Thursday, June 16, 2016

Ketuk-Ketuk Ramadhan : 10 Ramadhan Pertama


Ramadhan tahun ni, azam aku nak masak sendiri lauk berbuka dan kurangkan berbelanja di param. Dan juga, kalau boleh, nak masak lauk yang berlainan untuk iftar setiap hari. Sayur adalah terkecuali. Hihi..Dan sahur pun terkecuali sebab sahur kadang-kadang panaskan lauk iftar sebelumnya je.. Seru dapur baru namanya..hahaha...Kata mama, dapur dah canggih, kalau tak masak, tak tau lah nak cakap apa...Adoiii..Takdelah canggih mana pun. hahaha..Tambahan, kerajaan bagi pelepasan balik setengah jam awal di bulan puasa ni, which membantu sangat untuk aku. Alhamdulillah.

So, the first 10 Ramadhan...

White font - aku masak/buat/prepare sendiri
Red font - by others
Red font with * - beli di param/kedai




 Marinated salmon waiting to be grilled





Ayam kung pao. Cili kering tiada, ganti dengan cili padi :)


Iftar day 7
Berbuka tanpa abi. Ummi dan hero bertiga sahaja the whole day. Boleh imagine macam mana nak masak, mengemas dengan 3 hero. Sambil masak sambil kendong Fathan. Itupun kadang-kadang terpaksa biar dia menangis mencari ummi. Tak jadi kerja kalau asyik dukung dia. Ada masa abang-abang tolong jaga. 

Karipap frozen dah selamat licin di makan anak-anak yang 'letih berpuasa' sebelum azan Maghrib berkumandang. Ummi redha saja. haha..


Serunding bilis marvellous ni made by my BFF - nas. Sedap sampai Faheem Faqeeh pun berebut. huhu..


Iftar day 8



Iftar day 9


Kelam kabut sikit nak masak day 9 sebab lambat sampai rumah. Pastu baru terkial-kial nak belajar guna microwave untuk kukus. Malas nak explore sebab takut lambat, kukus guna Steam-It Tupperware. Pastu bekas tahan panas nak letak ikan dalam pengukus takde pulak. [kalau nak pakai microwave pun, takde jugak bekas nya..Hint kat zawji nak beli corningware/corelle...hahaha].. Sudahnya pakai mangkuk ikea for kids yang comel tu, ikan terpaksa potong kecil, kukus 2 kali separately. Itupun mujur separuh ekor je. Kalau seekor ikan, 4 kali agaknya kena kukus. Haiihhh...[Eh...tapikan...pengukus tu kan 3-tier..Kenapalah aku tak kukus je serentak 2 ketul ikan tu pakai 2 lapis kukus??? Adoiii  (-____-") masak kelam kabut, begitulah kekdahnya.. Sel-sel otak tak dapat nak berhubung terus...Masa menaip entry ni baru teringat..kuikui..]


Iftar day 10


Malam nye, lepas zawji balik terawih, buat kek milo 3 minit. Ada orang tu, dah berapa hari berzikir suruh buat kek. Bahan nye takde. Wifey nye pulak tak pandai buat kek. Jadi, untuk first trial, kita buat yang paling simple. Again, bekas takde, kita pakai mangkuk comel ikea for kids tu..hihi..Pastu malas nak buat 2 bekas asing, tawakkal je letak semua bancuhan dalam satu bekas. Melimpah lah sikit. Sikit je..hihi..Merasalah orang tu makan kek tengah malam buta..


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015