Friday, February 28, 2025

Sewa Lampu Photo Therapy Untuk Bayi Jaundice - Bilitreat

Di saat mental ummi dah koyak kena berulang ke KK setiap hari namun kuning Mus'ab tak turun². Then kena refer ke Daycare pula untuk photo therapy.. Badan ummi ni dah letih, penat sebab tak berapa nak rehat. Jangan tanyalah pantang macam mana kan. Siang malam dok berjaga nak make sure feeding time setiap 2 jam.. 

Bila kena ulang pergi daycare, ditambah dengan Nusayba yang demam, takde siapa nak jaga.. Pagi² yang sepatutnya ummi revisit daycare, ummi buat keputusan drastik. Taknak pergi daycare, nak cari lampu je so that boleh duduk rumah dengan Nusayba. KK pun ummi taknak pergi hari tu sebab knowing the result wont be so good anyhow..

Masa tu terus scroll cari lampu untuk disewa.. Ada 2 yang ummi mesej pagi tu. Tapi satu ni, reply on the spot. Ummi takde masa nak compare harga walau dalam hati memang berkira² sebab kitonyo cuti tanpa gaji ni. huhu.. Tapi nekad, doa mohon Allah permudahkan, dan cukupkan lah semuanya.. Ummi nak lampu tu secepat mungkin. 

Laju je respon..


Lampu yang digunakan.


8.17 am confirmed order, 9.00 am dah sampai. Siap share live location. kalau tak silap ummi dari Taman Sri Rampai. 

Then dia pasang lampu & setting ketinggian, ajar cara guna dan beberapa tips. 
Bayaran, selepas selesai rawatan.



Bagus tau, siap bagi info berkaitan. 


Topeng mata juga disediakan. Yang ni strap dekat belakang, adjustable. Ok sikit pakai ni daripada pakai kapas & tape dekat hospital.. Jenuh nak cabut tape lepas tu tau, kesian baby.

Mus'ab under phototherapy.



Total hours penggunaan lampu -- 31 jam.



Macam ummi post semalam, selepas 20 jam penggunaan (20 jam ni total hours yang Mus'ab duduk bawah lampu tau. Bila angkat nak menyusu dia, tukar diapers semua tu, pause dulu lampu tu.. Once letak balik, baru resume.. So dia akan accumulate consuming hours sahaja), alhamdulillah, dengan izin Allah kuning turun dari 272 umol ke 162 umol. Ummi cuba maksimakan sebaik mungkin penggunaan lampu. Kalau bottle feed, memang dalam cot je dan changing diapers pun situlah juga. Angkat dia untuk menyusu dan comforting dia je bila dia gelisah sangat taknak tidur. 

Tengahari semalam, bilitreat ada mesej tanya progress baby. Masa ni ummi belum ke KK lagi. Petang baru ummi update progress baby yang banyak turun tu. Syukur ya Allah.. 


Balik dari KK tu, ummi sambung guna sampai pukul 9 pagi tadi. On time sungguh dia datang, memang tepat pukul 9 pagi 😅. Total hours Mus'ab bawah lampu adalah 31 jam. Semaksima habis kan. 

Maka, teruslah buat pembayaran. Untuk pakej 3 hari 2 malam (48 hours) caj sebanyak RM 350, termasuk cas penghantaran dan pemasangan. 

Kalau ada yang perlukan servis ni, boleh check sini..


Ini review tak berbayar ye.. Sebab ummi puas hati dengan servis dan after sales service yang baik, maka ummi share. 




Thursday, February 27, 2025

Turun... Syukur Ya Allah

Ada dua benda yang turun.

Subhanallah.. Maha Suci Allah..

Syukur alhamdulillah..


Perkara pertama yang turun..

BACAAN TSB MUS'AB

Alhamdulillah.. petang tadi pergi KK untuk follow up jaundice, bacaan TSB drop dari 272 umol (last reading di daycare hospital ampang pada 25.02.25) ke 162 umol.. Banyak juga turun setelah 'berjemur' bawah sinaran photo therapy selama 20 jam. 


Doktor kata, banyak turun ni.. Compared to last check dekat KK pada 25/2/25, TSB dia 284 umol (16.6 mg/dl). Hari ni turun ke paras 162 umol (9.5 mg/dl). Sikit lagi Mus'ab. Sementara sewaan lampu photo masih berbaki sehingga 9 pagi esok, kita maximize kan penggunaannya. Moga turun terus sehingga bawah 85 umol (5 mg/dl)

Perkara kedua yang turun..

