Monday, November 30, 2020

30.11.2020 = Tiga Puluh Enam


30 November, genap usia 36 tahun.

 Alhamdulillah ‘ala kulli haal..

Moga kesabaran jua meningkat seiring usia, diberikan ketenangan, mendepani apa jua dengan redha dan penuh hikmah.. Semoga menjadi insan yang lebih memaknai erti hamba dan hidup bukan semata-mata untuk dunia. Semoga rahmat dan redhaMu sentiasa memayungi ku dan semua insan2 kesayangan. Allahumma ameen..
36 with 6 precious gems. Syukur Alhamdulillah..

Abang long tiada dalam gambar.


Adik Nusayba pula tiada. They're having their on photoshoot session kononnya masa ni dan adik baru je tidur.


Ummi anak enam di usia tiga puluh enam. Background sangat menginsafi diri. Al-Fatihah buat jiwa-jiwa yang telah mendahului dijemput Ilahi. Kami yang masih hidup pasti akan menyusul jua. Moga diberi kesempatan masa dan usia yang barakah untuk melipatganda amalan, buat bekal di sana.


Takde pula gambar bersama boyfriend. Air stabak buat pengganti diri jelah..Haha..TQ zawji sudi layan kerenah dan perangai bini mu yang macam-macam. Thank you for the surprise yang dah seminggu puan bini nampak duduk elok dalam kereta...hahahaha..



You might not be the typical romantic kind of person nor full of surprise, but I really appreciate your effort and every single thing that you have done for me and our humble little family. Love you till jannah.

Last but not least, they said....


ahahahaha.. Queen, but not queen control ye..hihi..

Thursday, November 26, 2020

My Humble Mini Garden : Unboxing New Baby Plants

 Bila join group indoor plants dan kebun bandar di Facebook, asyik geram je tengok pepokok orang yang comel dan cantik belaka. Lama juga menahan diri, akhirnya terorder jua di shopee..

Order dari Shopee seller ----> Tomoland. 


Nice packaging. Elok je pepokoks ni duduk dalam kotak, secured with bubble wrap.



Dalam bubble wrap tu, ada lagi selapis plastik.



Beetle Peperomia
p/s: anak-anak pun excited nak enterframe sama. Tu yang konon pegang bubble wrap jadi background. Mak layankan je lah.


Pothos N'joy 


Philodendron Birkin


Syngonium
Red heart ke pink allusion tah. Mak pun confuse. haha.


Mak ambil saiz pasu comel-comel je. 9cm and 12cm kalau tak silap.
Total damage: RM54 including postage. 😎

Dah, puasa dulu dari tengok page pepokoks. haha, boleh caya ke ni??






Monday, November 23, 2020

Lagi Kisah Jatuh dan Berdarah...

 

Tak mampu dah ummi nak kata apa. Beginilah anak-anak lelaki. Nak tunjuk hero belaka. 


Kisah Fathan

Fathan ni, kalau hari tu berdarah dahi sebab berkelahi dengan Fathiy berebut mangga kunci, kali ni kecederaan akibat diri sendiri. Ummi tengah masak dekat dapur, tiba-tiba dia datang dengan suara sebak, tunjuk tangan dan bibir yang berdarah. Obviously bibir yang luka. I washed his hand and lips. Tanya dia sakit dekat mana. He said, "mulut ni (sambil menjuihkan bibir yang dah terjuih dek luka) dengan tangan". "Hang biaq betoiii tangan hang tu takdak luka..Sakit tang mana nyaaa??", terus ummi keluar slang utara. Dia belek-belek tangan, "tak sakit dahhh..". Hahaha..aduhai anak..



Dia kata tengah merangkak main golekkan duit syiling. Actually dia gayakan balik macam mana insiden terjadi. Kalau tunggu nak faham dia cerita, ambil masa sikit sebab kena suruh ulang banyak kali nak faham german accent dia tu...Tengah merangkak tu, tersungkur mencium lantai. Dapatlah bibir juih ala Mael Totey..haha..


