Friday, September 11, 2020

My Humble Mini Garden - Ahli Baru

 

Susulan kisah sedih tentang my humble mini garden yang lalu, weekend yang lalu zawji tanya, ada plan nak kemana-mana ke? Aku terus kata, hari tu masa tragedi pokok tu, kata nanti nak beli pokok baru untuk ummi..Hahahaha..Lantas, ke nursery lah kami mencari pokok.. Tak pergi jauh-jauh pun.. Sekitar kawasan rumah je..

Rambang mata jugak lah walau nursery tu besar mana...Ikutkan hati banyakkkkk aku nak beli.. Tapi tak sampai hati pulak lah kan.. Kita fokus edible plant dulu..Pusing-pusing, selak-selak, intai-intai... At last, aku pilih pokok limau purut, pegaga nyonya, kesum dan pudina.. Selamat datang ahli-ahli baru ke my humble mini garden.

Pegaga nyonya.


Pudina


Limau purut


Kesum


Limau purut tu, few days sebelum pergi nursery tu sebenarnya aku ada lah rendam batang limau purut yang aku beli dekat kedai Acheh. Batang hijau lagi. Dok baca posting dekat FB Kebun Bandar, katanya kena batang yang agak matang, warna coklat. So, aku tak confident sangat lah yang aku rendam tu akan berjaya. Tu yang beli jugaklah sepokok. Tapi in the same time, aku cuba juga cucuk batang tu dalam tanah dan tutupkan pasu dengan bekas. Macam dalam gambar pokok kesum tu, belah bawah tu ada nampak bekas taufu fah tu kan, itulah batang limau purut yang aku cucuk ke tanah.

Close up si batang limau purut yang dicucuk ke tanah.


Sekali tengok, dah keluar pucuk baru. Syukur alhamdulillah. Berbunga hati ku.. Moga sihat walafiat dan tumbuh besar dan elok lah hendaknya dia, dengan izin Allah pastinya.


Pokok kesum pula..Allahu, dah berapa kali aku bereksperimen dengan kesum ni. Baca dekat FB, ramai asyik cakap senang je nak tanam kesum ni. Macam-macam cara orang share. Semua aku cuba, semua pun mati. Pakai batang la, pakai pucuk la, rendam airlah, cucuk dalam tanah air bertakung..Semua tak menjadi. Pernah jugak beli dekat nursery sebelum ni, aku re-pot je, mati kering. 

Ni haa.. Dalam banyak-banyak yang dicucuk, semua dah kering tinggal seketul ni je nampak masih hijau. Moga panjang umur dia.. Dan pokok yang baru beli tu jugak, moga Allah izinkan membiak dengan jayanya.


Ni lah antara penghuni myhumbleminigarden setakat ni..Ni dekat porch depan.


Ni pulak penghuni minigarden tepi tingkap dapur.
Penghuni paling ramai, geng bayam brazil.


Seronok pulak bercucuk tanam ni. Kadang stress kerja, balik rumah menghadap kehijauan ni, tenang sikit..

Aku aim nak tambah pokok hiasan pulak lepas ni. Sebulan satu pokok kah?? Dah macam investment emas pulak dahhh...huhu.



5 comments:

  1. Nak try lah semai pokok limau purut macam ily buat.

    Kumpul pokok tak semahal kumpul emas :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah kak. Saya pun try & error je. Kalau menjadi, alhamdulillah..

      Nak kumpul emas, setahun sekali pun belum tentu..hihi..kumpul pokok je lah kita..

      Delete
  2. cantiknya deco! suka tengok..sejuk mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecil-kecilan je ni. Alhamdulillah, ok lah buat penyejuk mata dan penenang fikiran bila stress dan penat kerja..hihi..

      Delete
  3. Rasa macam nak minta je anak bayam brazil tu. Geram tengok. Tapi tu lah, tangan I panas. Tanam tak hidup ;p

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015