BERAT

Berat masa 36weeks pregnant, 24 Januari 2025..

39 weeks pregnant, 14 Feb 2025: 71.9 kg

5 days post partum, 19 Feb 2025: 63.4kg. 

Current weight, 24 Feb 2025, 10 days post partum. 


Alhamdulillah.. 10kgs shed away.
6 hari duduk wad, ummi makan makanan hospital je. Takde bekalan tambahan dari abi.. haha.. Portion dia just nice dan lengkap semua diet makanan kan. Ummi make sure habiskan sayur dan buah, and protein. Sayur yang ummi tak suka dan tak pernah makan pun ummi cuba juga telan. Nasi kadang² tak habis. Selalunya ⅔ atau ¾ je ummi makan nasi. haha..Sebab kuah tak banyak. Bila kuah habis, ummi tak makan dah nasi yang takde kuah.. 🤭








Syukur masa pregnant berat ummi tak naik banyak. Sebelum pregnant 68kg, 9 months pregnant 71.9kg..

First 3 months pregnant tu, berat ummi turun 3kg. Then dia regain sikit² sampai ke 71 kg. Bila check up kadang naik 100g je 😅. Tapi alhamdulillah bila scan baby, dia membesar accordingly. 

Now, on mission to get 55kg.
Semoga Allah izinkan.










Wednesday, February 26, 2025

Mus'ab dan Photo Therapy

Urusan di daycare semalam selesai jam 9.00 mlm. 

Ambil darah sepatutnya jam 5 ptg, tapi delay ke pukul 6 lebih, almost pukul 7 mlm. Result darah pula, dalam pukul 8.30mlm baru dapat. All in, pukul 9 la baru selesai dan abi pick up ummi 9++, siap dengan tapau makan malam.

Based on result semalam, masih perlu photo therapy. Ummi dah berkira² pagi ni perlu pergi awal, supaya boleh selesai dan balik awal. Walaupun deep down inside, hati ummi ni dah berkocak dah.. Rasa down, mental dan fizikal. Tambah pula Nusayba demam. Dan ummi dok terngiang² suara jerit tangis Mus'ab yang kuat melantun semalam masa doktor nak ambil darah. Lama juga nak selesai ambil darah Mus'ab berbanding 2 orang bayi sebelumnya. Maka lama jugalah ummi dengar tangisan Mus'ab yang meruntun jiwa ummi. 

Pagi ni, ummi memang koyak. Sikit je tak kena, tapi airmata dah mengalir laju dah.. Makin ummi cuba tahan, makin laju dia mengalir. Sudahnya ummi buat keputusan.. Tak payah pening nak hantar Nusayba kat mana, tak payah serabut nak pergi daycare. On the spot juga tangan ummi ni laju scroll cari perkhidmatan sewa lampu photo therapy.. Alhamdulillah dapat dan servis sangat cepat. Tak perlu tunggu lama pun. Pukul 8 ummi contact, pukul 9 dah dapat lampu nya.. 

So, hari ni, kita continue lampu di rumah je ye Mus'ab.. Lebih tenang dan bebas. Ummi pun tak mati kuti. Dan kita continue feeding macam biasa. Nanti kita check semula di KK. Mudah²an, dengan izin Allah yang Maha Kuasa, kuning Mus'ab turun dengan jayanya. Nusayba pun boleh berehat2 di rumah dengan ummi dan adik Mus'ab..

Alhamdulillah saat coretan ini ditulis, ummi dah chill dan tenang balik.. Mata je ada sembab sikit 😅. Biasalah mak2 post partum, emosi tak berapa nak stabil kan. Doakan ummi sekeluarga baik² je ye.. 



Tuesday, February 25, 2025

G6PD Deficient & Jaundice

Sejujurnya, bila tahu jantina anak adalah lelaki masa buat detailed scan (in fact masa antenatal check up pun beberapa kali doktor kata looks like a boy 😅 sebab memang obvious sangat.. haha)..ummi berdoa agar baby ni g6pd normal..

Lepas baby lahir...

Masa Paed round, baby ok, pink.. Paed tanya history of siblings, hidup sihat, ada apa² penyakit..

