Friday, April 29, 2022

Gambar Rawak Ramadan 1443H

 

4 beradik solat jemaah di rumah. Diimamkan oleh Sahibus Samahah Al-Fadhil Ustaz Faheem Al-Hafiz 😊


Memberi penerangan kepada abang Fh, kenapa ummi tak boleh puasa dan solat. Supaya dia faham dan tak mempersenda adik perempuannya apabila adik akil baligh kelak. Jauh betul ummi fikir kan.. haha..


Pantang nampak ummi pegang naskhah Al-Quran, masing-masing laju capai kitab masing-masing. Khusyuk yang confident itu penting, walau tak tahu apa yang dibaca. Moga kalian jadi pencinta kalam suci Al-Quran dan kitab/buku kelak. Allahumma ameen.
 

Lepas mengaji, kehausan. Refresh tekak sat. hihi.


First time ikut abi solat terawih di surau, keletihan.


Berbuka dan solat terawih bersama sepupu-sepupu di Gombak.


2 batang gigi Ft gugur di bulan puasa. Yang ni ummi cabut. Tapi dia tenang je, tak nangis tak berbunyi sikit pun. Tiba-tiba dah cabut. Another one gigi belah bawah yang dah sedia goyang juga. Tapi tanggal sebab main bergurau dengan abang Fq, lantas abang tersepak pada mulut dan terus tanggal giginya.


Tok imam dan tak bilal ummi bila abi solat di surau atau balik lewat asbab urusan kerja.


Ikut abi solat terawih di surau. Pesanan buat Fy, jangan main dan berlari. Dan jangan bising juga. Balik surau, dia melaporkan pada ummi, dia duduk diam je di tepi dinding dan cakap bisik-bisik je.. Hihi.. Good boy. Next time pergi, kena ikut solat sekali ye.


Abang Fh & Fq yang garang 😂





Thursday, April 28, 2022

Menu Iftar Minggu Ke-3 Ramadan 1443H

Day 15 - kami buka puasa di Gombak. Takde pula ummi snap gambar. Sebelum gerak ke Gombak, ummi dah prepare puding roti. Then ummi bawa bahan-bahan untuk masak chicken cashew nut. Sempat singgah kedai arab dulu nak cari cashew nut.. haha.. Sampai Gombak, dah terbau kambing. Biras ummi masak stew kambing.. Dan biras seorang lagi hantar bihun sup.

Day 16 - Abi kata office dia ada bagi makanan iftar. Cantik betul siap letak dalam box, susun comel..Tapi jangan tanya menu apa, kami pun tak tahu.. Main dishes nasi, ada lauk ikan ada ayam dan sayur/ulam. Side dishes ada bubur pulut hitam dan lemon cake. Abang-abang pula bawa balik nasi hujan panas. Ummi panaskan lauk sardin terlu pecah, dan juga puding coklat yang ummi dah buat since ahad. Both guna resipi KhairulAming.





Day 17 - Cuti Nuzul Quran. Ummi panaskan je kuah mi kari yang tapau dari rumah maktok minggu sudah. Abi beli tepung pelita millenium agaknya..huhu.. sebab dia tak letak dalam sarung daun pisang tu, instead terus letak dalam bekas plastik panjang macam bekas kek lapis tu. Tapi rasa dia, alhamdulillah cukup semua lemak manis dia. Sedap. Berebut 8 beranak.


Day 18 - abang bawa balik laksa johor, Pasti bagi bubur lambuk. Ummi beli tauhu bergedil di stesyen LRT Bandaraya. Balik tu tengok makanan rasa macam tak cukup. Terus ummi bersilat dengan pantas buat bihun goreng singapore. Tak buat banyak pun, dalam 2/3 pek je. Abi beli juga akok, kuih lopes dan risoles. Anak-anak pakat berebut makan bihun goreng pulak.. Adehh.. Dapatlah ummi merasa sikit bihun goreng ummi tu.


