Wednesday, August 24, 2016

Eating Out : Jom Western @ Aeon Big Wangsa Maju


Walaupun boleh kata selalu pergi Aeon Big Wangsa Maju ni, tapi jarang sangat makan kat situ.
Last Saturday, kami cuba makan di Jom Western.
Masing-masing nak order sendiri. Lagak orang besar. huhu..

Faqeeh ordered Nasi Goreng Seafood Tom Yum dan Red Wings, air teh o ais as usual. Selera bukan main lagi.
His fried rice a bit spicy, tapi dia makan rileks je. Abi yang tak tahan kepedasan. 

Faheem ordered Nasi Goreng Cina with Ayam Goreng Rempah, air Bandung Lychee. Berkali-kali ummi tanya, betul ke nak makan nasi. Nak nasi ke mee? He insist on having fried rice.

Mine. Dry wantan Mee with BBQ Honey Chicken, air 3 layer tea. Mine yang pertama sampai. Faheem nampak je mee ni, terus dia nak tukar selera. Amboii...Tapi suruh jugak dia makan nasi yang dia order, and I gave him some of mine. He ate more mee than rice though =__="

 Zawji's, Roast Chicken Maryland with Fries, air Green Apple Kasturi. Blackpepper sauce dia sedap.

Ummi abi makan ringan-ringan je. Haha.. Jangan terpedaya. Sepinggan besar nasi yang dipesan anak-anak tu, siapa lagi yang kena habiskan kalau bukan ummi dan abi. Hnnssss.

Fathan jadi pemerhati sambil buat background music, bergendang dengan chopstick tu.


Overall, nice food, sedap. Kenyang teramat. 

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015