Nothing except for G6PD Deficient..

👩🏻‍⚕️: Yang G6PD, boys ke?

🤱🏻: Yup, all boys

👩🏻‍⚕️: Berapa org boys?

🤱🏻: 4.

👩🏻‍⚕️: Lagi 2 girls? deficient?

🤱🏻: Girls normal..

👩🏻‍⚕️: Hurmmm. taknak bagi mak harapan, but mostly high likely this one pun deficient.. Apa pun tunggu result g6pd keluar, if normal boleh discharge, if deficient.... mak pun tau kan..

🤱🏻: 5 days camping here 😅😅


Before lunch, nurse datang.. 

"Mak, result g6pd dah keluar.. Sama macam abang² dia.."


Ummi pun huhuhu je lah..

Apa kaitan G6PD deficiency dengan jaundice? Orang selalu cakap, biasalah jaundice. Budak sekarang memang ramai yang kuning.. Normal je tu. Sekejap je tu.. Hurmmm..

Beza bayi yang G6PD Deficient dengan bayi G6PD normal bila part jaundice ni adalah.... Bayi yang G6PD Deficient ni, in their early days of life, kalau dia jundice, tsb atau laymen term dia kuning, kuning dia boleh spike naik tinggi tiba² je. Kenapa? Sebab sel darah merah mereka kekurangan enzim G6PD, makna kata, sel darah mereka ni mudah pecah. Bila sel darah merah pecah, jaundice akan naik dengan cepat. Jaundice yang tinggi adalah bahaya sebab dia akan serang otak. Bayi yang G6PD deficient ni, graf photo level mereka lebih rendah berbanding bayi G6PD normal. So, jangan pelik kalau bacaan tsb bayi anda yang normal lebih tinggi daripada bayi G6PD deficient, tapi bayi anda tak perlu duduk bawah lampu biru berbanding bayi G6PD deficient. Sebab mereka ni nak kena prevent sebelum bacaan tsb dia naik spike zasss macam roket. 

So, here we go adik baby, day 1 of life dah kena duduk bawah lampu..start2 terus double photo 🥴..


Malam tu ambil darah lagi, dan tunggu result esok pagi.. Bila keluar result, bacaan tsb makin naik, so kena tolak pergi NICU. Since baby ke NICU, ummi dah boleh discaj. Tenghari ummi pergi visit baby Mus'ab di NICU. Nak tanya mak boleh stay in ke macam mana? Mula² nurse kata tak boleh stay in. Mak balik je dulu, apa² nanti NICU akan call.  Tak lama lepas tu nurse kata, baby boleh masuk wad 9A, mak stay in dengan baby. So ummi settlekan dulu discaj wad 7C. 

Petang tu transfer masuk wad 9A, Special Care Nursery (SCN).


Check in sini sampai day 5 of life. Since day 5, walaupun tsb reading tak turun, stagnant je, tapi sebab photo level (paras tsb yang memerlukan lampu photo therapy) increase with day of life, makanya day 5, beza antara tsb dan PL dah jadi 100+. Doktor kata confident to discharge tapi mak kena keep on feeding macam di SCN dan check tsb di KK. 

Mus'ab at SCN

Baby top & tail set ni ada 2 bekas berbeza saiz & kapas. Tujuan, untuk 'mandikan' baby. Lap baby dengan kapas + air suam. Kat SCN mak kena mandikan baby sendiri. Kat hospital Ampang dulu nurse yang mandikan baby 😅.

Tidur lena bawah lampu.

First milk/colustrum collection guna teknik marmet. 2ml je dapat, but syukur alhamdulillah.

Lenguh juga nak dapatkan 4ml.

First pumping session. Tak banyak, tapi alhamdulillah ada.

Di NICU dan SCN, doktor tanya ummi, anak² lain ada yang G6PD deficient? Ummi jawablah, 4 out of 6 (kalau termasuk Mus'ab ni, 5 out of 7 lah kan).. Instead of explaining apa itu G6PD Deficient and what so ever, ummi kena interview pula dengan doktor.. huhu..