Kisah Faqeeh

Faqeeh ni pun boleh tahan juga. Dialah master of all stunts dalam rumah. Cikgu segala lagak lasak ngeri dan extreme kepada yang lain. Sampai Fatima pun mengikut juga. Allahu. Hobi dia memang memanjat dan melompat. Ada saja yang nak dipanjat dan terus buat lompatan ngeri. Despite of thousands and millions of times ummi abi tegur, marah, die tetap buat juga. Berapa kali dah dia buat darah ummi  ni berderau dek aksi extreme dia tu. Haihh.. 

Kali ni, lagak ngeri lasak dan extreme makan tuan. Dia datang dekat ummi tunjuk lidah yang dah berdarah. Asbab melompat dari katil dan terhantuk entah dekat mana. Mujur tak putus lidah tu.



Kisah Fatima

Mek seorang ni boleh tahan lasak. Tak padan dengan perempuan. (Alaaaa.ummi tu, zaman hingusan dulu pun boleh tahan tomboi nya.. huhu..) Rajin memanjat sekarang. Panjat kerusi, meja.. Bila dah ada skill panjat kerusi, habis ditolak kerusi, bangku kesana kemari. Tiba-tiba dah ada dekat dapur, siap panjat atas table top nak ambil air Cuckoo. Mujur dia tak pandai tekan-tekan button lagi. Sekadar tadah cawan je. Itupun habis banjir counter top ummi. Panjat pagar pun sudah. Panjat tangga di tempat tak sepatutnya pun sudah. 


Gambar bawah ni, lagilah port biasa memanjat. Tapi yang ni siap bergayut dekat tingkap nako tu. Ngeri dan seriau ummi membayangkan kalau awak terhantuk dekat kaca nako tu kak Fatima wehhh... Lepas snap gambar ni dan send dekat abi, ummi cepat-cepat angkat dan turunkan Fatima dari situ. Then ummi ke dapur. Tiba-tiba ummi dengar bunyi benda jatuh berdentum disusuli jeritan Fatima. Berlari ummi dari dapur. Tengok dia dah terlentang tepi sofa. Abang Fathiy sedang berdiri di tempat yang Fatima panjat sebelum ni. Ummi jegil mata dekat Fathiy, I thought ada adegan tolak-menolak. Saksi utama dekat situ, Fathan. Ummi investigate la tanya Fathan dan suruh dia lakon semula macam mana Fatima jatuh. Katanya, Fatima panjat dan berdiri dekat hujung handrest, and she fell by herself. Tergelincir. Tiada siapa yang tolak dia. Tapi bunyi berdentum tu memang sangat kuat dan buat jantung ummi berdebar dan berdegup laju. Ummi risau kepala je terhentak kuat. Tapi dia aktif dan main seperti biasa je lepas tu. No vomitting no fever. Alhamdulillah. Mujur juga pakai lantai laminated. Kalau jubin, entahlah, tak nak bayangkan apa kemungkinan nya..


Muka blur selepas dipujuk. Suruh panjat lagi, dia kata "nanakkkk.." Esok lusa tengoklah...haha.


Reaksi ummi? Tenang-tenang saja sudahlah. Ummi hanya tepuk tangan, gelakkan dan galakkan dia untuk buat lagi. Dilarang pun tak jalan. Jadi, kita bagi galakan saja. Tahu pulak mendengus bila ummi beri galakan begitu. Huhu.. Selagi kecederaan minor ummi boleh bertenang lagi. Part and parcel of growing up process. Ummi sendiri pernah terbelah lidah, terkehel tangan, dislocate ibu jari masa kecil dulu..huhu..Semoga Allah sentiasa pelihara dan lindungi anak-anak ummi dan tiada kecederaan yang serius.


Friday, November 20, 2020

WFH and Me-Time

 

Semenjak PKPB berkuatkuasa bagi Selangor, KL & Putrajaya pada 14 Oktober 2020, I was in full WFH mode. Bila PKPB disambung lagi untuk kali kedua, bermula 10 November 2020, aku mohon untuk rotation, at least 1 hari dalam seminggu. Kebetulan, ada seorang lagi officemate perlukan full WFH, jadi kami swap. Sebulan lah kiranya aku full WFH. 

