Monday, April 25, 2016

Fathan & Viral Fever

Sepanjang minggu lepas, badan dia dedar. Pagi masa hantar ke pengasuh, dedar. Petang ok. For couple of days. Hari rabu, masa ambil kat pengasuh, mak kata demam. Minum susu pun tak habis.
Later that night, memang tak boleh tidur. Panas sangat badan dan kepala. Bagi ubat and balut dengan tuala basah. Siang dia ok sikit. Tapi manja.


 Thursday night pun sama. Even bangun pagi tu, masih lagi panas. Malam-malam memang merengek jelah. Both of us had sleepless night. So, Friday, we went to clinic.

Since dah 3 hari demam, no cough, no flu. Temperature, 39 degree Celcius. Doc suggest buat blood test.
Dia nangis sikit. Masa doc picit-picit jari nak ambil darah, mula dia senyap je. Tapi bila dah lama, darah pun susah nak masuk tiub, dia start gelisah dah. Picit punya picit, darah taknak keluar. Terpaksa cucuk lagi sekali. Tapi Fathan ni strong boy kan. Sekejap je rasa sakit. 

Dapat result on the spot. Platlet ok. Alhamdulillah. Which means, it's not dengue. Tapi white blood count sedikit tinggi. Doc kata, could be viral fever. On antibiotic. Kalau demam masih berlarutan after 2 days, to come back for further check up.





Sabtu masih demam. Ahad dah kurang panas. Dia pun nampak segar sikit. Tapi mula naik merah-merah kat muka, badan, all over..


Went to clinic back. Doc kata it's viral fever. Bukan campak  dan tak berjangkit. Just sapu calamine lotion, habiskan antibiotic.

 Anak ummi si pipi merah (as being called by abang. hihi..) Demam dah kebah, tapi masih sangat manja. Tak selesa agaknya dengan bintik-bintik merah tu.

Abang pulak, had swollen eye. Berjangkit dengan ummi ke?? Huhu..


Faqeeh on the other hand, naik biji-biji all over his body. Rashes, I assume. Musim panas ni kan. The kids pulak aktif, kuat berpeluh. Lagilah naik ruam merata-rata.

Syafakallh syifaan 'ajilan anak-anak ummi abi.
Moga Allah beri kesembuhan dan kekuatan pada kalian.

1 comment:

  1. Gambar yang first tu sedihnya tengok! Nampak tak selesa dan lemah je kan? Get well soon baby boys, anak anak tak sihat ni memang boleh buat kita runsing siang malam kan?

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015