Tuesday, March 28, 2017

28.3


Today is 28.3.2017
And today marks my 28th weeks and 3 days of this precious 6th pregnancy.

Had my antenatal check-up today.
Berat naik 3.5kg hoiii..
Sejarah betul pregnancy kali ni. Kalau compare dengan previous pregnancies, weight gain paling banyak pun 1.5kg per visit dan berat maksima during pregnancy was 59kg. But this time around, at 28 weeks ni dah 61kg. Mak mampu gelak jelah.

Sebab berat naik mendadak di kala menjengah 3rd trimester ni, doc suruh monitor blood pressure bi-weekly sebab takut blood pressure shoot up. Jumaat ni pulak kena buat 2nd MGTT. Hoorey!!

Another best thing about check-up hari ni, doc yang check aku is someone that I knew.
She's anak kepada acik, pengasuh aku masa kecik dulu. Dari baby, sampai 8 tahun aku duduk dengan acik. Rumah acik dah macam rumah kedua aku. Even lepas tu mama dah amik maid pun, aku selalu jugak datang rumah acik. Satu lorong je rumah mama dengan rumah acik. So, aku dengan anak acik tu yang aku panggil kakchik, agak rapat lah jugak dulu. Dia satu-satunya anak perempuan acik. Beza umur pun setahun je dengan aku. Bila dah besar, masing-masing masuk boarding school, kuranglah rapatnya. 

Back to cerita check-up tadi, masa masuk bilik doc tu, aku tak perasan pun mulanya sebab doc pakai mask. Kakchik pun, terus je tanya aku, "kenal tak?". Dengar je suara, aku pun ape lagi..."Laaa..kakchik ke.." Hehe..Terus lah jadi perbualan formal tak formal gitu. Dia pun tengah pregnant nak ke-4. Kihkih..

Pastu scan baby. Aku cakap dah, sebelum ni dah pernah scan and dah tau gender. Kakchik kata takpe, kita scan lagi hari ni. Scan punya scan, kakchik pun gelak je..
"Betullah...another BOY. Tanpa segan silu dia tayang.."
hahahaha..
Then dia tunjuklah detail, kepala, tangan, kaki and the private part tu..hahahaha.. Kalau sebelum-sebelum ni aku check-up, jarang doc KKIA tu nak explain. Senyap je. Tiba-tiba dah siap scan. Redha je lah. Rezeki hari ni dapat check-up dengan someone yang dah macam kakak sendiri. Alhamdulillah semua ok. Tinggi uri pun ok. Estimated fetal weight 1.72kg.

Sempat jugaklah bertanya khabar acik. Sedih pulak part ni. Dulu, sesekali balik rumah mama, kadang-kadang nampak jugak acik duduk berborak depan rumah. Bertegur sapa jugaklah. Dah macam mak kedua dah. Acik suka panggil aku dilit, aku agak singkatan dari 'dak ili'. Almaklumlah orang Melaka. Mesti ada pangkal 'dak' tu kan..heheh. Glemer betul nama. Sesekali jumpa, acik mesti cakap, "Dah besar dah anak dara acik ni...". Kakchik kata, hari tu achik operate mata. Glaucoma. Awalnya sebelah je yang teruk (which aku tak ingat which side), sebelah lagi ada juga tapi sikit je. So mula-mula operate belah yang teruk tu. Tapi still tak nampak. Then operate pulak the other side. Unfortunately, lepas operate makin teruk. Now, she have lost both her eyesight. Allahu. Serius aku tak tau. Patut lama dah aku tak nampak acik. Dan tak teringat lansung nak tanya. 
Ada hikmah rasanya Allah takdirkan aku check-up dengan kakchik hari ni. Ada kesempatan nanti, insyaAllah nak pergi ziarah acik.

Habis check-up, zawji datang amik and hantar ke office. Sebelum masuk office, singgah lunch dekat Tanglin.Sesekali dapat chance dating berdua.


Berselera makyong makan ikan bakar Tanglin. Tak sedar berat awak tu naik 3.5kg. Jangan next check-up naik banyak lagi sudahlah.huhu..


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015