Saturday, April 2, 2022

Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan

Selamat datang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan


Di pejabat, sempena hari jumaat terakhir di bulan Syaaban, kami ambil kesempatan buat majlis bacaan Yasiin dan doa selamat bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang dinanti dan dirindui, disamping peralihan ke fasa endemik juga. Mudah-mudah segala urusan dipermudah, diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan. Alhamdulillah diizinkan Allah untuk bertemu lagi bulan Ramadhan, moga Allah izinkan bertemu dengan malam Al Qadar.




Hari sabtu, Ma panggil anak cucu balik untuk buat tahlil dan bacaan Yasiin. Ma masak kuah lontong, biras-biras masak sup tulang, rendang ayam, ayam goreng, sambal gesek.. Ummi pula, beli sajalah 😅😅😅 Ummi order kuih koci 2 talam dan classic butter cake dari Baitun Classic, pick up di Sg. Ramal Dalam. Kuih koci ummi dah pernah rasa sebelum ni, memang sedap memikat. Buttercake, first time order. Alhamdulillah sedap juga. Memang klasik rasanya. Hidang dengan kopi o panas, Allahu nikmatnya 







Malam ni dah mula solat terawih. Jom kita berlumba-lumba gandakan amal di bulan Ramadhan ni. Mudah-mudahan Allah menerima dan memberkati segalan amalan kita.





3 comments:

  1. Selamat berpuasa dan semoga Ramadan kali ini lebih indah

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa buat Ily sekeluarga :)

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan! Selamat berpuasa untuk Kak Ily sekeluarga!

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015