Kenapa aku pilih untuk masuk office? Mesti akan ada orang cakap aku mak yang selfish. But somehow, I need some time to destress. Bukan tak bersyukur ada anak-anak yang sihat walafiat, lagi cergas dan cerdas. Tapi, itulah, bila hari-hari nak kena mengaum bagai singa, nak kena marah-marah, the environment somehow not good. Sangat tak baik untuk mental health. I am not a good mother, far beyond perfection. Mood pun ada turun naik. Setiap hari, i told myself taknak marah hari ni, taknak bebel taknak macam-macam lah.. Tapi biasalah, rakyat jelata ramai di rumah dengan ragam dan kerenah yang pelbagai dan berwarna-warni, mak asyik nak jadi naga je. Tahap kesabaran mak tak berapa nak tinggi. Jadi, untuk kemaslahatan seisi keluarga, i need to take a break.

WFH dengan rakyat jelata yang ramai pun bukan mudah. Mana dengan kelas online anak-anak, nak masak, nak mandikan basuh berak kencing anak, jadi referee pertarungan anak-anakkkk, jadi kaunselor anak, jadi cikgu anak.. Mereka bukan faham istilah bekerja dari rumah. To them, kalau ummi ada kat rumah, means ummi cuti. hahahaha. Walaupun berkali-kali ummi explain yang ummi sedang kerja, ummi tengah reply soalan bos, ummi kena buat report, ummi kena update blablabla.. 

Nak makan, nak memerut pun tak boleh tenang-tenang. Ada saja jeritan, teriakan, ketukan memanggil ummi. 

Jadi, sehari dalam seminggu ummi masuk office ni, baru ummi dapat makan tenang-tenang sedikit. Kalau tiada kerja urgent la. haha..


Tempek sini kenangan menikmati makanan tanpa hiruk pikuk. Dah makan sorang-sorang. Senyap sunyi jelah kan. Sebab kuota sehari yang masuk office 3 orang je. Bila turn yang lain semua lelaki, ummi makan seorang diri lah.

Nasi Lemak Rendang Daging Pak Nasser from SANTAN

Lama tak makan Nasi Lemak Pak Nasser nun atas awan, ni dia dah ada di daratan. Tau pun jejak tanah. hahahaha.





Chee Cheong Fun from BUNGKUS KAW KAW





Aiskrim Durian Asian Delight by WALLS

Sementara tunggu zawji jemput di LRT, pekena aiskrim sat.


Nando's

Aneh rasanya makan seorang diri dan sunyi sepi di ruang kedai yang besar. Lantas makan dengan kelajuan luar biasa. haha.


Starbucks

Entah kenapa dok teringin nak menyedut air bintang ni walhal bukanlah coffee addict dan boleh dibilang dengan jari berapa kali jejak kaki ke Starbuck. Yang beberapa kali jejak tu pun semuanya atas ajakan orang. Ini kita pulak mengajak orang.. huhu..


Jangan dibuat selalu la perangai destress nak makan pelik-pelik ni..
Dan jangan ada yang kata mak tak ikhlas jaga anak, siapa suruh beranak ramai, nanti anak-anak dah besar taknak jaga mak jangan nak meroyan…hahaha..selalu sangat dah nampak komen ni di FB, walau bukan FB akak. 

I just need some rest je. Realiti, aku masih sedar yang aku mak kepada 6 orang anak yang baik, handsome/cantic/comel, soleh/solehah, bijaksanan, indah pekerti dan berakhlak mulia. Tetap perlu laksanakan tanggungjawab terhadap amanah yang Allah kurniakan. 

Doakan yang baik-baik ye.




Tuesday, November 17, 2020

Soto Ayam Yang Pelik


I bought rempah soto ayam ni quite a couple of months before. Beli brand Adami ni sebab teringat my ex-bos kata rempah/pes kuah mee rebus nya sedap. So, I give it a try.


Lama juga ia terperap dalam simpanan. Until aku macam blur tak tahu nak masak apa recently, teringat ada makhluk ni dalam cabinet. Dan ada nasi impit juga. So, bolehlah men-soto. Bahan-bahan aksesori pun semua ada, perfecto.