🩺: Apa yang mak faham tentang G6PD Deficient?
💁🏻‍♀️: Kekurangan enzim G6PD dalam sel darah merah, makes it mudah pecah.
🩺: Apa yang trigger sel darah merah pecah?
💁🏻‍♀️: Makan kacang parang, exposure yang berlebihan kepada ubat nyamuk, ubat gegat, some medication such as ubat anti malaria, anti rheumatic yada yada..
🩺: What happened kalau anak termakan kacang parang ke? Macam mana mak nak tau sel darah merah dia pecah?
💁🏻‍♀️: Mata dia akan kekuningan, muka pucat & kelesuan, sometimes kencing berdarah, pitam/pengsan..
🩺: Apa mak nak buat kalau jadi macam tu?
💁🏻‍♀️: Immediately bawa dia pergi hospital for blood transfusion.
🩺: Ada ubat tak? Berjangkit ke tak?
💁🏻‍♀️: Takde ubat. Just kena masuk darah. Dan tak berjangkit, tapi dia genetik dan lifetime. Dia carry seumur hidup dan boleh inherit kepada anak². 
🩺:  Wahh.. mak very well versed.. Very good ahh.. Dah boleh jadi doktor.
💁🏻‍♀️: 😂😂😂

Mus'ab discharged on day 5 of life, hari rabu, 19.02.2025. The next day terus ke KKIA Ampang. Dari 20hb tu sampai hari ni memang setiap hari lah melawat KK. 


Based on kes abang⁴ sebelum ni, memang make sure minum susu banyak, so that dia berak dan kencing banyak. Dia akan singkirkan kuning through his stool. Makin banyak berak & kencing, insyaAllah kuning akan turun banyak. 

Alkisah Mus'ab al-khayr ni, setiap hari makin naik pula bacaan kuning dia. Dari 10.5 on day 6 of life, hari ni, day 10 of life, melonjak naik ke 16.6. Abang² dulu paling tinggi pun 12. Ummi pun dah pening nak guna sifir apa. Feeding setiap 2-3 jam, breastfeed dan topup juga susu perah & susu formula. Dia membuang pun banyak.. Macam semalam, 4-5 kali tukar diapers sebab dia berak banyak setiap kali pun. Bukan yang setompok kecil tu tau, memang selambak. Kalau ikut sifir abang⁴, dan sebagaimana yang paed dok advice, mesti hari ni akan turun. tak banyak pun, sikit mesti ada turun.. But nehiiiii kabi nehii.. Dari 15.6 semalam, hari ni naik pula ke 16.6. 😔🥲🥹.

Maka hari ni, KK refer ke Daycare Hospital Ampang untuk duduk bawah lampu. Baru ummi tahu ada daycare. 6 anak sebelum ni rasanya belum ada daycare. Atau ummi yang tak tahu. haha..


Masuk pukul 11 pagi. Mak pun ada katil. Makanan je tak disediakan. Sebab lawatan harian je. Masa Mus'ab dah kekenyangan dan nyenyak tidur, ummi minta izin nurse nak lari turun bawah jap beli makanan.

Beli jiwa sendiri dengan cuppa hot choc dan chicken pie. haha..

Pukul 5 ptg nanti ambil darah. Kita tengoklah turun ke tidak kuning dia. Doa² turunlah.. But surely esok tetap kena repeat check tsb. Cuma, either monitor lagi di daycare atau ke KK sajoh.. 

Kalau tanya mental ummi ni, ada sikit koyak dah. Tapi laju² ummi pujuk hati, Allah ada rencana untuk ummi. Ummi dah cuba buat/beri sehabis baik dan daya ummi. Tapi, tiada daya dan upaya ummi melainkan dengan kekuasaan Allah jua. Segala macam sifir, kalau bukan dengan izin Allah, pasti tak jadi juga.

Maka, 

Wa ufawwidu amri ilallah..

Bismillahi tawakkaltu alallah
walahawlawala quwwata illa billah..


Sending hugs from,
Daycare Hospital Ampang 💖


Sunday, February 23, 2025

Sunnah Hari Ke-7 Kelahiran


22.02.2025

Day 7 of life...

Assalamualaikum... 

Introducing #7thEdition: Mus'ab Al-Khayr.

Name inspired from: Mus'ab bin Umair, sahabat Rasulullah, duta Islam yang pertama berdakwah di Yathrib. Dan juga dekat² nama kakak Nusayba dia yang suka guna tagline -- "aba yang mintak baby ni dekat ummi!!!"

