Tuesday, August 30, 2022

Kenangan dan Kerinduan

Somehow, rindu pada suasana pejabat lama. Of course lah kan, 5 tahun lebih di situ, dan banyak positive vibes walau kadang terselit yang negative juga..

Post kali ni, lebih banyak gambar je.. 

A farewell for me 😥😭 Abaikanlah ummi yang kembang dengan jayanya..

Sebak, sedih & terharu.
Lebih sebak dan terharu bila RM @ floor manager turut jemput ex-staffs BPP1 yang dah pun berpindah untuk join sama majlis ni. Vibes dia lain macam bila old teammates berkumpul, rasa macam back to the good old days..Sayangnya, takde gambar pula. Masing-masing riuh berborak, lupa nak snap gambar.


Invited to join photography session untuk Buletin cawangan, dan farewell juga pada hari yang sama.

Sedihnya. The day i spilled out the tea to her that i'm getting transferred, lepas bagitau je, mata terus bergenang bertakung air mata. Dia masuk bilik capai tisu, handed some to me, and we both wipe our own tears. Serius sedih..

Hari farewell, walau minta izin pelepasan dari bos baru, tetap jua buat kerja posmen, ambil dokumen di pejabat klien, pecut pula (naik LRT je) ke pejabat project team. Sebelum ke pejabat lama untuk 'diraikan' 😥

Tolak ummi yang kembang setaman didepan, tinggal mek RM bertudung kelabu seorang je lagi penerus legasi.

Terima kasih pada yang sudi beri hadiah.. Terharu kita..

EE, Mantan TA ummi merangkap sifu yang banyak beri ummi tunjuk ajar, dia dah berpindah terlebih dahulu dari ummi, sempat nak titip hadiah lagi 😭😭

🥺

Thank you EE. Dia ni memang sejenis boleh baca hati dan fikiran orang agaknya tau. Huhu.. 

Thermos Starbucks from RM & flower bouquet from EE.. Nangis la dengan 2 ketul ni.. Selalu jadi penadah telinga dan bahu, serta puan penasihat yang baik..

Rindu my old workspace.. Banding dengan workstation baru, macam penthouse dengan rumah flat. Haha.. Sebab office lama luas sikit, siap ada tempat 'menyorok'. Office baru, sekangkang kera je tempatnya. 

The Lepak-ing. This spot macam our kafe hipster la kononnya, especially for me, RM & SAA. Dah cop tempat siap-siap ye masa geng lelaki DIY high table top ni... Alif Lam Lam Ha.. 🤭

Tempat lepak santai.. Port jamuan makan-makan. 

Di minggu terakhir, ada saja la yg RM ni buat ummi terasa sebak sangat. Ni dia masak baked macaroni, untuk ummi katanya. 😥

Sempat juga ngedate bertiga, ummi RM & EE.. Berkongsi cerita dan gosip liar 🤣

Tak sempat sambut birthday di sini tahun ni 😔

View dari workspace lama.

Hipster pantry 😅 Kemain siap coffee maker. Awal-awal semua rajin la brew coffee. Tak lama, nampak balik cup Starbucks, McCafe, Gigi Coffee.. Benda boleh beli...hahah.. Jadi bahanlah dengan Bos S..

Masa meeting bahagian, si TA seorang yang selalu 'dibuli dan dihina' 🤣🤣 sempat dia melukis ya. Dan sempat pula ummi snap gambar..

Another view of our cafe hipster.. Lunch sushi dan kopi Gigi saja..

Kerja RM lagi.. Masa ni, ummi plan nak diet. Dia tak bagi diet sebab dia nak pulun makan sempena nak derma darah minggu depannya. Maka, kena ajak geng makan. Haihh..

Last meeting di pejabat agensi klien. Hari. meeting ni lah ummi dapat 'surat cinta'.. sebaik sebelum ummi nak tutup PC, nak bersiap pergi meeting. Terus terpana dan terkesima tak tau nak react macam mana. Masa meeting pun otak dah terbang melayang kemana tah.

Cap atas, cap lama yang dah tak beri kerjasama. RM order-kan cap baru, sambil berseloroh, pada tukar cap, tukar office-lah.. Hari ummi lapor diri di pejabat baru, cap ni siap mendarat atas meja ummi. huhuhu..

Small family. Ada yang sangat dirindui, ada yang hurmmm... tak perlulah dikenang. Tapi yang mendominasi tentulah teammates yang baik hati, budi dan banyak berbakti. 

Merasmikan cap baru buat pertama dan terakhir kali 😭

Merenung ke luar jendela.. 

Gigih geng anak muda, geng bapa-bapa buat kerja. Geng mak-mak biasalah, bagi arahan saja 💁


Antara pencapaian di cawangan ini. Ketokohan apalah yang ada selain suka berhaluan kiri dan rebel dengan bos sendiri 🤭 Ambil gambar pun tidur 😔

Team PKP. Muka lama adalah 2 orang kot, setelah tolak ummi.


