Street coffee pun banyak yang dah setanding dengan kedai kopi artisan. Kadang-kadang bila nampak stall atau kedai kopi, saja lah ajak abi berhenti nak try.
Kovikopi, Sura, Dungun
Kovikopi ni tak jauh daripada homestay yang kami duduk masa di Dungun hari tu. Ummi seperti biasa akan order mocha dan juga iced chocolate. Fq pulak request nak mojito. Pada ummi, mocha nya agak plain, iced choc pun tak berapa kick. Mojito ummi tak rasa. Anak-anak minum rilex je 😅😅 Sebab ada campur air gas, kemain masing-masing sedut. Budak jarang-jarang dapat air gas, begitulah 😂
Kopi O Suam, Masjid Tanah, Melaka
Kami pergi kenduri di rumah makcik abi baru ni di Masjid Tanah. Tiba-tiba nampak rumah dekat simpang masuk tu ade bukak meja-meja kecil, ada banner kopi. Ummi terus bagi hint nak beli kopi. hahaha.. Tapi of course kami ke kenduri dulu. Lepas kenduri baru singgah beli kopi. Comel je setting up Kopi O Suam ni. Since baru lepas makan kenduri, order Mocha Frappe & Iced Choc sahaja, as usual.
Mocha Frappe dia not so bad, cuma agak light pada ummi. Iced choc ok je untuk anak-anak.
Kopi&Kamu, Pandan Indah
Lama dah nak try Kopi&Kamu ni. Tapi everytime lalu, tak buka pula. Atau kadang tu, ada je nampak dia buka booth, tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Kebetulan hari tu, abi singgah petronas nak isi minyak, booth ni betul-betul depan petronas. Laju la ajak abi singgah. Nak order cadburry coffee, tapi takde. Lantas ummi order caramello coffee, true coffee, ice choc dan ice caramel.
Semua pun ok. Cuma biasalah kalau letak caramel tu, manis die extra sikit. Tapi kopi nya rasa ngam je di tekak.
Yang di Masjid Tanah tu nanti nak kena try sebab tak pernah nampak lak sebelum ni.
ReplyDeletesila2.. tgk macam open since 2021.. baru lagi lah tu..
Delete