Rujukan nama Mus'ab:

Mus'ab bin Umair: The man who gave it all

Da'i Mujahid

Mus'ab al-Khair



Alhamdulillah selesai bercukur. Cukur rambut baby di kedai saja kali ni setelah 6 orang sebelum ni semua cukur sendiri.. Abi kat kali ni tak larat lah.. hahaha.. Rezeki anak⁷ semua lahir rambut lebat, tebal. Memang jenuh nak cukur. Cukur di kedai pun sejam juga baru selesai 😅😅. 

Next khatan & aqiqah pula, insyaAllah..

Friday, February 21, 2025

#7thEdition - Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah

15.02.2025

Sarapan pagi di wad obstetrik. English breakfast, kata abi. Jangan tanya tentang rasa 😅😅 yang penting perut terisi..


Lepas breakfast, ummi jalan² dalam wad, dapat la dalam 40 minit..Then ada nurse cari.. Nurse kata LR dah panggil. It was 11++ am. Ummi tanya, boleh ke kalau tunggu lepas lunch. Nak makan dulu. Nurse said ok.. Puan makan dulu untuk tenaga push nanti..haha..
Tak sempat snap gambar lunch. Hati dah libang libu nak masuk LR kan.. Laju je makan.. hihi..

Meanwhile, abi ada nak kena settlekan barang untuk abang long pulang ke asrama malam nanti.. Ummi kata its ok, take your time. Settlekan dulu barang abang, gunting rambut siap semua.. Baru datang hospital. Takpe masuk lewat sikit. I dont think its gonna be a fast one. haha. 

So, 1.30 ptg ummi masuk LR. HO check bukaan, tak jumpa, too deep inside, posterior..Staff nurse check, dapat la hujung2 jari, tapi memang posterior. Then they call MO, MO confirms its posterior bukaan masih di 3cm. MO pecahkan air ketuban..
Then pakar explain kepada ummi all the risks and consequences, since ummi grand multi para (beranak banyak kali) dan berisiko tinggi. Main risk is risiko berlaku tumpah darah kerana rahim ibu yang bersalin banyak kali dah kurang elastik compared to first time mom. Rahim akan lambat mengecut. So, hospital dah get ready 1 beg darah, in case berlaku tumpah darah.

Dan, since baby posterior, delivery process will usually takes longer time.. Pakar tanya berapa tempoh paling lama in labour? Paling lama adalah 10 jam masa bersalin Fatima. Pakar kata, usually they allow 10 hours only in labour sebab tak boleh biar ibu lama dalam fasa active labour. Pakar tanya ummi nak ambil pain killer tak? Sebelum ni pernah ambil any pain killer? Sebelum ni ummi pernah ambil entonox gas & pethidine. Pakar explain further, based on my condition and history of long labour hours, dia suggest epidural, but it depends on ummi.. Pethidine is good tapi dia bertahan 4-6 hours sahaja. Epidural will act sehingga selesai kelahiran. Plus, sekiranya, within 10 hours masih belum bersalin, atau heart beat baby bermasalah, kemungkinan akan kena tolak ke OT. Jika berlaku, tak perlu cucuk another line for epidural, masih boleh guna line yang sama. 

Mengenangkan faktor usia yang dah semakin 'muda' dan pain endurance yang berkurangan, dan terbayang sakit yang macam nak pecah perut tu, ummi opt for epidural. 

Pakar tanya lagi.. Sekiranya terpaksa czer, doctor suggest untuk buat BTL as family planning. Again, bukan paksaan, mak boleh pertimbangkan. Ummi dah pernah bincang dengan abi, dan ummi agree if czer, im ok for BTL. 


Abi sampai masa pakar bius nak bagi explanation tentang epidural. Epi bukan 100% hilangkan sakit, tapi reduce sakit 50-60%. Ada risiko dan kesan juga macam pening², muntah, pendarahan etc. Abi tanya ummi kenapa nak epi?? Ummi kata, ummi nak tenang² je, taknak stress layan sakit, i want to rilex. Sebab bukaan baru 3cm, dan pakar bius available, alhamdulillah dapat epi. 

Cuak juga nak masukkan tiub for epi. Tapi alhamdulillah semua smooth. Rasa sakit sikit masa cucuk bius je.. Lepas tu tak rasa apa dah, though jarum/tiub epidural ni lagi besar dari jarum bius separuh badan. Tiub tu dia lekatkan belakang badan dan sambung ke mesin untuk alirkan epidural sepanjang proses bersalin. Ada button juga untuk patient tekan sekiranya dos epi yang diberi tak cukup dan rasa sakit yang kuat. 