Day 19 - Sekolah abang bekalkan nasi minyak lauk ayam kurma dan Pasti pula bagi nasi ayam penyet tapi tertinggal sambalnya. hihi.. Umi pula merasakan macam tak cukup kick takde benda pedas, terus keluarkan sambal berlada frozen dan udang. Microwave ummi rosak pula, jenuh tunggu nak thaw udang beku untuk dicampak masuk dalam sambal berlada. Sempat abi round jap beli mertabak dan chicken pie.


Day 20 - abi balik lewat, buka puasa di luar.. Abang-abang dikirimkan dengan chicken chop. Pasti bagi nasi ayam penyet. Banyak bungkus pula tu. Masa ummi ambil Fy tu, cikgu cakap takde orang dah dan suruh ummi ambil 4 bungkus sebab nasi sampai lambat sikit, so ada yang tak sempat ambil. Allahu.


Plating chicken chop by abang Fh. 


Abi buka puasa di sini. Macam menarik je.. huhu.. 

Day 21 - Ummi cuba buat kari ikan merah tanpa santan, follow resipi Superdaddy Khairul Abdullah. Pakai remaph kari cap O. Tapi sebab ummi ni memang tak talented bab kari ni, ummi rasa macam tak berapa kena kat tekak. Mungkin kurang asam kot, ke ape eh.. Nanti lah ummi cuba lagi. 



Sekejap je dah habis minggu ke-3 dan dah masuk juga fasa 10 malam terakhir.
Pasti ramai yang berlumba melipatgandakan ibadah untuk mengejar ganjaran malam al-qadar..
Ummi pula, Allah bagi cuti. Tak dapatlah ummi khatam Al-Quran.. huhu..


Wednesday, April 27, 2022

Apresiasi buat Cikgu Pasti


Dah sebulan lebih Ft meninggalkan Pasti dan meneruskan sesi pembelajaran tahun 1 di sekolah abang-abang, MTI. Ummi lupa yang ummi tak beli dan beri lagi hadiah penghargaan buat cikgu-cikgu Pasti yang telah mengajar dan mendidik Ft sejak dari usia 4 tahun. 

Since ummi suka tudung Imallis ni asbab corak yang cantik, kain cotton voile yang lembut tapi mudah bentuk, dan paling penting, ada bidang 50'. Maka ummi belilah sebagai hadiah apresiasi untuk cikgu-cikgu. Pilih corak untuk dihadiahkan pada orng pun rambang mata kita memilih tau.. hahaha..


Hadiah tak seberapa dari ummi, mewakili Ft, buat cikgu-cikgu yang sabar, gigih dan tabah, mendidik dengan penuh hikmah. Moga beroleh keberkatan Ilahi, dunia dan akhirat.


Ummi kekeringn idea nak buat kad ucapan, maka ummi print sticker tagging je lah. Apa guna beriya beli thermal printer kalau ianya dibiar terperuk sahaja kan 🤭 Racun shopee je semua ni..



 Terima kasih cikgu-cikgu Pasti Ubudiah 💐


Monday, April 25, 2022

Misi Mencari Baju Raya

Hujung minggu baru ni, barulah berkesempatan nak mencari baju raya. Abi busy sokmo. Weekend pun ada kerja. Ini pun anak-anak dah tanya bila nak beli baju.. Ikutkan abi ada kerja juga Ahad tu.. huhu..

Masa cuti Nuzul Quran, pagi tu abi selesaikan kerja dia dulu.. Dalam tengahari, abi tanya ummi ada nak pergi kemana-mana ke.. Dah pukul 1 tengahari, abi belum balik lagi, kalau balik pun sampai rumah agaknya dah pukul 3 petang..Mana je nak pergi kan.Sebab nak berkejar buka puasa pula nanti. Malas lah ummi. Bila malam tu ummi tanya bila nak cari baju, abi kata dah tanya tadi, taknak pergi mana-mana. Ketawa berdekah la ummi..Mana sempatnya abi oii nak mencari baju untuk 8 beranak dalam sejam dua je. 

