Thursday, September 15, 2016

Qurban


Previous years, usually ada at least 5 ekor lembu untuk ditumbangkan. Tahun ni, we didn't open to others. Anak-beranak je. Seekor lembu untuk qurban, seekor kambing untuk aqiqah.

Since raya hari Isnin, Sabtu kami dah balik Gombak. To prepare whatever that is necessary. 
Sebelum mulakan sebarang aktiviti, kita survey dulu pancang lama, elok lagi ke?
Tengah jalan, jumpa biji getah. Seronok Faqeeh mengutip.
Teringat kenangan zaman kanak-kanak bila balik kampung nun jauh di Kelantan.
Riuh mengutip biji getah. Buat main congkak tanah, main laga biji getah..macam-macam permainan lagi lah. Meriah.





Pancang lama masih kukuh. Tak perlu buat pancang baru untuk tambat lembu. Cuma perlu gali lubang sahaja. Tapi tak dapat buat sebab hujan di petang hari.

Petang tu dapat mesej darai SIL. Minta adik ipar yang comel ni buat perapan untuk satay. Nak bakar satay katanya. Ahaks.. Cubaan pertama buat satay masa raya puasa hari tu tak sampai sekilo daging. Terus dapat task untuk 5 kg ayam. Yeah..Sebelum SIL beli bahan untuk buat satay, kita prepare bahan untuk kuah kacang dulu..

Assistant kecil abi dan tokma. Asalnya ini task ummi. Tengah khusyuk tanggalkan kulit kacang, abi bagi signal, Fathan menangis. Makanya, kita switch lah abi ye. Hihi..Mujur abi ada assistant. Lending his small hand.





Hari ahad, waktu geng abi-ayah-papa sado sibuk bergotong-royong buat spring cleaning stor/bangsal tepi rumah, aku prepare bahan perapan untuk satay ayam. Resepi aku ambil disini: Blog Azlita Masam Manis


Menjelang petang baru mula mencucuk daging ayam. Dapat almost 200 cucuk satay ayam.

Seterusnya tugas ayah-ayah untuk membakar satay. Jyeaahhhh...

SIL kata menu untuk pagi raya. Tapi malam raya dah susut jumlahnya. huhu..
Mujur masih berbaki untuk santapan pagi raya.

Pagi raya, usai solat sunat aidiladha, masing-masing mengisi perut sebelum beradu tenaga dengan sang lembu dan kambing.


Saya? Tukang sorak saja.. Ahaha..


Ini abi sado. Kata Faqeeh, walaupun lembu sado, tapi abi lagi sado. Sebab lembu tumpas di tangan abi.. Alahai anak. Tinggi sungguh penghargaan untuk abi..





Kambing untuk aqiqah baby Maisarah. Boleh tahan melawan kambing ni. 


Alhamdulillah. Kedua-duanya berjaya ditumbangkan, dengan niat qurban dan aqiqah, kerana Allah Taala.


Sebelah malamnya, majlis aqiqah Maisarah. Menu nasi mandy, kambing masak kuzi, sup daging lembu. Memang super sedap. Alhamdulillah. senak perut makan banyak sangat..

Pakcik kenit ni, buruh kecil, tukang susun cawan. T__T.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar despite of some flaw here and there.
Penat dan kenyang, toksah cakap. huhu..

Selesai sudah ibadah qurban tahun ini.
Kalau dikaji-kaji diri sendiri, banyak lagi yang perlu di-qurban-kan selain daripada qurban lembu.
huhuhu..
Semoga ibadah qurban kita diterima Allah dan diampunkan segala dosa.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015