Wednesday, September 14, 2016

Penang 2.0 #1


Our vacation club point were supposed to expire last March. But since last year I was in pregnancy mode, then undergo confinement, so we didn't have time to utilize our points. I wrote an email to the management asking for extension of points validity, at least for a month. Alhamdulillah, it was approved, not for a month, but until September 2016. That's an extension of 6 months. So I still had a plenty of time. hahaha..

We're thinking of taking Mama to Cherating. Unfortunately, the extended point can only be used at certain home based hotel which left us with only few options. So, we decided to opt for Penang, rather than Port Dickson. This trip is mainly to entertain Mama & ayah, dan my adik bongsu of course. Huhu..

But I have doubt ayah akan ikut. In order to make sure that ayah will join our Penang trip, we decide to stop by Ipoh to meet our little sweetheart, baby Aqeela. Tok ayah mesti nak jumpa cucu dia.. heheh..Alhamdulillah umpan mengena. Dari Ampang ke Ipoh dengan 2 buah kereta. Konvoi dengan Bangcik a.k.a ayah Aqeela. Brunch di Ipoh, sambil lepas rindu dekat si kenit mata bulat ni.



Dari Ipoh ke Penang, sebuah kereta je, Bangcik tak ikut since wife dia masih dalam pantang lagi..Sampai Penang, terus check in hotel dulu. Hotel Sunway Georgetown. Ambil 2 bilik, dapat connecting room. Yay. Senang. Then ambil extra bed. Since bilik dah free, we pay for extra bed je, Rm80 per night.


Lepas check in dan solat, food hunting mission bermula. Mama kata Busu recommend makan dekat Nasi Kandar Deen Maju. Tapi katanya limited seating dan long queue. Quite near to our hotel. But still kena naik kereta. Masa tu hujan renyai sikit. Despite of rainy days, queue tetap panjang, terjenguk-jenguk cari meja kosong.



Memang sedap dan makan dengan penuh nikmat. Faheem makan sampai licin pinggan. Mama, who usually eat quarter plate of rice, hari tu makan penuh sepinggan. Dapat pulak lauk kesukaan dia, telur ikan seketul, memang seronok lah dia layan. Alhamdulillah.



Lepas kenyang makan nasi kandar, balik hotel semula meregangkan otot-otot, rehatkan badan. Fathan terus tidur lena. Abang-abang dan abi pulak, layan berendam swimming pool. But the pool tak kids friendly. There's no kids' pool. Ada main swimming pool dengan jacuzzi. Faheem main dekat tepi-tepi jacuzzi tu je. Itupun risau jugak kalau tergelincir jatuh ke tengah. Faqeeh? Layan mandi shower. Alahai. Baiklah awak layan shower dekat bilik hotel tu dari layan shower kat pool area ni..





Malam, we went to Padang Kota. Food hunting lagi. Hehe..
Pening nak memilih makanan.
Ordered laksa, pasembor dengan charkuey teow gitu-gitu.
Laksa so so je lah rasa dia.
Pasembor, not bad. Mula-mula order sepinggan, pilih sendiri, makan kongsi-kongsi. Then bertambah sepinggan lagi sebab anak-anak suka.
Char kuey teow, sepeti nama kedainya, gitu-gitu jelah rasa dia. Tak kick. Dan rasa seperti tertipu sikit pun ada. Sebabnya, masa order tu dia kata kerang tak banyak, buat campur boleh? Campur udang dengan kerang. So, aku iye kan je lah. Bila sampai, harga dia double. Bila tengok kuantiti kerang dia, quite banyak lah jugak. Standard char kuey teow biasa. Kira kalau beli char kuey teow kerang tu, dah ok lah tu. Macam pelik lah rasa sebab asalnya dia cakap kerang tak banyak kan. So, aku rasa dia perangkap kat situ. Nak suruh beli yang mahal. Agak kesal lah jugak. Dan rasa pun gitu-gitu je kan. Kalau super sedap, mungkin hilanglah rasa kesal tu..kahkah..





Then, pusing-pusing Georgetown, dalam kereta je. Konon nak cari street art. Tapi tengok orang berkumpul ramai-ramai. Yang peliknya, masing-masing menunduk menghadap skrin telefon, bukan posing ambil gambar pun. Sibuk mencari makhluk Pokemon rupanya. Adoiii..

Singgah sekejap dekat depan Penang Times Square semata-mata nak posing dengan Bumble Bee dan Optimus Prime. Tapi tak clear pulak gambar sebab pasang flash dan casing aku ni bila pasang flash dia pantul balik. Gambar jadi kelabu asap..Huhu..Penat je hero berdua ni posing.


Balik hotel, masing-masing lena kepenatan.










No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015