Friday, August 21, 2020

Of Family Planning Part 2 - Implanon

 

Kalau ada yang baca post aku Of Family Planning 2 tahun yang lalu... Selepas 4 orang anak, walau semuanya hero, aku decide, i need a break, berehat seketika. Aku bincang dengan zawji, refer kawan-kawan yang ada experience, aku decide pakai IUCD. At that time, aku memang taknak ambil pil, suntikan hormon semua ni. Nurse dan doktor pun kata IUCD is 99% safe. Fortunately, aku adalah tergolong dalam golongan 1%. Tak sampai setahun pun lagi usia IUCD tu.. Maka lahirlah my IUCD baby, Fatima Az-zahraa.. Rezeki dari Allah, Allah nak hadiahkan anak perempuan rupanya buat kami, Alhamdulillah.

After the birth of Fatima, my fifth gems, soalan cepumas doktor setiap kali lepas bersalin, nak merancang macam mana lagi selain IUCD? Masa tu aku just jawab je implanon. Doktor siap buat surat refer ke LPPKN untuk pasang implan. Tapi hati aku masih berat nak ambil all these hormones thingy. So, tak pergilah.



So, I thought, selagi masih memenuhi the adverse of the above criteria, considered ok lah. Siapa sangka, Allah takdirkan conceive lagi saat usia Fatima 4 months plus, while she still fully breastfed, I haven't had my menses yet, dan of course Fatima haven't started her solid food journey just yet. Another precious gift from Allah, kawan untuk Fatima, lahirlah Nusayba Ammara.. 

This time around, masa doktor pakar datang round lepas bersalin, they (non muslim doc) suggested for BTL - Bilateral Tubal Ligation. Bahasa mudahnya, ikat. Tentu saja aku tak setuju, dan aku yakin zawji pun takkan setuju. Sebab, alhamdulillah dengan izin Allah sepanjang semua kehamilan dan kelahiran, aku tiada sebarang komplikasi dan semuanya lahir secara normal. Jadi, tiada alasan kukuh untuk aku ikat dari sisi Islamik. Aku mohon opt for implanon. Maka, doktor suggest aku cuba dulu suntikan depo provera untuk lihat keserasian. Jika aku serasi dengan suntikan depo, barulah ambil implan. Dan doktor terus prescribe suntikan depo yang pertama sebelum aku discharge. In the same time, an appointment was set in 6 months time untuk discuss balik tentang option aku untuk implan ot BTL. 

(p/s: aku tak pasti kenapa doc offer BTL sedangkan a friend of mine, at same age with 7 childs, bila dia sendiri minta BTL, her doctor suruh opt for other options dengan justifikasi masih muda lagi dan tak ada komplikasi sepanjang previous pregnancies..huhu.. Tak terfikir pula aku nak tanya masa tu..haihhh)

Setelah 2 kali suntikan depo, dan alhamdulillah aku rasa ok lah. Dan memandangkan kesan suntikan depo dan implan adalah almost similar, dan aku rasa renyah pula nak berulang ke KK setiap 3 bulan, so I decided to proceed with implan.

Pasang di Klinik Nur Sejahtera LPPKN dengan kos RM515 sahaja.

Nak pasang tu tak sakit pun. Alhamdulillah, walau aku berdebar juga tunggu turn.
Doc bersihkan dulu kawasan bawah lengan, cucuk bius, insert implan. Sekejap je dah siap.

What you should expect after the procedure, akan ada kesan lebam di kawasan yang dicucuk. In fact, it is quite a large bruise. My mom said, macam bekas kena pukul..hahaha.. Then tangan akan rasa lenguh, sengal for quite some time. 2-3 hari masih terasa lagi kesengalan dan kelenguhan. Dalam tempoh 1-2 minggu, avoid angkat barang berat atau beri tekanan pada tangan yang dicucuk.

Sebelum procedure pemasangan implan ni, aku tanya pada nurse, since aku ada experience dengan IUCD dulu, kalau ditakdirkan even dengan pakai implan pun aku conceive juga, how? Maksud aku macam mana dengan rod implan ni? Dibiarkan atau perlu dikeluarkan?

Gelak je nurse tu. Yelah, nak kata 100% takkan lekat pun, siapalah kita nak cakap kan. Kuasa Allah mengatasi segalanya. So, jawapan nurse tu: kena keluarkan once dapat tahu pregnant.


Some screenshot on infos from Prof Imelda's post. Aku memang follow FB Prof. Banyak ilmu yang Prof share dalam FB posts dia. Nak baca full article, silalah jenguk ke FB page Prof.



Probability of getting pregnant if using exclusive breastfeeding as family planning method is 0.01. Huhu..Dan take note that, BTL bukanlah kaedah perancang keluarga



*****

Apa-apa kaedah merancang keluarga pun, kena ingat ni 👇👇👇

Berdasarkan Irsyad Fatwa oleh Mufti Wilayah, dibolehkan bagi kedua pasangan untuk menggunakan kaedah tanzim al-nasal yang diharuskan oleh Syarak bagi tujuan merancang keluarga dengan cara menjarakkan anak, bagi tujuan pengurusan ekonomi kerana berpendapatan rendah. (Jawapan diberi merujuk kepada persoalan yang diutarakan - rujuk link untuk artikel penuh)

Ini perlu disertakan dengan niat bahawa jika Allah berkehendakkan pasangan itu anak, maka tiada siapa yang boleh menghalang dan hendaklah pasangan itu reda kepada taqdir Allah dan bersikap bertanggungjawab.

*****


Di bawah ni antara blog rujukan sebelum aku proceed with my implan. Boleh refer these blog for more detail about implan:

Pengalaman Pakai Rod Implan Sebagai Kaedah Perancang Keluarga : Ia Sebenarnya Sangat Mudah Dan Tidak Menyakitkan

Pengalaman Selama 9 Tahun Memakai Implan

7 Perkara Tentang Implan Yang Suami Kena Ambil Tahu





4 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki tu dapat ramai anak.. meriah rumah..

    ReplyDelete
  2. Boleh tau tak dokumen apa yg nak kena bawa masa pendaftaran tu?

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015