Tuesday, May 23, 2017

36 Weeks


Rasa macam cepat je masa berlalu. Sedar-sedar dah 36 weeks dah. Hujung minggu ni dah puasa dah. Allahu...Another 4 weeks to go, kalau betul-betul ikut due. Kalau ikut sejarah sebelum-sebelum ni, 2-3 weeks ni dah kena standby. Tak tahulah kalau yang kali ni nak keluar lagi awal. Anytime from now, ummi tak kisah je. Barang semua dah ready. Tinggal nak angkut je.


Semalam bercerita dengan Faheem tentang labor. Bersalin tu macam mana, sakitnya macam mana.. Minta dia doa banyak-banyak, minta pada Allah permudahkan segala urusan ummi dan baby, semoga ummi dan baby sihat dan selamat hendaknya. Told him that sometimes, there's complication during birth. Some mother win the battle, some lost. Told him few cases that I know, where the mother doesn't survive. Bergenang-genang airmata si abang.. Faheem nak ummi dengan baby selamat katanya. Dia tanya macam mana mak boleh mati masa lahirkan anak? Ummi pun ceritalah pasal tumpah darah etc. Then cerita kenapa lepas bersalin mak kena jaga makan, urut, tak boleh buat kerja berat. As a big brother, dia kena tolong ummi, jangan buat ummi susah hati, jangan bergaduh dengan adik, dengar cakap ummi abi. Bersungguh dia angguk kepala.

Tak lama lepas tu dia tanya, "Lepas ummi bersalin nanti ummi nak minum air apa?"
"Air milo, air kopi.."
"Nanti Faheem buatkan air milo untuk ummi ye. Faheem buat air panas.."
Alahaiii...

Cuaca sekarang agak panas berbahang. Kalau orang biasa pun terasa bahang, makyong ni haaa? Bertabahlah. Kena biasakan berpanas..heheh..Esok masa pantang kena berpanas jugak kan.

Last check-up minggu lepas, berat ummi naik 1kg menjadi 62.5kg. Total weight gained 8.5kg. The rest alhamdulillah ok. BP ok, Hb pun alhamdulillah ok. Then refer doc untuk scan. Baby in cephalic position, head down. Estimate berat baby 2.8kg. huhu..Cuak jugak ummi tengok estimate berat baby tu sebab previously abang-abang lahir berat 2.89kg, 2.83kg dan 2.65kg. Adik baby, janganlah exceed berat abang-abang sebelum ni ye. hahaha.. Nurse bagi next TCA in 2 weeks. Patutnya dah start weekly check-up. Tapi nurse kata since semua ok, and the following week punya check-up ramai sangat dah, dia bagilah 2 minggu.

Perut dah rajin mengeras. Bila sesekali dia datang tu, dan Faheem notice aku macam menahan sakit, dia akan tanya, "Perut ummi keras ke?" Lepas tu dia usap-usap perut.."Baby, jangan buat ummi sakit ye.." Faheem...faheem..


Fathan pun dah menunjukkan perangai ke-abang-an dia. Garang eh. Dan independent. Semua nak buat sendiri. Bila tanya dia mana baby, sengih-sengih dia datang tepuk-tepuk perut ummi.



Aku ada tanya mak, pengasuh Fathan, nanti adik Fathan dah lahir, boleh lagi ke nak hantar kat mak? Mak kata, kalau adik dia buat hal sendiri macam Fathan boleh je. hahahahaha. Mana nak tau dok? Masa baby mungkin takde kerenah mana. Tak tahulah dah besar sikit nanti lasak ke tidak. Fathan tu pun dah start melasak dah. Panjat sana sini. Huhu..

Masa batch abang-abang dulu, mostly umur lebih kurang abang-abang je. Masing-masing pun dah sekolah sekarang. Batch Fathan ni, ramai yang lagi kecik pada dia. Yang atas dia pun ada sorang dua je. So, masa baby lahir nanti, memang semua tengah fasa merangkak, baru dapat kaki. Aku boleh bayangkan lah letihnya mak nak jaga macam mana. Huhuhu... Tu tengah fikir-fikir lagi ni. Mak pun nak tambah cucu hujung tahun ni. kuikui..

Faheem dan Faqeeh, last two weeks masing-masing demam. Taklah panas sangat. Tapi naik ruam penuh satu badan. Mula perasan Faqeeh je. Rupanya Faheem pun ada jugak. Tapi demam sekejap je. Aku pun tak pasti tu campak ke apa. Sebab budak berdua ni aktif macam biasa je. Cuma ruam tu jelah. Gatal-gatal. Faheem, hari ahad tu dah kurang dah ruam-ruam tu. Faqeeh je terasa lagi kasar-kasar. Sekarang ni Faqeeh macam bersalin kulit. Habis menggelupas kulit dia. Dia pulak jenis mengopek, sampai terlompat-lompat pedih jari bekas kopek tu. Kesiannya awak. Tapi bila nak sapu ubat dia tak bagi. Sanggup lagi terlompat-lompat kesakitan. Alahai.



Begitulah kisah di minggu ke 36 ni. Makyong pun tak berapa nak gagah dah. Tidur pun tak selesa. Nak kalih kiri kanan pun mengah.

Semoga Allah permudahkan semua urusan. Allahumma ameen.

1 comment:

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015