Lepas epi dah menjalankan tugasnya, ummi tak rasa dah contraction.. Dan since baby posterior dan bukaan baru 3cm, doktor bagi drip augmentin/pitocin untuk kuatkan contraction bagi cepatkan bukaan. Dos augmentin/pitocin dinaikkan secara berkala dari 2ml, 4ml ke 8ml. Tapi ummi tak rasa sangat contraction until 8ml.. Baru terasa sakit sikit.. Unfortunately, bila dos dinaikkan ke 8ml, baby pula tak boleh tahan.. Heart rate dia tiba² drop below 100. Normal heart rate is within 100 to 150, 170.. Ni drop ke 80-90.. Nurse off kan pitocin. Ambil masa juga baby nak catch up to normal heart rate balik. huhuhu.. 

Lama tak jumpa mesin ni 😂.. Mesin ni monitor heart rate baby dan juga contraction.  Abi pun dah pandai baca mesin ni dan printed graf dia ye.. Yang warna kuning tu heart rate, yang hijau contraction rate. Graf heart rate baby cantik kalau nampak gigi-gigi. Kalau tak nampak gigi tu, baby macam tidur, tak aktif.. Kena kacau² dia.. Ni yang fasa dia nak catch up balik heart rate dia.. Then yang heart rate dia drop tu, dia jadi macam longkang. Its not good.. Untuk contraction, doktor monitor berapa kali contraction in 10 minutes.. 1 in 10, 2 in 10, 3 in 10.. Kalau dah dekat² nak bersalin, contraction should be 3 in 10s.. Means, dalam 10 minit, event kontraksi berlaku 3 kali..Bila ada contraction, graf akan naik membentuk macam bukit. So, kalau dah nak bersalin, contraction makin kuat dan makin kerap, dia akan membentuk 3 bukit dalam 10mins graf sheet. Gituhh.. 


Nak jadikan cerita, staff nurse yang attend ummi ni, tenang orangnya. Cara cakap bak ibu², lembut je.. Memang kena lah dengan hasrat ummi yang nak rilek dan tenang² je untuk kelahiran kali ni.. Tapiiiiiii, terlebih tenang pun tak jadi jugak ye.. hahahaha..

Disebabkan terlalu tenang, dah 6 jam berlalu, bukaan baru 5cm, baby masih posterior, SN masih kekal tenang. Ummi, walau nampak tenang, dalam hati dah mula berkocak. Sebab ummi dah melalui fasa kelahiran yang lamaaa masa Fatima.. Kalau 6 jam, masih posterior, dan bukaan pun dikira poor progress, ada possibility kena tolak OT. Seram pula nak membayangkan. Ummi dah 2 kali dah hampir² kena czer.. Terfikir mungkin kali ni takde rezeki ummi bersalin normal lagi. Tapi ummi tak berserah begitu je.. Hati tak henti berdoa, mohon keajaiban dari Allah Rabbul Izzati. La hawla wala kuwwata illa billah.. Abi pun di tiap kesempatan, abi mengaji apa yang mampu, sesekali tanya ummi ok ke tak..

Dalam pukul 8 lebih, ada seorang nurse masuk. Ummi dengar dia tekan² mesin drip pitocin tu.. Masa tu dos 4ml. Dalam hati, dia naikkan dos lagi ke? Ummi risau jugak kalau heart rate baby drop lagi.. Then masuk lagi seorang.. Dia check bukaan, jauh jugak, tapi soft sangat dah.. Boleh ni, kata nurse tu.. 

"Ibu, kita nak tolong ni. Kalau pukul 9 ibu tak bersalin lagi, ibu kena tolak pergi OT untuk czer. Serviks dah soft sangat, cuma tinggi sikit ibu ikut cakap saya ya.. Kita cuba bersalin normal, boleh ni, kena kacau sikit. Kalau rasa contraction, ibu teran je sikit²."

"Ibu mengiring ke kiri, tangan sebelah paut dekat besi ni, sebelah lagi tarik kat sini, kepala rapat ke bahu, kaki satu lurus satu lipat macam ni.. Ibu cuba teran macam nak berak.. Teran kuat sikit, panjang².. Sikit lagi ibu.. Haaa.. dah boleh rasa, ni kepala baby.. Teran lagi ibu, panjang²."

