Salam Aidiladha semua.
Selamat menunaikan ibadah korban.
Semoga semua amalan & korban kita diterima dan diberkati Allah.
Setelah episod 2 orang anak warded, diikuti dengan seorang lagi demam on-off dan muntah, tengah malam je dia spike 39.9, Allahu..
(Ummi mode πΌπ¦π dah ni...)
Petang sabtu tu baru ummi sempat fikir nak merendang, baru terkedek-kedek ke kedai acheh membeli ayam dan segala rencah bahan. Alhamdulillah kedai acheh masih buka dan bahan-bahan yang diperlukan ada. Kalau tidak, kita bawa perut je lah balik Gombak π€
Maka merendanglah ummi, 2 ekor ayam. Ummi buat juga begedil daging, untuk dimakan bersama sup tulang di petang raya nanti.
Sebab dah penat masak, ummi malas pula nak masak untuk makan malam. Anak-anak kata nak megi. Ummi fikir nak masak berkuah je.Tapi ada seorang anak geleng kepala. Beliau request megi goreng siap telur mata lagi π
Bertabahlah ummi menggoreng megi pula. Sebab happy dapat makanan seperti dihajati, Fq snap gambar sepinggan megi beliau. π
Kami plan nak balik Gombak malam raya tu. Tapi disebabkan ummi lewat habis masak, lepas tu minta tolong anak-anak packing baju, tak bergerak-gerak. Tengah ummi kalit kemas, tengok jam dah pukul 11 malam. Abi kata, balik esok pagi je lah, sebab takde kunci dan taknak ganggu Ma dah tidur.
Pagi raya, suppose nak balik sebelum solat sunat aidiladha, ending-nya, lepas solat baru gerak balik. Huhu.. Sementara abi dan abang-abang ke surau untuk solat raya, ummi dok memujuk anak dara dua orang untuk mandi dan bersiap. Mengantuk sangat agaknya, jadi sedikit moody masing-masing.
Sambil tu ummi kukus dimsum, untuk alas perut di pagi raya sebelum balik Gombak π
π
π
. Sebab ummi masak rendang je semalam dan simpan dalam peti untuk panaskan di Gombak. Nasi impit takde. Maka ber-dimsum jelah pagi raya..
Ummi dan abi, kami bergilir buat korban setiap tahun. Kalau dulu, masa ma dan ayoh masih gagah lagi, kami buat sendiri-sendiri. Biasanya Ma akan tanya saudara mara, siapa nak join sekali ambil bahagian. Bila dikumpul semuanya, dapatlah 4-5 ekor lembu. Maka berkumpullah semua di rumah Ma. Bila jadi host, penatnya tu, double triple. huhu.. Sebab disamping nak selesaikan lapah melapah, potong memotong, tuan rumah mesti kena jamu juga sanak saudara yang datang untuk 'buat kerja' bahagian masing-masing. Maka sementara yang lelaki selesaikan part sembelihan, melapah kulit, pecah kecil bahagian...yang perempuan jamu tetamu, top-up hidangan yang mana habis/kurang.. Selesai pecah kecil nanti, team perempuan nak kena potong kecil lagi daging-daging untuk acara memasak petang pula kan. Dan bila dah selesai semua, dah kenyang makan, nak settle sental basuh periuk kuali belanga bagai pula. Allahu Allah..Memang penat, tapi meriah, alhamdulillah.
That was then. Last buat sendiri-sendiri, 2018 ke 2019..Itupun seekor lembu sahaja, kongsi bahagian anak-beranak je. 2020, tahun PKP, ummi ambil pakej korban luar negara. 2021, abi join dekat mana entah, lupa pula ummi. This year, join korban surau rumah ma.
Dari rumah, kami terus tuju ke tempat penyembelihan. Berjumpalah para sepupu di sana.
Anak kambing comel :)
Bakal-bakal tunggangan. Alhamdulillah sihat-sihat dan sado nampaknya.
Fm baru baik demam. Setelah beberapa malam ummi bersengkang mata jaga dia demam panas di tengah malam, alhamdulillah malam raya tu tak demam dah. Syukur ya Allah.
Grand stand tengok proses penyembelihan lembu
Acah berani mek Ns ni..hihi..
Giliran kami lembu yang keenam. Selesai korban lembu kami, kami terus gerak ke rumah Ma. Lembu yang dah sembelih tu nanti pihak surau akan uruskan untuk melapah dan pembahagian daging. Lepas zohor rasanya, dah boleh ambil bahagian masing-masing di surau. Cepat sungguh, alhamdulillah. Kalau buat sendiri-sendiri dulu, lewat petang baru selesai melapah/memotong.
Maka petang tu kami masak sup tulang dan daging goreng kunyit.
Tak teringat ummi nak ambil gambar.
Apapun, syukur alhamdulillah atas nikmat Allah.
Moga Allah izinkan untuk terus menunaikan ibadah korban di tahun-tahun mendatang, allahumma ameen.
Alhamdulillah dapat meraikan bersama keluarga. Seronoknya dapat pergi tengok korban. Alahai comel-comel bakal tunggangan tu
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Delete