Friday, September 27, 2013

Pasca Seminar Fiqh Ibu Bapa Mithali


Hari tu aku ada buat pre-entry untuk seminar ni.
Melihat barisan panel yang sangat hebat, aku memang nak sangat pergi.
Mula-mula e-mail poster kat my zawj.
Lepas tu whatsapp pulak..
My zawj tanya nak pergi ke?
Huhuhu...Mestilah...Kalau tak, tidaklah beria e-mail dan whatsapp bagai..
Then my zawj cakap, September dia banyak program.
Next time, In shaa Allah..
Aku pun menurut saja..

A few days after, ada seorang sahabat PM dekat facebook tanya pasal seminar ni.
She have registered. Dia ajak sekali sebab takde geng.
Aku kehairanan kenapa dia tiba-tiba PM aku sebab kami tidaklah rapat, jarang or hampir tak pernah pun berbalas komen dalam Facebook.
Aku anggap ini adalah bantuan dari Allah.
Laju-laju aku whatsapp my zawj mintak izin.
Alhamdulillah, my zawj izinkan. Thank you dear.
Syukran Ya Allah kerana melorongkan jalan buat hambaMu ini.
Dan, Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku dapat hadir ke seminar ni, walaupun tengah demam.
Aku gagahkan jugak diri untuk pergi sebab rasa sayang sangat kalau ter-miss.
Bukan sayang yuran RM120 tu, tapi sayang sebab tak dapat tambah ilmu parenting dari otai-otai.


First sesi dengan Ustaz Pahrol. Tak sempat snap gambar...Segan to be exact..huhu...
Topiknya tanggungjawab hakiki ibu bapa... Siapa ibu bapa derhaka?
Nanti aku buat entry lain untuk share ilmu-ilmu yang aku dapat. Terlalu banyak nak digest..
Aku suka dengar penerangan Ustaz Pahrol. Bahasa dia indah, mudah difahami...

Followed by sesi dengan Ustaz Zaharuddin...Fiqh pendidikan dan kewangan keluarga.
Ustaz kupas tentang kepentingan memberi nafkah /membawa pulang rezeki yang berkat untuk keluarga..Skop yang sangat luas, buat semua orang termenung..Bukan termenung tak faham, tapi termenung fikir berkat ke tak rezeki yang dibawa balik saban hari dan yang digunakan dalam urusan seharian...Allahuakbar..


Next dengan Dr. Mohamad Nawar Arifin. An orthopheadic surgeon. One of the ten finalist forbprogram Angkasawan Negara. Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia.
Although topiknya pasal kesihatan mental dan fizikal anak, he doesn't directly touch pasal health and those medical terms. Tapi perkongsian cerita beliau sangat menakjubkan. Subhanallah...Again, In shaa Allah I will share the details later.
Yang ni pon lupa nak snap gambar. So aku google sajoh.
By the way, gambar ni kat klinik kanak-kanak percuma yang beliau usahakan di Kelana Jaya.


Lewat petang, giliran Ustazah Norhafizah pulak. Bagaimana mentarbiyah rohani anak.
Ustazah ni, memang lah aku suka. Sangat motherly, lemah-lembut. Comel sangat.


The very last session, Dr. Tengku Asmadi. Dah pernah dengar ceramah beliau masa bulan puasa hari tu masa sesi tazkirah Ramadhan kat office.
Selayaknya pakar motivasi hebat ini berkongsi tips pendidikan anak cemerlang...
Sangat bersemangat membuatkan mata kekal celik meski program tamat lewat jam 10 malam.



Antara sebab utama aku nak sangat attend seminra ni sebab nak jumpa Ustazah idola aku ni. Alhamdulillah, dapat juga 'curi' Ustazah sekejap untuk ambil gambar.

Aku dok kelek beg kiri kanan. Macam bawak beg balik kampung. Huhu...
Since kat situ ada disediakan child care, so most parents yang datang bawak anak masing-masing.
Bayaran yang dikenakan untuk setiap anak adalah RM20.
Memandangkan aku pergi tanpa partner, dan aku sendiri kurang sihat, plus anak-anak pun demam jugak, jadi, aku hanya bawak pump dan cooler bag pengganti anak-anak..
Tu yang sarat kiri kanan bahu dengan beg..
Alhamdulillah sempat jugak mengepam masa break for tea dan solat.
Sebenarnya badan tak berapa segar lagi dari demam, tapi kuatkan jugak tekad.
Adakala terasa badan seram sejuk, risau jugak kalau suhu badan makin naik, but Alhamdulillah, berjaya mengikuti seminar sepenuhnya dengan izin Allah..
Mudah-mudahan ilmu yang diperoleh dapat di amal, di praktik dan dimanfaatkan semaksima mungkin. In shaa Allah..

3 comments:

  1. bestnya.saya pun tringin nak pergi seminar keibubapaan ni.anak baru seorang, tapi ni pun takut dapat didik dengan betul. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah next time boleh pergi..kata ustaz/ustazah, yg paling penting, dari awal ni kita tanam rasa cinta pada Allah & Rasulullah pada anak2. Kenalkan anak2 dgn Rasulullah, cerita2 kebesaran Rasulullah, sifat Rasulullah, In shaa Allah kita bermula di landasan yg betul..

      Delete
  2. semoga kita dapat praktikkan apa je ilmu yang kita dapat.. Tak sabau nak tau ilmu ko dapat li.. ^_^

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015