"Ibu pusing balik, tangan pegang kaki, kepala tarik ke perut, punggung jangan angkat.. Rasa contraction je ibu teran panjang² macam be**k keras..Ibu lawan tangan saya ni ye..Tarik nafas, teran panjang².. Bismillahirrohmaanirrohiiim..  Laa ila hailla anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin.."

Abi tolong tolakkan kepala ummi kedepan. Nurse 3 orang menggodek perut ummi..Baby menyeget katanya, yang seorang tolak ke sini, seorang tolak ke situ.. Dah macam doh kena uli ye.. 

"Sikit lagi je ibu.. Dah nampak rambut dah tu.. Teran panjang² kuat² ibu.. Sikit lagi nak bagi lepas kepala.. "

Entah berapa kali teran, akhirnya 15.02.2025, 8.33pm, lahirlah seorang lagi umat Muhammad, permata berharga ummi abi yang ke-7, Baby boy, berat 3.01kg. Allahuakbar.. Alhamdulillah.. Lambat sikit baby nak nangis.. Semua dok sorak, suara mana dikkk?? Suaraaa??
Bila dia nangis je, semua pakat sorak, alhamdulillah.. Muka baby kebiruan sikit..Congested.  So paed monitor level oksigen baby.. Mata abi dah berkaca².. Ummi ucap syukur tak berhenti.. Total hours in labour is 7 hours.

Disebabkan risiko rahim lambat mengecut tu, lepas cucuk ubat kecutkan rahim, nurse urut² perut ummi, nak tolong bagi kecut rahim. In the same time, pitocin masih on untuk bagi contraction yang membantu kecutkan rahim juga.. Sambil nurse keluarkan uri, make sure takde yang tertinggal. Then jahit luka.. Ye, koyak juga sikit, sebab kitonyo tak sedar dah punggung angkat ke tidak, teran pun dah kemana hala. Tapi since epidural masih on, tak rasa lansung masa jahit tu.. SN cakap, "ibu takde tekan button ni tadi kan.. Nah lah tekan.. Rugi tak tekan, Kalau kat swasta mahal ni.. ", disuanya button tekan dos epidural yang akan high shot utk 10 ke 20 minit tah.. Tekanlah buat raso²..

Sepanjang proses lepas baby dh keluar tu, ummi dok bergelak ketawa je dengan nurse² tu ye.. Ummi cakaplah dah macam skuad pom pom girl dah.. Riuh terus jadinya dari bertenang2 tadi 😂😂 Dah lah perut kitonyo dibuat macam tepung diuli..Sedang dia ganyang ye.. Berderai ketawa nurse².. Nurse yang jahit luka pulak kata, "ibu, saya tolong repair balik bagi cantik tau ni.. Reconstruct. Kalau buat kat swasta ni, beribu juga dia charge ni.. Tapi dah buat cantik ni, ibu jangan pulak datang balik tahun depan nak bersalin lagi 🤣🤣🤣"

Allahu, boleh pecah perut melayan mereka ni.. 
Syukurlah Allah ilhamkan ummi amik epidural. Tidaklah seksa menahan menanggung sakit..
Syukur juga Allah hadirkan orang baik², buat kerja dengan baik dan berhemah.. 
Alhamdulillah thumma alhamdulillah

Selesai je kerja mereka, semua pakat berkemas salin baju.. Nak balik dah katanya.. Dah habis shift.. Kata deme, alhamdulillah beberapa kes dapat diselamatkan daripada czer. 1 je tak berjaya, terpaksa tolak ke OT jua. Bila pasukan pom pom girl nak balik dah,  bersusun lah ucapan terima kasih nurse, terima kasih nurse... 😅😅




Syukur alhamdulillah

فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Tuesday, February 18, 2025

Pra-Kelahiran Anakanda ke 7

13.02.2025

Selesai hantar abang ngah masuk asrama. Malam harinya, ummi tak lena tidur. Ada contraction tapi sela 15 minit.  Subuh esok hari, ada lagi contraction. Ummi decide nak pergi klinik, niat hati nak MC je.. Sebab sela contraction masih jauh. Tapi, doktor perform VE, katanya bukaan dah 2-3 cm, posterior, cervix soft. Doktor suruh ummi serah diri terus.. Tapi, ummi decide tunggu petang sikit, since doktor kata posterior. Ummi pun buatlah macam² kerja dekat rumah dulu, berjalan sana sini, buat squatting, turun naik tangga. Abi pun ada nak settlekan kerja dulu. Ummi kata, lepas zohor atau asar lah..


