Mujur Allah takdirkan enjin tak boleh hidup depan rumah mama. Boleh jugaklah pinjam motor ayah pergi beli bateri. Cuba kalau mati tengah-tengah jalan ke, kat mana-mana ke..

Lepas tu, whole day hunting for barang rumah. Lepas Maghrib baru ambil anak-anak. Fathan demam pulak. Sebelum tu memang dah batuk-batuk. Sabtu tu lah baru panas badan, batuk makin kuat. Terus bawak pergi klinik. Dia bernafas laju, batuk kuat, menyusu pun sekejap-sekejap je. Tak selesa tekak agaknya. Doc suggest bagi nebulizer. My first experience. Abang-abang tak pernah lagi kena neb sebelum ni. Lepas neb, tak sempat keluar dari consultation room, terus muntah lendir selambak kat lantai bilik doc. Sorry lah doc ye. 

Then balik rumah. Ujian sungguh. We're locked outside our home. Tombol kunci yang dah antik sangat tu tak memberikan kerjasama pulak. Happen that, masa tulah the mechanism nak broke down. Dengan Fathan demam merengek tak berhenti, kami berpeluh-peluh dek kepanasan.. Allah Allah Allah.. Terus lah kami ni acah-acah jadi McGyver sambil berdoa pada Allah kasihanila kami, permudahkanlah urusan kami. Alhamdulillah boleh bukak jugak akhirnya. Kalau tak, mungkin tidur dalam kereta saja. Kehkeh. Allah hadirkan bantuan melalui kawan zawji. Thank you Allah.

Tombol pintu tu memang dah lama jugak bagi hint dia dah uzur. Akhirnya, it's time to replace.

Later that night, Fathan memang meragam sokmo. Tak boleh tidur. Batuk kuat. Ummi jadi zombie teman anak demam..

Memang tiring.

Tapi, despite of all that happens, nak bagitahu..
It's the day kami di darjah 6 sekolah rumah tangga.

Bukan darjah 6 yang ni. Ni oldskool punya darjah 6.
Siapa boleh cari which one is me?? Hahahahaha..


Darjah 6 = Our 6th Anniversary.
Celebration? Takde. Zawji kata hari-hari pun celebrate..
Sentap tau.

Haha..
Tahun ni takde surprise cake delivery ke, dinner ke, holiday etc..
Tapi kami dating berdua here and forth cari barang untuk rumah.

And some cool stuff do happens too.
Me being happy dapat dapur idaman.
Dan me being happy jugak sebab dapat tile yg dicari-cari dan diimpi-impi untuk our humble kitchen makeover pada harga runtuh berganda-ganda. Syukur Alhamdulillah atas bantuan Mu Ya Allah..
Ehh...aku sorang je ke yang happy dalam cerita ni??
Hahaha..

Anyhow..
Melangkah ke tahun ke-7 dalam perkahwinan..
Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah dan dosa kedua ibu-bapa kami, satukan hati-hati kami dengan ikatan kasih sayangMu, rahmati dan berkatilah rumahtangga kami, jadikanlah kami ibu bapa yang mithali, soleh/solehah, supaya dapat mendidik para wildan kami menjadi anak-anak soleh lagi musleh dan mukmin bertaqwa. Beri kami kekuatan, ketabahan dan kesabaran Ya Allah. Limpahilah rumahtangga kami dengan sakinah, mawaddah dan rahmah. Semoga cinta kami sentiasa bertunjangkan kecintaan yang maha tinggi kepadaMu.
Allahumma ameen.






1 comment:

  1. Aku bc entry ni pun mcm tersesak-sesak napas.. lepas satu, satu ye.. moga baik2 aje ili n family.. syafakallah utk fathan.
    Dan juga, happy eniberseri-seri yg ke 6 ili n cobain! Moga kekal bahgia hingga ke syurga

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015