Wednesday, May 29, 2013

Tidak logik lagi doktor lelaki sambut bayi





KEPALA BATAS: Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri (gambar) menyarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya mengasingkan tugasan perbidanan kepada golongan wanita sahaja.
Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ubat-ubatan Dan Vaksin Yang Tidak Halal: Perbincangan Serta Fatwa Ulama Dalam Penggunaan Dan Pengurusannya' di Konvensyen Perubatan Islam dan isu Fiqh Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Perbadanan Produktiviti Negara, di sini pagi tadi.

Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan agar wanita yang bersalin disambut oleh doktor wanita sahaja bukan lelaki seperti yang berlaku di sesetengah hospital hari ini.

"Saya sarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya buat perubahan besar dalam kaedah perbidanan agar tidak membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sebaliknya ianya diuruskan oleh doktor wanita," ujarnya.

Beliau yang sering bersiaran di TV Hijrah turut bertanya kepada peserta konvensyen adakah tuan tidak rasa malu tubuh badan isteri anda dilihat oleh 8 orang doktor dan pembantu doktor dalam bilik bersalin.

Katanya lagi, tidak wajar kemajuan negara yang semakin canggih masalah tersebut tidak boleh diatasi lagi.

Lagipun sekarang ini, ujarnya tidak logik sebuah negara yang sudah lama merdeka tidak boleh mengubah perkara sedemikian kerana ia tidak memerlukan akta.

"Masa kini tidak logik lagi sekiranya masalah sambut bayi tidak boleh diberikan tugasan kepada doktor wanita sepenuhnya sebab doktor wanita dah ramai di bahagian perbidanan," tegasnya.

Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara dan International Muslim Aid Malaysia (IMAM ) itu dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sabri Osman.

source

This is what the Islamic government should do...Aku dah lama terfikir kenapa government tak keluarkan arahan agar doktor perbidanan should be lady doctor..Negara kita negara Islam, hal yang nampak seolah remeh tapi sebenarnya besar ni perlu sangat-sangat diberi perhatian..Memang aku ada terbaca, ada yang kata apa salahnya berbelanja lebih untuk ke hospital private dimana kita boleh pilih sendiri doktor yang akan sambut kelahiran anak kita. Tapi tak semua orang bernasib baik untuk buat pilihan macam tu. This is basic needs. Semoga kerajaan yang memerintah ambil inisiatif atas isu yang dibangkitkan.

4 comments:

  1. betul2..kadang2 malukan bila doc lelaki yg cek kita...sy dulu masa bersalin dlam labour room..time meneran tu doc lelaki berkumpul tgk....tp masa tu dah takde rasa malu...sakit mengatasi segala2nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg malu sgt...tp ms kite tgh sakit, takleh nk fikir ape dah kn...yg penting mase tu nk selamat bersalin je...huhu..

      Delete
  2. My 2nd time doc laki melayu yg buat ve and pecah ketuban...dan kebetulan doc tu member sekola menengah en.hubby. Mase baby kuar nurse yg sambut maybe doc tu segan ngan faiq kot...adeh. Die dtg cek bile dah siap jahit. Mane la doc2 pompuan semua gi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku, both pun doc laki...ms faheem, ms msk LR doc pompuan...pastu tukar shift pulak...jd yg pecah ketuban, sambut, episiotomy doc laki melayu...mase faqeeh, pecah ketuban doc laki melayu..ve nurse..sambut baby 2 nurse, 2 doc pompuan 1 doc laki. tp yg wat epi tu doc laki tu...jahit doc pmpuan..huhu~malu beb..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015