Sebelum serah diri, isi tangki dulu.. Tapi tak lalu nak makan sangat. Jadi makanan ummi kongsi dengan abi, dan ummi order a cup of hot chocolate.. 


Lepas makan, ambil anak 4 orang di Pasti dan hantar balik duduk elok² dengan abang long ye. Semua dok tanya ummi nak pergi mana?? Salam peluk cium siap², minta mereka doakan ummi dan adik baby.

Pukul 6 petang, check in sini.. PAC Hospital Tunku Azizah (HKL).


Kenapa HTA? Sedangkan anak-anak lain semua bersalin di Hospital Ampang. Kenapa kali ni HTA??
Saja nak merasa hospital baru. Alang-alang dah penutup ni (hopefully), dia seorang la IC 14 nanti.. hihi.m

Ramainya umat di PAC. Huhu.. Lama juga menunggu. Nak examine pun ada beberapa proses, 3-4 kali kena panggil nama. Dari register, clock in maklumat dan history, check CTG, then HO examine, MO scan dan examine lagi.. Setiap satu tu lama juga menunggu. Sebab musim ramai orang bersalin ni agaknya kan. hahahaha.. Bila dah selesai examine, MO order booking ward atau LR. Tapi dua² full. Yang lebih awal dari ummi booking LR pun masih stranded di PAC. Sementara tu, pasang branula dulu..

HO yang buat ni nervous ke gelabah ke tak tau lah.. Tangan kanan ni, 2 kali attempt tak berjaya. Yang first dia buat dekat yang dah bertampal tu. Dah kenapa pasang jarum dekat situ, tempat yang akan selalu bergerak², confirm akan sakit.. Dah cucuk jarum, dia masukkan air, terus bengkak dekat pergelangan tangan tu. So dia buka balik. 2nd attempt, bila dia ikat glove dekat wrist, darah keluar dekat tempat yang 1st tu.. 2nd attempt pun tak berjaya sebab he said vein pendek.. Pelik juga ummi.. All this while, memang dekat 2nd spot tu doktor cucuk branula. 


Darah yang meleleh dekat 1st spot yang cucuk branula. Ini dah lap sebahagian, sebelum tu lagi banyak darah. Masa nampak darah meleleh banyak tu ummi terus rasa berpusing kepala. hahaha..Lepas tu doktor tu surrender, dia minta tolong kawan dia tolong pasang branula kat ummi..


Both hands kena cucuk branula. Untuk ibu yang beranak banyak kali, ada risiko tinggi tumpah darah sebab rahim lambat mengecut. Jadi, kena standby line untuk masuk darah.


Hari ummi register PAC tu, memang ramai ibu. Ibu nak bersalin, ibu yang ada komplikasi etc. Tapi wad dan LR full. Macam² drama ada kat PÀC. First time juga ummi experience suasana havoc di PAC sebab PÀC Hospital Ampang tak crowded dan chaos macam ni. huhu.. So, since PAC dah book wad/LR untuk ummi dan beberapa ibu lagi, tapi wad/LR takde kosong..kami bermalam di PAC malam tu.. Ni katil hotel 5 bintang ummi malam tu.. Tak boleh nak tidur aihh. Sakit badan..hahahahah.. Pengalaman sungguh.. Dan, untuk rekod juga.. Tempoh ummi stay dekat PAC sebelum masuk wad adalah 24 jam. 


14.02.2025
Check in wad obstetrik akhirnya.
Lagi selesa dan luas wad sini compared to Ampang. Of course la, sini lebih muda usianya dari Ampang kan. Nak lagi baru, kena bersalin kat Kajang pulak lah.

Outfit wad obstetrik 🥰
Sekarang dah berbunga² ye.. Last time polka dot.. After 5 years tak check in, dah bertukar rupanya 🤭


Makanan pertama dalam wad.. 
Dinnahhh time.


Nanti kita sambung part seterusnya.. 



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015