Friday, November 24, 2017

Thank You Teachers


Hari ni hari terakhir sesi persekolahan tahun 2017.
Maksudnya, hari terakhir juga abang Faheem di Pasti Ubudiah.

3 tahun Faheem menimba ilmu di Pasti Ubudiah.
Pelbagai kisah suka duka tawa ria.
Alhamdulillah, banyak yang dah abang Faheem pelajari.
Dari mengenal ABC 123, hingga boleh membaca, menghafaz hadis, doa harian dan ayat suci Al-Quran juga.
Subhanallah..Alhamdulillah.

Terima kasih para cikgu yang tak jemu mendidik Faheem agar cinta pada ilmu.
Terima kasih kerana sudi melayan kerenah Faheem sepanjang menimba ilmu di Pasti Ubudiah.
Jasa para cikgu akan sentiasa dikenang.
Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati setiap usaha penat lelah cikgu-cikgu dalam mendidik anak-anak syurga menjadi generasi soleh pintar. InsyaAllah.
Allahumma ameen.

Some token of appreciation for the teachers, and the helper too.
Semoga terus gigih & istiqamah mendidik anak bangsa.






No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015