Wednesday, March 16, 2016

XPDC Mendaki Bukit Saga


Ni kisah 28 Februari yang lalu.. 
XPDC mendaki Bukit Saga, Ampang.
2 malam sebelum event, masa zawji sibuk sort borang etc, saja aku tanya, nak join sekali naik bukit boleh?
Dengar tak dengar je jawapan zawji masa tu.

Hari Sabtu tu, zawji sibuk uruskan sijil penyertaan. Aku follow sekali dengan anak-anak. Lagipun ada program kursus penyembelihan, seronok anak-anak tengok orang sembelih ayam. Sambil-sambil tu boleh terapkan sikit basic knowledge, kenapa kena sembelih ayam, halal haram etc. Kebetulan ada seekor ayam telah menjadi bangkai, mati kepanasan agaknya, so bagitahu lah bangkai tu tak boleh makan. Dan seterusnya macam-macam soalan yang terbit dari jiwa anak kecil yang dahaga ilmu..hihi..

Masa zawji buat sijil tu, aku tanya, sijil aku ade tak? Cehh..takde rupanya. Dia terlupa. Terus print sijil untuk aku. Kira greenlight lah tu dak? Hahaha..
Sebenarnya teringin nak join masa dia pergi panjat Bukit Broga last year. Tapi masa tu tengah sarat mengandung. Kau berani nak panjat bukit dengan perut boyot? 

So, at the very last minute lah jugak decide dan dibenarkan join xpdc ni. Balik rumah, cari kasut, takde. Call mama tanya-tanya kalau ada yang simpati nak pinjamkan kasut, pun takde. Hmmm...redah jelah dengan apa yang ada.

Hari kejadian...
Sebelum subuh, hantar anak-anak ke rumah Mama. Then we head to Masjid Al-Azim, solat subuh kat sana. Lepas solat subuh baru mula registration, edaran t-shirt dan ada sedikit sarapan untuk las perut sebelum pendakian.

Boyfriend bagi ucapan alu-aluan ke ape ni?

Kaunter pendaftaran. Aku si tukang sort saiz baju. 

Ucapan perasmian oleh YB Iskandar. Followed by bacaan doa oleh nazir masjid.

Bergambar sebelum bertolak ke Bukit Saga..


Dah sampai di kaki Bukit Saga

Sampai kat Bukit Saga, bergambar lagi. Adehhh..

Sebelum memulakan pendakian, kena panaskan badan dulu. Buat stretching supaya urat-urat tak terkejut. 

Stretching lead by abang bomba.

Serius sangat muka tu. Lamanye rasa tak bersenam. Tiba-tiba rindu zaman aktif bersukan dan main netball dulu..

Lepas stretching, baru lah boleh mendaki. Ni baru beberapa langkah je ni..

View dari Bukit Saga. Belum sampai atas pun lagi ni. Baru je beberapa minit pendakian.

Yeahhh.. Lama tak berpeluh basah jeruk macam ni. Rasa refreshing sangat. Bila dah lama tak buat aktiviti fizikal macam ni, badan memang agak lemau. Tambahan berat badan dan bertambah. Jadi aku cube mengumpul kekuatan dan semangat yang padu untuk sampai ke puncak. Cuba juga tak bergantung pada zawji sangat. Bila tengok aunty-aunty Chinese tu selamba je steady memanjat, takkan nak menyerah kalah kan.. Tapi, kena jaga breathing jugaklah and not too forcing your own self. Rehat seketika kalau dah rasa gelap, dan jantung terlalu laju. As for breathing, aku rasa macam aku bernafas seperti hendak bersalin. Berguna juga ilmu pernafasan semasa bersalin to be adapted for other things. hehe..

Dah sampai basepoint. Memang stop sampai sini je. Tak naik atas lagi dah. Kalau nak ke air terjun, kena naik lagi. Air terjun kecil je. Ni rombongan ramai-ramai, tak payah lah panjat lagi.




Sebab takde kasut, aku panjat pakai selipar acah-acah crocs ni sahaja. Sila jangan tiru aksi ini. Sangat tidak selamat. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah berjaya sampai atas tanpa insiden yang tidak diingini atau kecederaan.

Group photo adalah wajib.


Sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Subhanallah..

Lama jugak duduk dekat atas tu sebab kami antara yang terawal (among the group member) sampai kat atas tu. Jadi, had to wait until the last participant reach the top, baru boleh gerak turun.

Perjalanan naik dan turun adalah melalui trek yang berbeza. Trek naik sedikit jauh dari trek turun, tapi sedikit landai as compared to trek turun tu.
Trek turun penuh dengan tangga-tangga..huhu..curam lah jugak. Kalau naik ikut trek tangga ni, memang lagi mencungap lah aku. Tengok, anak kecil tu pun steady panjat bukit. 

Tiba-tiba nak feeling throwback outdoor photography session masa kahwin dulu. Sebab masa majlis belah zawji, buat outdoor kat ala-ala hutan macam ni lah. hahaha..Air terjun ape tah nama tempat tu. Lupa dah.

Berjalan dengan group selfie ni, memang banyak lah pitstop berselfie. Akak tumpang sekaki ye dik..


Selipar itu lagi..huhuhu..


Aku suka tengok the colour of the nature. Nampak cantik je everyhting blend in together. Gambar ni don't do justice. Tapi real life, aku memang kagum tengok kebesaran ciptaan Allah. Daun-daun kering pun nampak cantik. Subhanallah..

Akar-akar pokok berselirat ni pun bagi impak yang hebat sangat. Kalau expert photog ni, mesti gambar akar tu nampak superb. Tapi sebab aku kasta lagi rendah dari amatur, yang baju merah tu jela nampak handsome. Hahaha.


Sampai bawah, panas terik hoi..Tapi nak jugak bergambar kenangan dengan signage Bukit Saga ni. Macam lah Bukit Saga dengan rumah kau tu jauh sangat. 

30+ years menetap di Ampang, inilah baru pertama kali aku jejak kaki Bukit Saga. Kalau kaki bukit pun baru nak jejak, daki apatah lagi kan. Tapi kira not bad jugaklah. Sebab ada kawan aku yang duduk kat taman di kaki bukit tu, still tak pernah naik pun Bukit Saga tu till now. Hihi..

Alhamdulillah, misi menawan Bukit Saga berjaya.
Terima kasih kepada Geng Masjid Al-Azim (GeMA) selaku penganjur.


Lepas ni boleh lah panjat bukit lagi. Hopefully.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015