Monday, October 10, 2016

XPDC 2.0 - Mendaki Gunung Nuang dari Masjid Al-Azim


24 September 2016.
Geng Masjid Al-Azim (GeMA) anjurkan program XPDC 2.0, program xpdc kedua untuk tahun ini. XPDC 1.0 adalah mendaki Bukit Saga awal tahun yang lalu.

XPDC 2.0 pula, mendaki Gunung Nuang. Tapi belum lagi sampai ke puncak. Destinasi kami hanya sampai ke Kem Lolo sahaja.

Bermula seawal Subuh, berkumpul dan solat Subuh berjemaah di Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pendaftaran peserta, sarapan pagi, dan ucapan perasmian oleh Setiausaha Masjid Al-Azim sebelum peserta semua bertolak ke kaki Gunung Nuang di Pangsun, Hulu Langat. Jumlah keseluruhan peserta termasuk urusetia untuk XPDC kali ini adalah seramai 52 orang.



Setibanya di kaki Gunung Nuang, kena daftar nama dulu pada renjer hutan yang bertugas dan bayaran sebanyak RM 1.00 seorang dikenakan untuk memasuki kawasan Hutan Simpan Gunung Nuang. Sebelum tu, since kami datang dalam group yang besar, wajib untuk laporkan ke Balai Polis yang terdekat, Balai Polis Batu 18, Hulu Langat. Beri senarai nama semua peserta yang terlibat untuk rekod balai. Dan untuk pendaftaran renjer pun, better sediakan terus list nama peserta dan bagi salinan pada renjer, sign pada salinan tu sahaja. Tak perlu nak beratur panjang untuk tulis nama dalam buku log renjer.

Lepas register, buat senaman regangan. Sangat penting untuk mengelakkan cramp kaki masa mendaki nanti. Disusuli dengan sedikit taklimat dan peringatan sebelum memulakan pendakian.



Ready to hike ya!
Selamat menempuh laluan sepanjang hampir 5 km untuk sampai ke Kem Lolo.


Fasa pertama trek, laluan konkrit. Nampak macam tak mencabar bukan?
Nampak je. Tapi dia punya ups and down tu boleh tahan jugak. Baru kat area sini pun dah mengah tau.



Ada a couple of participant ni bawak anak kecil sekali. Aged 2 years old kalau tak silap. Steady je.
Zawji holding that adorable kid. Sekali imbas macam Faheem ok. Plus that Faheem pun ade pyjamas exactly macam tu dulu. huhu..


Peserta paling senior. 53 years old.


 We're now entering the 2nd phase of the track. Dari laluan berturap konkrit, ke laluan denai.
Ada pulak hulubalang yang menjaga laluan. Nak kena bayar tol ke apa?? hihi..


Hutan simpan ni kaya dengan pokok buluh. Thus you can see bamboo all over. Giant bamboo.


Ramai juga yang mendaki Gunung Nuang ni. These blue team were not part of our team. In fact masa sampai at about 8.00 a.m tu, parking dah full. Renjer kata, ada yang dah datang since Jumaat malam lagi. Awal Subuh they start their journey. Selalunya yang datang awal tu, aiming for the peak. Pergghhh..


The couple with baby. Masih bertahan.


Silih berganti mengendong anak.


One of our senior member too.

  
Look at those bamboo.


Ada yang dah cramp kaki. Alhamdulillah, we've prepared for emergency aid.


Trek denai ni pun turun naik jugak macam trek konkrit tadi. To what extend dia punya ups and down tu, hurrrmmm...mencungap jugaklah. Berapa degree tu, akak tak dapat nak measure lah ye.
Then ada pulak kawasan berbatu-batu macam kat bawah ni. Watch youe steps ye. Salah langkah, boleh terseliuh kaki.


Adik berdua yang belakang akak tu, baru lepas eam UPSR. Nak release tension katanya.. hihi.. Bagus dik.



Fuhhh..
Berpimpin tangan lah dengan cik abang. Transfer penat sikit. heheh..



Brother baju biru tu, bukan from our group. Dia datang dengan family dia sendiri. Yang dia kendong belakang dia tu, is actually his baby. Aku rasa umur belum setahun lagi. Tapi chubby betul.. Selesa betul dia tidur kat belakang tu. Behave sangat dia. Tak meragam pun. Either tidur dengan nyenyak terlentuk-lentuk, or kalau berjaga pun, diam je, observing the nature. Juruh molep.


Gambar bawah ni, dah di penghujung trek denai. Lepas tu dah start hutan, batu-batu, sungai..
Pondok kat belakang tu, along the way sampai point ni, ada total sebanyak 6 pondok. Bolehlah rehat-rehat sebentar melepas lelah.

 Lepas je pondok ke-6 tadi tu, jumpa sungai ni..Seronoknya..



Kalau sepanjang trek konkrit dan denai tadi jalan agak landai, kat sini dah sedikit mencabar. Banyak batu dan akar-akar pokok. Kena sentiasa berwaspada.


We prepared this sign as a guide to the rest of the team










Wakaf Kem Lolo. Belum sampai kem lagi ni. Kawasan ni adalah puncak air terjun.


Kantoi selfie..





Baru sampai kem. We took average 2 hours sampai ke kem Lolo. Dalam team kami, the leading group took 1.5 hour je. Cepat betul.


Acara santai. Yang lelaki laju je terjun tiruk berendam dalam sungai. Yang perempuan ni, tengok je lah..


Aku dan zawji naik ke atas sikit. Jumpa spot sedikit tersorok. Kalau nak berendam pun ok, line clear. Air pun boleh tahan lah. Taklah cetek sangat, tak dalam sangat. Just nice untuk basah-basahkan badan. Tapi aku tak berendam pun. Malas nak salin-salin baju. Rendam kaki pun dah rasa heaven sangat.




Hiking kali ni, sempatlah beli kasut baru.. Huhu..Itupun sebab memang takde kasut lain dah. Sandal yang pakai masa panjat Saga dulu dah selamat ke tong sampah. Kasut murah je.










Best woh rendam kaki dalam air sungai. Sejukkkkk...Nyamannnn.




Ada sesi tazkirah sikit, given by imam muda Masjid Al-Azim.



Then sesi fotografi beramai-ramai..
 Leaps tu solat zuhur. Kalau rasa sempat sampai bawah sebelum Asar, cepat-cepatlah turun. Kalau rasa tak sempat, solat dulu kat atas. Kalau nak solat along the way pun boleh, dekat atas batu,dekat pondok yang disediakan. Mana-mana pun boleh. Islam itu mudah. Jangan persulitkan ia.

Aku sampai bawah lebih kirang pukul 3 petang.
Dah sampai bawah, sign out dekat renjer hutan, berkumpul, then bertolak balik masjid naik bas.
Tapi aku naik kenderaan khas..
Van jenazah..huhu..Berani??


Dan part bestnya...
Driver van jenazah itu......suami aku..
hahahahaha..


Dah selamat turun semua, balik kena singgah Balai Polis jugak untuk lapor yang kesemua ahli dah selamat turun.

Penat woihhh.. Tapi syokkk...
Nak gi hiking mana pulak lepas ni???

1 comment:

  1. hahahah...pas ni ko blh wat drama Suamiku Pemandu Van Jenazah....kuwahuhuhu....

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015