Monday, August 22, 2016

Insiden Wajib

Anak-anak soleh ummi..
Dari anak pertama, sampai anak ketiga ni..
Masing-masing mengalami insiden yang sama.
Jadi ibarat insiden wajib..
Cara mungkin berbeza, tapi luka di bahagian yang sama..

Insiden Fathan ni, beberapa minggu lepas.
Dia tengah seronok bergendang dengan bangku, abang Faqeeh yang baik hati, tarik bangku masa adik tengah menongkat tangan pada bangku..
Terjatuh lah kawan tu tersembam dekat lantai.
Motif abang, tak bagi adik bawak main jauh-jauh bangku yang sepatutnya letak dekat sink basuh tangan, nanti susah abang nak basuh tangan..
Allahu..
Tapi abang jugak yang sedar bibir adik luka berdarah..

Serba salah lah jugak dia..
Abang Faheem pulak, tiba-tiba menangis..
Bila di tanya kenapa abang menangis?..
Faheem kata, "Faheem tak suka macam ni. Tak suka Fathan luka berdarah. Kesian Fathan.."
Allahu..



Si bibir bengkak. Ada satu sisi gambar, paklong dia samakan macam angry bird..hahaha..
Kebetulan, gambar tu dengan gambar angry bird yang paklong share, dari sisi yang sama..Alahai..sebijik muncung awak dengan muncung angry bird dikkk.. Tapi ummi tak jumpa pulak gambar tu kat mana.. T___T

Dan...
Seperti abang-abang jugak, this sad face lasted for few minutes only. Lepas tu dia tak ingat sakit dah..Bergelak ketawa seperti biasa..


No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015