Maka Ahad lah baru kami memburu baju..Seperti biasa, abi akan tanya, nak cari kat mana.. Nak masuk KL, tak sanggup nak redah kesesakan trafik. Cukuplah hari jumaat petang tu masa balik kerja ummi tengok kereta semua sumbakk tak bergerak area Sogo, Jalan TAR. Jadi, option paling dekat dan banyak pilihan, KWC je lah. 

Plan asal nak naik LRT je. Ummi kata kat abi, mampu bawa 4 hero soleh je. 2 ketul heroin yang solehah ummi tinggalkan dengan ucu. Tak sanggup nak bawak semua bersesak-sesak, naik LRT pulak. Tak terjaga nanti. Yang 4 ni pun boleh tahan semput dibuatnya. Kalau boleh nak bawa abang besar je, senang nak handle. hihi.. Kalau bawa 6, huru hara. Mau ummi dan anak sama meraung nanti. haha. Dan alhamdulillah la tak bawa anak dara 2 orang tu sebab abi decide untuk tawakal je drive ke sana since tengok waze macam ok je. Dah sampai area Pudu tu, dah mula sumbat. Sudahnya abi kata nak park kereta berhampiran Berjaya Times Square Hotel. Lalu kami berjalan kaki naik jejantas melewati Lalaport Mall (tapak Penjara Pudu satu ketika dulu yang kini tinggal hanya pintu gerbangnya sahaja.. dan mungkin jua kisah-kisah mistiknya 😅🤪) dan terus berjalan kaki sampai KWC. Imagine kalau ada puteri berdua tu, patah pinggang oii..

Gambar di bawah  ni menelusuri pedesterian walk premis Lalaport Mall. Jakun jap ummi eh. Tak sedar pun kewujudan Lalaport Mall ni walaupun tahu lah yang Penjara Pudu tu dirobohkn untuk pembangunan komersial. Tapi lama tak lalu sini. Know-know dah tersergam dah bangunan baru.



Dari sini nampak jelas Menara Merdeka yang tersergam megah..








Menapak ke KWC tu lalu celahan kedai-kedai. Ummi tak pernah pergi KWC naik pengangkutan awam. Biasanya memang abi bawa kereta parkir dalam KWC je terus. Jadi blur jugaklah nak ikut jalan mana. Tapi selamba je follow orang depan, beranggapan semua pun memang menghala ke KWC 🤭. Memang betul pun orang-orang yang follow tu menuju ke destinasi yang sama.  

Gambar suasana dalam KWC takde. Ummi tak ambil gambar lansung. Orang ramai, kedai pun beraneka jenis. Ada kedai yang banyak lot dia ambil. Setiap tingkat dia ada, dan kadang tu dekat satu tingkat pun ada 2-3 kedai dia. Jadi pening dan sesat dibuatnya. haha. Ummi kata kat abi, fokus utama cari baju raya anak-anak dulu. Since hero ikut, jadi kita selesaikan baju hero4 dulu. Pusing cari baju melayu yang berkenan di hati, warna yang dipersetujui, saiz yang sesuai untuk setiap anak pun, bercinta aihh.. Mula-mula pusing tu takde pilihan warna lagi. Bila dah belek 2-3 kedai baru lah decide warna apa. Dah berkenan baju kat situ, tak semua saiz pula ada. Pusing lagi tingkat lain, kedai lain.. Habis tawaf dah aihh.. Sampai ummi dah naik muak aihh.. Last ummi kata kat abi, masuk kedai A, apa yang dapat, kita ambil dulu. Contoh, kedai A tu, saiz untuk Fh dan Fq ada.. Tapi saiz untuk Ft dan Fy dah habis. Takpe, ambil je yang untuk Fh dan Fq dulu. Nanti pusing kedai lain, cari untuk Ft Fy pula. Design tak sama takpe, asalkan warna sama. Warna pun kalau lari tone gelap, cerah sikit, tapi tak obvious sangat, sambar jerr.

