Thursday, September 15, 2016

8.9.2016 : Fathan Turns 1

Alhamdulillah, 8 September 2016 yang lalu, genap usia Fathan 1 tahun.
Aku masih ingat dengan jelas detik-detik drama bersalinkan Fathan.
Macam baru semalam je berlalu.
Sekejap je dah setahun.

Fathan, my bujang ceria, as being called by pengasuh dia. Sangat murah dengan senyuman.
Sua buat senyum simpul, senyum macam tak ikhlas nak bukak mulut. Kehkeh.. Geram tau..


 Birthday cake, zawji order dari kawan dia.


Cubaan menarik perhatian birthday boy untuk capture birthday photo. Nampak tak muka tak rela si birthday boy?


End-up, siapa punya birthday cake sebenarnya ni??


Hai budak kenit ni..
Senyuman dia sokmo buat ummi cair.
At 1 year, kaki belum berani melangkah. Tapi skill memanjat dah power. 
Badan halus, berat border je, tapi makan boleh tahan banyaknya.
Alhamdulillah, masih lagi fully breastfeed. Walau stok susu tak menimbun macam abang Faqeeh dulu, so far masih bertahan. Adalah ups and down. Bila ummi berkeluh kesah asbab production susu kurang daripada jumlah yang dia consume, nanti esoknya bekal susu berbaki sebotol dua tak berusik. Alahai. Merajuk ke Fathan? Bukan ummi marah awak minum banyak. Ummi ni yang kena rajin tak boleh culas.




Sanah helwah sayang.
Semoga jadi anak yang soleh, bertaqwa. Jadi anak yang rajin dan bijaksana, dihiasi akhlak yang mulia. Semoga sentiasa dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah, sentiasa dalam rahmat dan redha Allah, sejahtera di dunia dan akhirat.


No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015