Reminiscing the good old days..
Terasa sebak bila tengok gambar-gambar lama ni..

Raya 2018 rasanya ni..

NF, EE, Ummi, RM dan CL.

Hujung 2019 atau awal 2020 kot ni. Ummi tengah memboyot 

2018.. Sebelum puan AF bersalin dan ambil pencen opsyen terus. Unit kami geng biro kerohanian kelab sukan.. Thanks to CL yang bawa IM Asyraf datang berkongsi ilmu.

2019. Farewell Pn. Najahd. Bos yang sangat baik, sangat best. 


Kalau dengan team ni, sokmo pose gila-gila. Kepala pun gila-gila je semua. 

Saying goodbye to Marnie. Circa 2018.

Buletin 2019 ke 2020 tah.



Sunday, August 28, 2022

Seminggu di Pejabat Baru

 
Seminggu ummi bertugas di pejabat baru....
Setiap hari, balik kerja mata ummi terasa beraattttt sangat. Balik dah tak larat nak masak, mata terasa rabak... 

Letak je kepala, terus lena.. 
huhuhu..

Hari jumaat, balik tu rasa seram sejuk badan, kepala rasa berat, tekak pun rasa perit.. Terus berselubung. Rasa macam nak demam..

Aduhai..

Seminggu ni, otak bekerja keras betul agaknya. Nak faham benda baru, nak study design orang sebelum ummi nak diterjemahkan dalam lukisan. Ummi dah lama tinggal kalkulator saintifik ni.. Kira-kira duit, berapa nak minta klien salur, berapa nak bayar, berapa nak pulang balik, ummi taulah.. Lama dah tinggal design. Tapi dulu pun buat design, geoteknik dan jambatan. Then 10 tahun tinggal calculation dan drawing ni. Bila nak kena kira-mengira balik ni, jem sikit otak. Masuk pula, masa tengah mengejar daedline submission.. Aihhh, kita baru nak fahamkan nak kena press gear 5 terus. 

Ada seorang colleague baru ummi datang menjengah, tanya ummi ok ke tak? Mestilah ummi jawab belum ok.. Jujur.. hahaha.. Dia gelak je.. "Takpa tu . sebulan dua nanti kau ok lah tu..Timing kau masuk ni bukan main celup-celup kaki dalam air, kena menyelam terus.. hahaha.." Aduhhh...

Menambah kepada struggle ummi bila TA cuti paternity.. Dia tak salah pun, dah memang timing ummi masuk tu wife dia dah overdue dah pun. Maka sekarang, ummi pening siapa nak buat drawing ummi ni.. Hahah.. Nak harap ummi produce drawing sendiri, lama dah tinggal autocad nuh.. Nak zoom in zoom out, measure distance pun terkedek-kedek. Yaiiiihhh..

Adalah hikmah Allah nak bagi pada ummi tu.. Walau rasa nak nangis, kepala berpinar tengok lukisan..kihkih.. Bertabahlah ummi..

Hari lapor diri di pejabat baru


As I've said to my ownself, sekurang-kurangnya, kerenah kerja saja yang ummi kena hadap daripada memikirkan stress berulang alik + stress beban kerja.. The fact that ramai colleague yang berulang alik KL-Putrajaya/Puncak Alam/Dengkil, kena buat ummi lebih bersyukur sebab ummi tak perlu hadap jem setiap hari..Jadi, jangan mengeluh soal kerja. 

Semoga ummi cepat faham, cepat belajar, cepat tangkap semuanya agar dapat mempermudah urusan kerja, untuk manfaat rakyat sekalian.. Allahumma ameen. 

Saturday, August 27, 2022

Hummingbird Ampang

Temasya Sukaneka Pasti Kawasan Pandan hari tu diadakan di Ampang Sports Planet. Berhampiran Ampang Point.

Semasa acara berlansung, Ummi saja nak pusing-pusing keliling tengok kot ada gerai makanan minuman dibuka di bahagian luar. Malangnya ada seketul dua je. Jual mainan dan air yang ada 2-3 jenis sahaja. 

Maka, ummi memanjangkan langkah pusing sekitar SP tu.. Dulu kan ada Bora Ombak di situ, now takde dah. Tapi ganti macam kedai-kedai kecil dan macam open foodcourrt area. Tapi tak banyak kedai buka pun.



Ummi patah balik, ada seketul pintu sedikit tersorok. Tapi deko nampak simple dan menarik. Ummi minta Faqeeh intai, ada jual kek katanya.


Jomlah singgah dan try. 
Few choices of cakes and pastries.

Ada kopi juga. Yummy.


Simple yet nice deco. Since nama kedai Hummingbird, hence the deco, banyak gambar burung. Cantiklah. 



We ordered this..Iced mocha, iced choc, iced cappucino. A slice of nutella red velvet.
Drinks were ok. RV cake, sedap.. rich flavour..


2 scoops of ice cream.





Tengok menu, ada heavy meals macam mlaksa, pizza dan lasagna.. Boleh lah cuba next time..

 



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015