Endingnya, baju Fh Fq kedai lain, baju Ft Fy kedai lain, baju abi Nb kedai lain, baju Fm dan baju ummi pun masing-masing kedai lain juga. Yang lamaaaa nya nak settlekan baju lelaki dulu. Dah selesai baju lelaki, baju ummi tiba-tiba je muncul. Ummi jenis simple js, tak suka sarat-sarat. Nampak design yang kena dengan hati, terus tanya ada warna tak. Kebetulan stok warna yang ummi nak baru sampai. Terus cuba sarung walaupun mulanya ragu-ragu nak ambil saiz S/M. Tapi seller suruh try je dulu sebab design loose katanya. Eh, elok je muat tak sendat tak melekat, tak sangkut di belakang. Teruslah berkenan dan bayar. Abi pun terkejut tiba-tiba dah selesai 🤭..

Selesai beli semua 8 pasang baju dalam pukul 5 ptg dah. Kami sampai sebelum tu around 12noon. Jumlah masa tawaf keliling KWC tu, 5 jam termasuk silat sekali. Satu pencapaian juga dapat cari untuk 8 beranak dalam masa sehari, to be specific 5 jam. 5 kedai yang berlainan. Tapi tawafnya berpuluh kedai juga. Pengsannn.. Alhamdulillah ummi kekal fokus dengan tujuan utama. Kalau ummi yang tersasar tu, memang parah lah kan. Ada beberapa ketika juga, ummi rasa cannot go dah berpusing-pusing tanpa hala tuju, ummi suruh abi duduk la mana-mana jap dengan anak4, ummi pergi round bagi melengkapkan misi. Fq akan teman ummi. Bila kami berdua cari, alhamdulillah sekejap je dah jumpa 😂😂😂. 

Dalam perjalanan pulang ke kereta, kami lalu dalam Lalaport pula. Nak sejukkan badan 😅.. Meriah pula tengok deco stage tema raya tu. Luas juga Lalaport ni, tapi masih banyak kedai belum buka. Yang terpaling menarik hati ummi, ada book xcess.. Wajib kena repeat datang sini lagi nanti ni.. Nak belek-belek buku 😍😍


Gambar 👇 secebis kenangan Penjara Pudu, sebuah pintu gerbang berwarna putih yang menyimpan pelbagai cerita suka duka, pahit getir para bekas penghuninya. 


Wednesday, April 20, 2022

14 Ramadan - Iftar Jamaie di Astana Putra UPM Serdang

Iftar Jamaie bersama cikgu-cikgu Pasti Ubudiah & keluarga

Dah 2 tahun tak buat program iftar dengan cikgu-cikgu. Last time, tahun 2019. Fm was still a small baby, duduk tidur je dalam stroller. 

Kali ni dengan anak 6, yang paling kecil pun dah fasa aktif nak berjalan berlari. Seram sikit lah ummi. Berdoa saja anak-anak behave semuanya, Allahumma ameen.

Buffet Ramadan Astana Putra. Ada 115 jenis menu katanya.
Tempat ni memang luas sebab dia ada wedding/event hall sekali. Placement untuk juadah berbuka pula kalau tak silap ummi ada 3 station. Hari kami pergi, meja semua fully booked. huhu..



Booking 2 meja, kami sekeluarga je dah penuh 1 meja 😅😅😅 





Antara juadah yang sempat diambil. Set nasi abang jamil - lauk gulai kambing, ayam masak merah, ayam goreng rempah, kuah dalca, sayur kobis. Ni dari station yang paling dekat. Sebab awalnya ummi ingat semua station sama je menu. Bila Fy ajak ummi round, baru perasan menu lain-lain. 2 station hidang nasi abang jamil. 1 station lagi nasi putih dengan variety of lauk-pauk. Memang meriah lauk dia. Tapi, ummi beringat jugalah tak ikutkan sangat hawa nafsu. Tambah dengan malas nak beratur dan bersesak dan ada je Fy dok mengikut je kemana ummi pergi. Jadi, malas lah nak round beriya sangat. Makan nasi abang jamil sepinggan dikongsi tiga orang (ummi, Fm & Fy) pun terasa kenyang. 