Gigih tau mak buat/sediakan semua aksesori berkaitan. Kacang goreng, suun goreng, sambal kicap, ayam racik, taugeh, daun sup diracik halus, bergedil daging. Complete. Bila tengok instruction memasak soto ayam tu, simple sap sap soi, bahagialah mak. Sebab dah berpenat Lelah sediakan bahan-bahan lain.

Tapi…..
Bila tuang je rempah tu dalam air mendidih, mak macam confuse. Kenapa warna dia lain macam.. Orangee macam kari. Bau pun dah macam kari.. Kacau-kacau dulu, after a while, dah perasakan dengan garam, mak cuba rasa.. Memang rasa yang pelik.. Bukan rasa soto...Huaaaa..Frust lah.. Mak tertipu.
Tapi mak tetap hidangkan untuk santapan seisi keluarga dan semuanya makan dengan redha. Bagus, bersyukur dengan rezeki depan mata konsepnya. Hahahaha..



Mujur ada bergedil daging ni sebagai penguat semangat. hihi.. First time juga buat bergedil ni pon..
Resepi dari Azie Kitchen











Wednesday, November 4, 2020

Random Breakfast During PKPB (Selangor, KL & Putrajaya)


Di musim PKPB Selangor, KL & Ptrajaya ni, selaku WFH mom with 6 kids, selalunya breakfast tu aku akan buat banyak supaya bertahan hingga tengahari.. hahaha..Kalau tidak, kerja mak asyik masuk dapur je. Tak mampu lah mak...

Kuey teow goreng

Bihun goreng singapore


Maggi goreng

Bihun goreng taucu

Mee ladna

Nasi goreng sambal ketuk

Roti sardin toast dengan spicy satar ball

Ini sebahagian je. Bukan tiap hari pun memasak. Ada waktu down juga. Kalau tiada mood memasak, mak pergi beli tapau sahaja di kedai depan rumah. Roti canai atau nasi lemak. Atau kadang-kadang, mak goreng je apa-apa frozen food yang ada dalam peti. Keropok lekor, satar ball, karipap, nugget etc.


Homemade Ice Cream


Di musim PKPB ni, biasalah, macam-macam benda teringin. Macam-macam nak cuba buat. Makanya, terhasillah homemade ice-cream..

Cubaan pertama

Homemade chocolate icecream 🍨🍦
Bolehlah.. texture tak berapa nak gebu, tapi taste not so bad. Sekali buka, tinggal less than quarter. Adoiii..





Cubaan kedua

Kali ni testing guna resipi di bawah:
🍦1 tin susu cair
🍦1 cawan tamar cocoa (resepi asal pakai milo. Tapi sebab  buat dekat rumah maktok, takde milo.. kita pakai tamar cocoa pun ok)
🍦2 sudu besar koko (ku letak extra setengah sudu)
🍦Separuh sudu kecil nescafe (kutambah sendiri. Dalam resipi asal takde)
🍦2 sudu besar susu pekat ( ku letak 3 sudu sebab nak balance balik dengan pahit-pahit koko dan nescafe)
🍦2 sudu besar ovalette
Campur semua bahan dalam blender/mixer, blend/mix sebati sampai kembang. Then tuang dalam bekas. Tabur apa-apa hiasan yang disukai. Bekukan semalaman. Ku tabur dark callets uii.. Premium sungguh aiskrim ku ini.. Mujur serbuk koko pakai cap Hero, kalau serbuk koko cap kayangan, makan aiskrim pun melayang-layang.. Hahahaha..So, taadaaaa...Aiskrim NESKO 🍨... 🤪🤣😂
Yang kali ni texture aiskrim lebih lembut. Dan kurang sikit manis, pahit-pahit sikit instead, sbb ku campur nescafe dan dark callets tu.. Tapi i loike dark choc, so memang my taste sangat.. 1 adunan resipi tu dapat 2 bekas kecil as per dalam pic.. Heaven mak hang menghadap ni  sesudu dua tengah malam tadi (boleh caya ke sesudu dua je.. 🤣😆😂) lepas tu esok pagi menangisi kegemukan.. bahaha..









Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015