Wednesday, May 25, 2016

Faqeeh and His Toys, and His Drama


Muhammad Faqeeh ni..
 Inilah kerja dia. Habis disusun semua truck, lori yang ada..
Beratur nak ke mana tah bukan main congested lagi..
Nak isi minyak ke?



Petrol pump nan seketul.

Tu ok lagi dia susun cantik. Tapi lama juga terbiar macam tu. Suruh kemas, kata nak main. Kita nak kemas, tak bagi. Tapi dia dok main benda lain. 

Ni lagi satu. Pakat berebut nak berteduh bawah kerusi. 


Banyak kali pesan, kalau nak main mainan, jangan humban semua. Ambil yang nak main je.
Tapi....

Dia tonggeng jugak toy box, memuntahkan segala isinya.


Yang geramnya, bila dah sepah, dia biar. Main benda lain. Bila suruh kemas dia buat selamba.
Semalam, puas ummi suruh kemas, dia tolak ke abang.
Bila dia minta susu, ummi bagi syarat.
Siapa tak kemas mainan, ummi tak buat susu..
Faqeeh protes. Faheem tu lah kemas, katanya.

"Siapa yang buat sepah?"
"Faqeeh.."
"Jadi, Faqeeh lah kemas. Bukan abang."
"Faqeeh dah buat, Faheem lah pulak.."
"Mana boleh. Faqeeh yang sepahkan, Faqeeh kemas.."
"Faheem lah kemas.."
"Dua-dua kena kemas. Abang pun main sama, abang kemas sama-sama.. Siapa tak kemas, ummi tak buat susu.."

Dengan nada sayu dan syahdu sambil kemas mainan..
"Ummi..kenapa ummi buat anak ummi macam ni? Ummi tak sayang anak ummi ke? Takde siapa nak buat susu untuk Faqeeh. Takde siapa nak cakap dengan Faqeeh. Abiiiiii...Faqeeh nak abi..."


Kalau abi balik nanti, tengok mainan bersepah macam ni, abi pun suruh Faqeeh kemas jugak.
Hahahahahaha..

Bertabah sangat ummi, facing all these while abi were away.
2 weeks oii..
Hari ni abi balik, anak-anak semua tolong behave ye. Kalau nak drama pun, buat drama kat abi je..Ummi nak rehat sat..huhu..

1 comment:

  1. HAHAHAHAHAHAHA ayat diaaaaa adoi sabar jelah! Sama je dengan si Adam Muaz tu. Paling liat kemas toys pastu ayat mesti nak drama habis =)))

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015