Abang Fh termenung sementara tunggu waktu berbuka.


Mek riuh ni, alhamdulillah dia behave je duduk diam dekat kerusi tanpa cubaan nak turun dan berlari. Bolehlah ummi ronda tengok juadah dengan tenang sedikit.


Ni meja cikgu-cikgu. Ummi dan anak-anak duduk meja belakang tu.


Keluarga kecil Pasti Ubudiah
As compared to 2019, yang dalam gambar ni mostly cikgu baru. Baru pun, 2 tahun jugalah. Cikgu-cikgu yang bersama-sama susah senang mengharungi fasa PKP, PDPR. Ummi pun, hari ni baru kenal muka dan nama. Kalau tak tu, seorang dua je yang ummi kenal. haha.





Terima kasih tuan pengurus yang menganjurkan program iftar jamaie ni..😅😅
Ummi tumpang makan je, sambil-sambil meramaikan crowd. hihi..


Monday, April 18, 2022

Menu Iftar Minggu Ke-2 Ramadan 1443H


Hari Ahad, menu western hari ni. Saja nak meraikan Ft yang sedang bertatih berlatih puasa, maka ummi masak spaghetti bolognese. Dan kulit pastry pie lebihan dari buat portugese egg tart dulu, lama dah bertapa dalam peti, maka ummi cubalah buat chicken mushroom pie. Instanet je pun, pakai chicken dan mushroom soup campbel, tapi ummi tambah lah intinya dengan isi ayam, crab meat dan cendawan.


Petang sebelum berbuka, ummi ada cakap dekat abu, baru ingat nak minta tolong abi belikan kopi untuk berbuka. Tapi hujan lebat. Takde harapan lah kan. Malamnya, lepas terawih, abi mesej tanya nak kopi ke? Ummi kata kalau ada dekat-dekat area rumah boleh lah. Rupanya sampai ke Bandar Sri Permaisuri dia mencari kopi. Gigih betul. Thank you abi. 
p/s: suka betul order guna nama anak 😅


Hari bersekolah, bekerja..alhamdulillah masih murah rezeki Ramadan.


Meriah menu sekolah abang bekalkan hari ni. Nasi, siap dengan air 2 jenis, laici kang dan sirap selasih.  


Hari ni pun meriah juga..MasyaAllah.. Set nasi ayam dan juga aneka pastri/bun/roti. Terima kasih pada pihak pengurusan sekolah dan juga semua yang memberi sumbangan 


Bersyukur sungguh lah ummi, setiap hari ada saja rezeki dan ummi tak perlu berkejaran masak. Ikan keli penyet tu, masa ummi ambil Fy di Pasti, cikgu suruh ambil lebih sebab takde orang dah. 4 bungkus, Allah banyaknya. Risau ummi kalau tak habis dan terpaksa buang. Maka ummi kongsikan pula pada driver Grab yang bawa ummi petang tu.


Selalu tak post pasal sahur. Saja hari ni snap gambar sahur sebab ummi buat chicken 65 resepi KhairulAming. Rasa macam banyak je ayam tu untuk kami 5 beranak makan sahur. Sebab Fq jenis tak makan banyak, Ft pula ikut mood. Tapi alhamdulillah licin juga semua. Suka chicken 65 tu, rasa ala-ala tandoori chicken.


Kali ni snap tanpa buka bekas sebab banyak sangat menu. Sekolah bagi, Pasti bagi, jiran bagi, pengasuh bagi. MasyaAllah tabarakallah... Yang sejenis ada 2-3 bekas, kami berbagi rezeki pula balik dengan jiran. Semoga semua beroleh keberkatan dan dimurahkan lagi rezeki.


Day 14, kami buka puasa di luar. Yang ni ummi buat post lain lah.






 



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015